Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, September 20, 2013

Berbezanya Aku & Wan , Gulppp !!

Assalamualaikum & Hello.

Sejak sejak tarikh nak tunang ni makin dekat , mood semakin miang keladi. Rasa nak pang diri sendiri. Maapkanlah diriku ini. Semalam duk belek belek Gallery , tengok tengok gambar lama. Lawak. Rasa nak nanges sambil delete gambar. Amboiii over. Hahahaha. Sempat jugalah aku sabotaj Wan dekat Insta. Tulah sape suruh takde Insta , kan dah kena sabotaj. Muahahaha. Tapi aku sabotaj aku bagitahu , baikkan aku. Kihkihkih.

Kalau nak dibuat perbezaan , Wan masa tahun 2011 adalah seorang yang sangat kurus macam mat pet pon iye. Tapi Wan yang sekarang ni. Ahaksss. Geli mat mat mat ! Perut tiada lagi petak bersegi , yang ada hanyalah mini kinabalu. Bila pakai kemeja yang masa first time aku jumpa dia dulu tu sekarang ni , erkk ! Rasa macam hazabedah sangat. Macam nak tertanggal tanggal segala butang yang ada. Aiyookk !! Bahagia sangat ye bang. Hewhewhew. Eh malasla kittew nak cakap banyak , tengok gambar bawah ni jelah eh.



Haaa nampak tak nampak tak beza dia ?? Nampak kann ! Jelas dan nyata sangat. Mihmihmih. Tengoklah siapa yang jaga weh. Kurlass. Bunc detected !! Wakakaka. Baru nak masuk 2 tahun & belum kahwin lagi. Lepas kahwin ?? Geleng geleng kepala. Kahkahkah. Apa pon ai is tetap maintain gorgeous dan slim river. Kurlasss tak nok mak jaga badan. :P

Itu kalau kita buat comparison daripada fizikal , kalau daripada perangai ? Erkk ! Akulah winner. Aku kalau ada benda yang aku tak puas hati , nah kauuu muka muncung 14 inci nak sangkut sepender aku bagi. Cuba kalau aku dapat apa aku nak , nahhhh senyum sampai telinga Wan. Ehhhh. Hihihi. Dan aku ni spesis semua benda nak cepat , ai is tak suka okay lambat lambat and slow motion ni. Gggrrrr. Kalau Wan yes , dia bangsa relax relax buat macam takde apa. Padahal aku dah lapanplohpat kali gelabah , tapi Wan masih macam aiskrim mat cool. Pffttt. 

Siapa lagi banyak cakap antara ktorg ? Dah tentu tentulah aku. Takpayah jawab pun korang boleh tahu kan. Kalau borak borak dalam kereta dengan Wan pun aku rasa Wan sampai penat dan sangat malas nak layan aku. Tapi takdelah pula aku serik nak borak borak. Aku lantakkan je Wan nak layan ke tak , janji dapat cakap cakap. Padahal ! Apa aku cakap tu penting pon idok , wakakaka. Wan ni jenis tak banyak mulut , dia lebih banyak mendengar sebab tu telinga dia besar. Gulp. Kutuk bakal tunang sendiri. Takpe. Orang lain kutuk ? Awas. Harharhar.


Banyak weh beza aku dengan Wan , kalau ikutkan yang buruk buruk semua aku yang elok elok dan sejuk pada pandangan mata semuanya Wan. Hihihi. Kalau aku ni dasar pemalas , Wan tu dasar perajin. Ehh kejap kejapppp ada ke istilah perajin ? Ermmm bantaiii !! Harharhar. Dia basuh baju pun gigih guna tangan , kalau aku ?? Mana nak aku basuh baju pakai tangan , dan dan cakap allergic sabun. Kang menggelupas kulit tangan gegirl. Oh tidak tidak. Makanya kita humban aje dalam bakul baju kotor tu , nanti ayah basuh guna mesin basuh. Kahkahkah. Wan kalau lapar dia boleh lagi masak Nasi Goreng , kalau aku ? Bersahabat baik dunia akhirat dengan Maggi. Siapa nak stok Maggi dalam rumah tu cakap je dengan aku. InshaAllah ada. Lalalalala.

Aku - Api , Wan - Air. Kalau aku marah memang betul betul aku marah. Dan dengan sedaya upayalah Wan cuba calm downkan aku tapiii........lepas tu dengan dia dia aku libas marah sekali. Harharhar. Redho. Aku jenis critical thinking , benda simple pun jadi susah. Benda kecik pun jadi besar. Benda besar ang takyah duk tanyalah , jadi makin besaq. Hahaha. Wan lain , semua dia buat nampak mudah. Tu yang aku stress tu. Aku kibut , dia duk watlek watpis lagi. Fedap juga mak jemah kadang kadang. Gggrrr.


So , siapa cakap kalau 2 orang berbeza watak dan perwatakan tak boleh together ? Salah okeh. Both of us memang ada perangai yang extremely berbeza tapi as long as ktorg cuba untuk lengkapkan each other everything will be fine. Gittuuuu. Okaylah sebelum korang muntah hijau ataupun muntah pelangi baca entry ni baiklah kalau aku endkan dekat sini je. Babaiiiii.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : 71 hari je lagi ooiiii , goosebumps.


xoxo


2 comments:

  1. Alhamdulillah saling melengkapi antara satu sama lain adalah salah satu konsep berumahtangga... kita tampal segala keburukan dia dengan kebaikan dari kita.... yg penting jaga aib dia ye.... dah boleh mendirikan rumahtangga ni... Akak doakan korang bahagia hingga akhir hayat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh terharu ! Nanesss Y____Y. Thanks akak untuk doa tuk ktorg. Heeee.

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah