Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, August 26, 2013

Future Family Day's Out

Assalamualaikum & Hello.

Sabtu malam haritu family belah mama buat makan makan dekat rumah kezen aku dekat Kajang. Ajaklah Wan sekali dah alang alang dekat je nak datang daripada Putrajaya. Malam tu Wan cakap esoknya Abah dia nak datang KL from JB. Sounds great , sebab dah lama tak jumpa Abah Wan. Alang alang boleh pow duit raya sekali kan. Muahahaha.

Tengahari semalam , ambil Abah Wan dekat Serdang sebab bas yang dia naik tu ada turunkan passenger dekat situ , alang alang tu Abah Wan turun dekat situ jela. Senang untuk Wan pickup. Ambil ambil je terus pergi Domino's beli pizza. Takkan pula beli orang kennn !! Bawa balik rumah Mama Wan dekat Precint 9. Lepak lepak makan makan borak borak sikit , tetiba Abah Wan hulur sampul duit raya kaler hijau. YEAYYY !! Dapat duit raya. Tapayah pow , Abah Wan sendiri yang bagi. Yang penting Wan tak dapat. Itu yang paling penting okeh. Lepas tu aku dengan Wan proceed pergi open house kejap. Kihkihkih. Memandangkan Abah Wan punya bas balik JB , malam tu juga. So , petang around 6 tu ktorg dah gerak daripada Putrajaya pergi TBS. 


My future family , inshaAllah. Konon konon macam dekat departure hall kat airport kannn. Padahal ??? TBS je kotttt !! Wakakaka. Kemain selamba berdiri tengah tengah alam lepas tu minta tolong sorang abang ni tangkapkan gambar. Lepas tu ktorg semua jadi perhatian orang ramai. Miahaha. Dah macam Bangla datang Malaysia dah masing masing. :P


Lepas hantar Abah Wan dekat TBS , ktorg proceed pergi I-City pula. Kakak Wan kata nak pergi Trick Art Museum. So , berkonvoilah ktorg 2 kereta pergi Shah Alam.


Datang Trick Art ni bukan sebab ktorg semua gian nak tangkap gambar pon. Tapi saja nak jadikan budak kecik nama Chacha ni sebagai mangsa buli. Muahahaha. Habes macam macam aksi budak cinonet ni buat. Kesian pon ada. Tapi sape suruh comel sangat. Kihkihkih.



Muka aku dah habes baik punya tahan gelak. Pose pun dah tak tentu hala dah aku tengok. Asal tengok muka Wan je aku nak bantai gelak , asal tengok je nak gelak. Ish ish ish. Camnelah nanti esok lusa nak tangkap gambar kawen. Fitammm !!







Nampak tak betapa Chacha enjoy those moments dalam Trick Art Museum. Walaupun muka cam cuak cuak takut takut. Naseb tak melalak okay. Steadylah Chacha !! ^_^v





Bukan Chacha je enjoy , semua orang pon enjoy. Kemain ! Hahaha. Tapi haritu aku masuk Trick Art ni dengan Wan , entrance fee RM 5 je. Sekarang ni dah jadi RM 10 per person. Nak kata ada update dengan trick yang baru , hurmmm. Takde pun. Hamboiii I-City , pantang laku sikit pun mau kasi up harga ke hoiii. Pfffttt.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : hari ni ada open office , kemain semangat pakai baju raya. :D


xoxo


4 comments:

  1. hahaha... i like yg frame tu... mcm real...

    ReplyDelete
  2. @Mahirah Ridzuan Macam je kak. Semuanyaaa ilusi semata mata. Haha.

    ReplyDelete
  3. menariknya trick art museum ni...nanti nak pegilah :)

    ReplyDelete
  4. @Liza Razak Pergilah sis , jangan lupe bawak DSLR. Takut camera handphone nnt tak puas hati pulak. :)

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah