Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, September 13, 2013

Aku tak bela SAKA laaaaa , =___=

Assalamualaikum & Hello.

Ohmai , tajuk kau nyah !! Hahaha. Padahal bukan nak cerita pasal saka pon tapi nak cerita pasal metabolisme tinggi je. Kihkihkih. Demi Allah , kalau orang tengok kuantiti makanan yang aku makan dan badan aku. Semua orang akan cakap 'Kau ada bela saka ke?'. Errkk. Kurang ajar tau. Longkang sangat mulut. Huahuahua.

Aku makan banyak , tapiiiii badan aku tak naik naik. Setakat perut je terbuncit sikit. Hikhikhik. Aku pun mula mula dulu rasa risau dan pelik juga. Aku sumbat segala mak bapak makanan dalam perut aku tapi a few hours lepas tu aku akan lapar balik. Ggggrrr ! Sangat annoying okay especially bila keluar jalan jalan. Wan duk kenyang lagi tapi aku perut da berdondang dendang dah. Bila ajak makan je dapat soalan 'Tak kenyang kenyang ke makan tadi ??'. Huwaaaa. Menanges dalam hati okeh. Hahaha.

Untuk bagi korang lebih faham apa itu metabolisme. Macam mana nak tingkatkan metabolisme dan faktor yang mempengaruhi metabolisme , aku sempat kopipes info daripada blog Kevin Zahri. Perhaps membantulah ye sedikit sebanyak. ^_^

Apa dia metabolisme?

Definasi : Ia adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Segala akitivti (termasuk proses pernafasan dan system badan) memerlukan tenaga (sumber calorie). Kalau pembaca eBook saya mengenalinya sebagai BMR atau Basal Metabolic Rate.

Perkara Semulajadi Yang Mempengaruhi Metabolisme

  1. Komposisi Badan : Walaupun dua individu mempunyai berat badan yang sama, individu yang mempunyai berat otot berlebihan akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi kerana otot membakar lebih calorie berbanding lemak.
  2. Genetik : Setiap orang mempunyai struktur tulang dan bentuk badan yang berbeza (mesomorph, ectomorph, endomorph). Orang yang tinggi langsing (seperti pemain basketball) biasanya mempunyai metabolisma melebihi orang seperti Wayne Rooney atau yang berbadan “stocky”.
  3. Umur : Metabolisma akan menurun dengan umur. Dengan itu, keperluan calorie seseorang akan turun over time. Ini kenyataan hidup. Ini sebab utama kerana ramai akan memambahkan berat badan walaupun mengambil makanana yang sama (sewaktu muda).

Perkara Yang Boleh Meningkatkan Metabolisme

  1. Latihan/Semanan : Kombinasi latihan cardiovascular dan mengangkat berat adalah yang terbaik kerana ia akan menolong Zahari dalam meningkatkan calorie output dan juga dalam memambahkan otot.
  2. Makan kerap : Dengan makan 5-6 kali sehari, system-sistem badan sentiasa beroperasi dan keep the body active. Ini akan mengingkatkan kadar metabolisma. Jangan skip meals dengan harapan untuk weight loss kerana skipping meals akan memaksa badan menurunkan kadar metabolisma kerana ia ingat ia sedang “puasa”
  3. Minum Air : Air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. Jadikan air mineral sumber air utama Zahari!
    Nutritisi secara am: Apabila umur kita makin meningkat, pengawalan calorie menjadi semakin penting kerana kita tidak lagi memerlukan jumlah calori yang sama.
  4. Makanan Pedas : Walaupun kesan makanan pedas tidaklah mendadak, tetapi ia tetap “panaskan badan” dan mengingkatkan metabolisme.
  5. Supplement : Kebanyakan weight loss supplement dikategorikan sebagai thermobased supplements di mana dia akan menginkatkan metabolisma badan dengan kandungan seperti Guarana, L-Carnitine, Cayenne Extract dll.
Ramai orang cakap 'Bestlah badan kurus , perut tak buncit'. Hukhukhuk. Rasa nak nanges sambil hentak hentak kaki  tau dengar statement macam ni. Siapa cakap best ? Kurus macam jerangkung. Makan tak pernah kenyang. Tulang temulang semua terjojol. Nak beli cincin kene customade. Best ke ??? Best ke ??? Aku siap pernah makan supplement lagi okay dulu , semata nak badan yang orang kata bukan underweight, Tapiiii.......hasilnya tetap sama. Sedih. So , korang out there yang mana BMI dah okay tu. Tak payahla nak diet diet eh. Aku panggg nanti. Harharhar. Siapa dekat luar sana yang ada masalah sama macam aku ? Meh sep sikit meh !! :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : besok nak balik Kuantan dengan Wan yeyeah !! Our 2nd time pergi Kuantan together.


xoxo


12 comments:

  1. bela saka ayat standard bagi org kurus tapi kuat makan. Pernah mengalami zaman kekurusan berat hanya 36.5kg. Memang xbest. Entah mcm mana tetiba naik 10 kg.Pastu meroyan nak kurus balik..Memang susah la..^_^

    ReplyDelete
  2. @Wanie-san Makhaih ! Kurus sangat tu wanie. Berat kite sekarang pun 47. Tapi underweight lagi. Tension betul. Y_____Y

    ReplyDelete
  3. ko tunggu le dah kahwin sok klu nak berat naik mendadak setelah dipam2 hahaha... sabar naaa... :p

    ReplyDelete
  4. dulu akak kurus jugak. tapi skrg pun kurus kan haha

    takpe nad. mane tau lepas kawen gemok ke kan hee. kurus sihat ok apa :D

    ReplyDelete
  5. jeles orang kurus-kurus ni..
    Nk kurus jugakkk

    ReplyDelete
  6. haha! sep nn! akak pun skinny..tp mknn rabbi..kwn2 sume ckp akak bela saka..siap ms akak tgh mkn ramai2 ni dgn kwn2 husband..boleh lak sorg member ckp 'ko ada saka eh? hei saka,keluar kau dari bdn dia' hahaha..sampai bila2 akak ingat..habis semua org gelak..

    tp kan,sejak kawen akak macam slow sikit..xmkn mcm bela saka..tp badan mcm naik sikit..huhuhu! takut lah pulak..syiok ok mkn byk tp bdn xnaik ;P

    ReplyDelete
  7. @Mahirah Ridzuan Oh tidakk !! Taknak kawenla camtu. Hahahaha.

    ReplyDelete
  8. @cha Hahaha. Sekarang pon Kak Cha okay je. Takdela bam bam sgt. Hiksss.

    ReplyDelete
  9. @Miss Hidy Eh eh macamlah awak tu sebesar tong. Hahaha. Tayah kurus2 tak elok. :P

    ReplyDelete
  10. @Nursaila Norman Wakakaka ! Ini lawak. Muahahaha. Yeke ? Tula ramai orang kata lepas kawen nnt naik mendadak plak. Fuhh fuhh !! Tak dapatlah badan macam kerengga da nnt. Hihihi.

    ReplyDelete
  11. mekkk .. sama lah kite ... wiwiiii .. kurus tapi makan banyak . sedih oii ... hi sis cha (lambai lambai tangan) . meh berinstagram .. huhuhu

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah