Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, August 15, 2013

Ikan Guppy/Gapi

Assalamualaikum & Hello.

Orang lain pergi beraya bila keluar rumah bawa sampul duit raya. Aku pula pergi beraya tapi bila keluar rumah bawa satu plastik ikan gapi. Muahaha. Nak buat macam mana. Faktor usia. Kihkihkih. Penat aku bodek kawan ayah bagi aku ikan gapi , ayah duk tak kasi aku ambil. Eleh , ayah takut dia buat ikan gapi aku mati lagilah tuuuuu. :P

Flashback !!

Dulu aku pergi beraya rumah kawan ayah yang ni la , dia bagi aku ikan gapi. Lepas tu balik rumah aku transferlah masuk akuarium plastik. Seronoklah ikan gapi tu berenang bebas. Tapi one day tu , ayah cakap nak letak filter air dekat dalam akuarium. Yang bestnya ayah bukan beli filter dekat kedai ikan tau. Dia kebas filter air untuk hiasan mama. Disebabkan hiasan tu dah jahanam , so takdelah nak pakai filter tu dah. Ayah pun mulalah jadi Mcgyver , godek sana godek sini. Tak sampai 15 minit filter tu dalam akuarium , habes semua ikan gapi aku kene sedut dengan water pump. Filter apokobondo namonyo. Habes mati semuanya. Hahahaha.

2013 !!


Inilah rupa ikan gapi yang aku dapat masa pergi beraya haritu. Balik rumah terus masukkan dalam balang kaca. Sebab akuarium takde. Campak jela dalam apa yang ada dulu. Dengan makanan ikan tak beli lagi masa ni. Kesian ikan ikan gapi aku kebuluran. Muahahaha.


Sebelum pergi Istana haritu , sempat singgah Pasar Pudu kejap. Misi utama nak beli makanan ikan je. Tapi bila tanya tokey tu harga akuarium. Alamak !!! Murah pula. Tu yang terbabas beli akuarium kecik ni untuk ikan ikan gapi aku. Seronoklah dorang berhari raya dalam rumah baru.

Akuarium : RM 25
Makanan : RM 4.50

Aku dapat diskaun RM 2 untuk akuarium. So total damaged ialah RM 27.50 untuk akuarium dan juga makanan ikan.


Ini pula rupa akuarium aku yang paling latest. Ngee !! Balik kerja semalam sempat singgah kedai ikan nearby rumah aku. Target nak beli batu warna warni tu je. Tapiiiii , again !! Terbeli dengan pokok kecik tu. Hihihihi. By the way , background tumbuhan hijau dekat belakang tu aku cabut. Sebab macam tak nampak pula ikan aku. Mihmihmih. Now akuarium aku dah clear , boleh nampak ikan daripada setiap sisi. Puas hati.

Batu warna warni : RM 4.50 sepeket
Pokok : RM 1.20

Tapi dapat diskaun , total damaged RM 5. Weee !!! Now akuarium dah cantik sikit. Hujung bulan ni target nak beli lampu akuarium dengan filter. Filter betul eh bukan water pump lagi dah. Muahahaha.

Actually ikan gapi ni cepat mati , jangka hayat dia tak lama sangat. So , minta mintalah ikan gapi aku sempat beranak pinak memenuhi akuarium. Kalau tak ? Aku sumbat kucing aku masuk dalam akuarium pula. Bahahaha. Aku letak akuarium ni dalam bilik sebab taknak bagi kucing aku kacau. Tapi lately ni rajin betul kucing kucing aku buat lawatan sambil belajar dalam bilik aku. Ehhhh ! Nak curi ikan kite lettuwww. Tak maluuuu !! :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : siapa dekat sini suka bela ikan ???


xoxo


7 comments:

  1. Haha .. Peningkatan yang bagus .. Hidup lagi ke ikan2 gupi tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon ad bela ikan guppy ni..dlu cmpur dgn gappy kampung..tp skrg ni tggal yg cntik je..kmpung dh mati..huuuu

      Delete
    2. Oh ada beza eh kampung dengan bandar. Haha. :D

      Delete
    3. ade..haha..yg kg punya x brape nk ad color..transparent je..just yg jntan tu je ekor kembg skit..yg bndar punye,yg cntik cm kite beli kt kedai tu..yg kg tu,dlm kolam,parit2 ad la die..ngeeee

      Delete
    4. Ohhh ! Yeke. Hahaha. Kite tahu bela je tu pun asik mati. Kakakaka. Thanks for the info ye. :D

      Delete
  2. Bru bli ikn guppy smlm.. mntk mntk pnjg la umo die :)

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah