Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, September 19, 2013

Aizat & Alin Wedding , Beserah Kuantan.

Assalamualaikum & Hello.

Kalau nak dikira memang tak terkira rasanya. Rasa macam banyak sangat wedding tahun ni yang aku sempat attend. Berlonggok kad jemputan weh. Belum kira yang bagi kad tapi aku tak dapat attend. Belum kira juga yang invite pakai Facebook (almaklum dunia sekarangkan serba moden). Jemput kahwin pun boleh pakai Facebook. Huhu.

To cut it short , hari Ahad lepas aku sempat menghadirkan diri ke majlis menyambut tetamu dekat Beserah , Kuantan. Majlis akad nikah dah berlangsung 2 minggu lebih awal which is masa Merdeka haritu. Memandangkan aku tak sempat balik kampung masa Merdeka haritu , so aku baliklah kampung untuk menyambut tetamu. Alhamdulillah sepupu aku si Ijat tu pun dah selamat bergelar suami kepada Alin dengan sekali lafaz. Ngeee !!~



Ini geng aku kalau balik kampung , actually ktorg berempat. Mana lagi sorang ? Lagi sorang tulah pengantinnya. Masa ni Ijat belum sampai lagi , so ktorg lenjan snap gambar 3 orang je dan mengabaikan dia. Wakakaka. Yang baju hitam tu aku panggil Along dan yang sorang lagi tu aku panggil Kema. Antara ktorg bertiga , Along yang paling muda. Aku,Kema & Ijat pula sebaya.

Majlis menyambut menantu berjalan dengan lancar. Sangat ramai orang , nak makan pun queue panjang. Semua gara gara Ayah Ngah aku memang orang ramai kenal. So , jemputan dia. Kau faham faham sendirilah ye. Macam macam makanan ada. Ada Nasi Ayam,Laksam,Nasi Dagang,Mee Calong dan sebagainya. Tapi maap tak sempat nak snap gambar langsung sebab orang queue panjang weh , kang ada kena carut pula. Orang sebok beratur ambil makanan. Aku plak sebok duk tangkap gambar makanan. Pengsan.



Akhirnyaaaaa sebelum ktorg semua bergerak balik rumah Pak Su aku sebab nak makan colek , aku sempat kidnap pengantin untuk sesi bergambar. Bak kata Alin tema dorang haritu ikut tema orang nak pergi haji. Harharhar. Punnn boleh !! Dah Ijat nak macam tu , isterinya layankan sajo. Huahuahua. 

' Alhamdulillah , majlis dua dua belah pihak pun dah selesai. Nadia doakan Ijat bahagia dengan Alin. Be a good imam and very good leader to your wife and your family. Semoga korang kekal bahagia macam sekarang ni sampai ke Jannah. Takde lain nak cakap just cepat cepatlah kasi ktorg semua fruitson. Wakakakaka. Selamat Pengantin Baru.'

Thanks for your time , love ya people.


p.s : HOD aku takde sampai Isnin , MERDEKAAAA !! Hahahaha.


xoxo


No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah