Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, September 24, 2013

Cathy Doll , Wink2 !

Assalamualaikum & Hello.


Cathy Doll , dengar nama je pun dah macam comel comel kaannn. Seperti yang korang sedia maklum. Aku amat sangatlah suka benda yang comel comel. Walaupun aku ganas tahap YaAllah YaRabbi , tapi aku tetap suka benda yang comel. Fact. And lately ni aku tengok ramai orang jual product Cathy Doll. Tengah sibuk scroll IG boleh nampak banyak orang update pasal Cathy Doll. Mula mula scroll je , lepas tu ehek ehek ehek terstop dekat instashop yang jual Cathy Doll. Hasudah. Y_____Y

Daripada kajian aku , Cathy Doll ni product yang diformulakan dekat Korea tapi banyak dah dijual dekat Thailand/Brunei dan Singapore. Hanya kebelakangan ni je aku baru nampak ada dijual dekat Malaysia. Kalau korang nak baca review dekat blog blog pun masih tak banyak lagi. Masih freshla katakannn. Tapi kalau nak tengok dekat IG , korang taip je #cathydollmalaysia. InshaAllah banyak gambar keluar. :D



Ni antara set mandian yang Cathy Doll ada. Dua dua dah masuk dalam wishlist aku. Tengah nak bodek Wan belikan 1 set je , lagi 1 set aku beli sendiri. Hamboiiii. Berlagak. Kekekeke! Nak suruh Wan letak atas hantaran , omey kann ?? Geram je aku tengok. Hurh. Aku tengok blogger Irine tu pun ada beli juga Cathy Doll punya product ni. Tu yang terjebak ni hoiiii.


Yang ni pula shower gel je , takde set set macam yang dekat atas tu. Pon nampak menarik. Aku malas pula copy paste apa function pakai shower gel ni , korang google jela eh sendiri. Hewhewhew. Aku tahu korang lagi super rajin daripada aku. Kan kan kannnnn ?? :P



Ada juga set pencuci muka , arghh stress ! Semua pun nak comel , rabaklah duit gaji macam ni. Hihihi. Kau tengok jela packaging dia , semua mengundang perasaan untuk merembat waima satu set. Pula tu bila baca perkataan Whitening tu , haizzzz. Aku ni pula memang sangat obses dengan skin care. Hurm. Nak try ke tak try ni. Nak ke tak nak ke tak. Ermmm.........




Barang make up pun ada , alahaiii. Dahla comel comel semuanya. Rasa nak borong semua je. Tapi kangggg ada yang tak pakai or tak sempat nak pakai pula. Membazir sajo. So , kita tetapkan nawaitu untuk cuba satu satu jela dulu eh eh eh.

sumber : Google

Set untuk pelansingan badan pon hadoooo , kot kotlah korang ada lemak lemak yang dah menggelebeh kan. Nak kasi hilang , bolehla pakai set chilli bomb ni. Ada juga product Cathy Doll yang boleh hilangkan strecth marks , nak buat muka jadi bentu V. Eh macam macam sangat yang kau ada ni Cathy Doll. Ada aku lempang laju laju kanggg. Gggrrrr.

Sobsobsob , interested sangat weh dengan semua produk Cathy Doll ni. Huwaaa. Tapi ai is berpijak di bumi yang nyata. Kita survey dan pilih barang yang kita nak try the most dulu. Yang lain tu kita try lepas kahwin jela. Hikhikhik. Bajet weh bajet. Kepada korang yang mencari instahop yang jual produk Cahty Doll , bolehlah search yanasgallery/zamalianashoppe/reebeautyshop dan lain lain. ^_^v

Thanks for your time , love ya people.


p.s : nak bodek Wan habes habesan ni. kekeke!


xoxo


5 comments:

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah