Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, September 23, 2013

Amy & Shah Wedding

Assalamualaikum & Hello.

Selamat pengantin baru.....semoga kekal abadi bahgia......ke anak cucu sentosa murah rezeki. Hamboii. Kurlas start start entry nak kena nyanyi. Muahahahaha ! Sabtu lepas , untuk kesekian kalinya aku dengan Wan diminta untuk jadi pengapit , ohoooiiihoiiiii. Sudah cukup cukup sudahhh....cukup sampai disini saja. Hiksss. Dah 4 kali weh jadi pengapit , adoiiidoiii. Officially aku da retire , kang ada yang kawen lambat juga aku dengan Wan. Sedih. 

Bertempat di Dewan Besar UTM Jalan Semarak , majlis berlangsung dengan lancar. Alhamdulillah. Tapi nervous aku mengipas pengantin atas pelamin tu tetap tak berubah , sama juga lagi level nervousnya. Kekeke! Kalau aku kawen nanti tak tahulah aku apa perasaan , nervous + nak terberak semua ada agaknya.



Memandangkan aku pengapit , dah tentu tentulah aku ada gambar exclusive daripada bilik persalinan keeennnn. Inilah dia pengantin yang diraikan. Kak Amy & Abang Shah. Aku kenal dorang ni zaman aku hingusan lagi weh. Daripada zaman aku UiTM dulu lagi. Aku kenal pun sebab dulu pernah kerja satu ofis dengan Kak Amy masa semester break. And now memang ktorg colleague pun. Harharhar. Tak boleh blah. Nak juga kerja sama sama. Padahal Kak Amy ni kawan gossip mama masa dorang kerja seofis dulu but now dah jadi kawan gossip aku pula. Ermm. Pun bolehhhh !! :P



Bersama pengantin , ambil berkat katanya. Berkat kali ke berapa puluh juta dah ni. Kikikiki! Memandangkan dorang siap awal so bolehla nak bergambor gambor. Cuba kalau siap lambat. Pitam. Aku pun siap terus dari rumah je. Malas nak tambahkan semak dalam bilik persalinan yang amat kecik tu.


Antara colleagues aku yang dapat attend wedding Kak Amy. Supposedly ada ramai lagi tapi ramai yang tak datang sebab a week before dorang dah attend wedding side Kak Amy dekat Kedah. So , minggu ni turn dorang kena kerja dan ada juga yang ada hal lain. Maka dengan itu , ini jelah yang tinggal.


Mama bawa kawan office dia teman , kalau tak ? WAJIB sesat. Kahkahkah. Jangan tanyalah kenapa aku duduk macam mermaid sesat di daratan tu. Penat hoiii ! Aku dengan wedges aku yang hazab punya tinggi lepas tu dukla mencangkung betulkan ekor dress Kak Amy tu berjuta kali. Memang krem peha aku. Sampai ke harini ye nikmatnya masih terasa. Y______Y.



Budak 2 orang ni anak colleague aku , Kak Atina. Dan memang daripada azali anak dia selalu jadi mangsa kidnap ktorg semua untuk tangkap gambar. Kau tengok jelah anak lelaki dia si Darren tu. Hoiiiii mengundang betul. Kebetulan hari sanding Kak Amy ni sama dengan birthday dia. Tu yang kekwat je muka. Padan muka kena cium banyak kali. Muahahahahaha!!

Yang paling aku tak boleh lupa masa wedding Kak Amy ni ialah bila abang abang DJ sengal tu boleh pergi bantai buat annoucement dalam hall tu yang ada orang request pengapit kena karaoke. Kawwww dah gila ! Memang menggelupurlah aku dengan Wan lari. Harharhahar! Dah tentu tentu aku dengan Wan dua dua bukan kaki karaoke. Kalau menyanyi gak time tu , memang menangis Yuna. Tak boleh dah dia cari makan. Kikikikiki! Mesti abang DJ tu saja konon nak kenenkan aku dengan Wan , kahkahkah. Padahal ! Wan tu dah sahih sahih boifren iollss dan bakal tunang iollss. Shentap gegirl shentappp. Kekeke!

Actually ada banyak lagi gambar dalam camera colleague aku , tak sempat nak cilok lagi. So , apa yang ada jela aku letak. Kalau ada gambar lain aku add on jela. Huhuhu. Malas nak wish dalam blog sebab haritu da buat wishes on video dah. So , cukuplah eh. Huahuahua. Wish dia tetap sama. Semoga cepat dapat baby. Cliche sangattttt. Okay dah , nak sambung buat kerja. Babaiiiiii.


p.s : dulang hantaran dah siap 4 , kihkihkih. eksaited mak nok. :P


xoxo


No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah