Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, August 2, 2013

Nad's Kitchin : Strawberry Jelly + Mango Pudding

Assalamualaikum & Hello.

Semalam perut aku ni tetiba mengidam nak makan salmon , hoho. Mentang mentang duit ada , dan danlahhhh dia nak mengidam. So sebelum balik rumah aku singgah JJ kejap since JJ dekat dengan rumah aku. Masuk dalam supermarket tu , aku grab salmon sushi dan sajalah konon nak tawaf supermarket. Sekali ternampak Nona Kristal Jeli dan Nona Pudding. Terus tarik handbreak. Berhenti. Sambil terpaku nak pilih perisa mana satu. Akhirnya , perisa strawberry dipilih untuk jelly , manakala perisa mangga untuk pudding. Balik rumah terus kelentang kelentung dekat dapur. Hahahaa. Padahal kerja senang. Nak juga cakap kelentang kelentung tu. ^_^v

Bahan Bahan

1 Kotak Nona Kristal Jeli
1 Kotak Nona Pudding
800ml air

Cara Cara

1. Tuangkan serbuk kristal jeli ke dalam periuk/kuali dan campurkan 400ml air.

2. Kacau sehingga larut dan mendidih.

3. Tuangkan ke dalam acuan dan letakkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.



4. Ulangi langkah 1dan 2 tetapi dengan menggunakan serbuk pudding.
  


5. Letakkan pudding di atas lapisan jeli.

6. Letakkan di dalam peti sejuk selama 30 minit ataupun lebih dan ready to eat.


Dah macam bendera Selangor pula dah , hahaha. Ape pon makan sejuk sejuk , tersangatlah sedap wooo. Aku saja buat dalam bekas kecik kecik ni. Comel sikit. Kalau nak letak dalam bekas besar terus pon boleh. Sangat senangkannn nak buat. Tutup mata pon boleh buat. Okay itu tipu. Hihihihi. Bolehlah bawak pergi piknik nanti. Miahaha. Selamat mencuba. ^_^v

Thanks for your time , love ya people.


p.s : bawa pergi rumah atok untuk berbuka puasa esok pon cun juga ni. Nyummmsss.


xoxo


No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah