Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, September 30, 2013

Dosti.....Friendship.....Persahabatan, ^^

Assalamualaikum & Hello.

Mujhse Dosti Karoge , hamboiii speaking hindi satuuuu. Hikhikhik. Maksudnya will you be my friend ? , will you will youuu ??? Hurm. Kalau nak cerita pasal friendship ni , memang sampai besok lusa tulat takkan habis. Sedih ! Y_____Y


Macam aku , aku ada ramai kawan. Mahunya tak ramai , aku sekolah rendah sekolah lain. Sekolah menengah sempat merasa 1 tahun dekat sekolah lain , form 2 sekolah lain sampailah habes sekolah. Masuk UiTM buat kawan baru lagi. Semester break aku kerja temporary lagi , ada lagi kawan. Sekarang ni dah kerja pun ada kawan baru lagi. Banyakkan kawan kawan aku ? Tapiiiiii........semua tu mostly kawan hai bye je , uhukhukhuk. 

Kalau kawan yang betul betul rapat and boleh diiktiraf kawan susah senang , adalah beberapa kerat. Boleh kira dengan jari weh , tak sampai 10 orang pon. Kalau aku kawen nanti aku ajak 10 orang ni jelah , save cost. Muahahaha! Nak kata aku tak suka berkawan ? TAK ! Tapiiiii.....aku pilih orang untuk aku rapat. Tak semua orang boleh tau cerita aku luar dalam kecuali aku betul betul percaya dekat orang tu. So , siapa yang dapat kepercayaan aku tu. Sangat sangatlah bertuah. Bertuahhhhh ke nak dengar masalah negara kauuuu tu Nadia oiiii. Ihikhikhik. :P


Siapa cakap dalam memilih kawan untuk rapat tu aku tak pernah kena backstab ? Who said who saiddd ??? Nangesss. Y____Y. Berkali jugalah aku pernah kena backstab , sampai at one stage dah rasa lali tahu. Sampai nak percaya dekat orang pon malas , tapi as usual aku ni kan lalang. Kejap je dah jadi peramah and bagi kepercayaan kat orang. Tak serik serik. Hissshh. Wan pun kadang kadang sampai pening kepala tengok perangai aku yang satu ni (geleng geleng kepala). Aku ni orang yang aku tak pernah jumpa pon aku boleh ramah , yang baru jumpa sekali pon sama. Wakakakaka! Kalau yang dah kenal lama tu tahulah perangai aku macam mana. BECOK ! Kekekeke!


Kalau aku dengan orang yang aku rapat , maksudnya dengan geng aku. Yang aku selesa to be with. Memang orang sekeliling pun aku dah tak peduli weh. Lantak koranglah nak jeling jeling sampai terkeluar mata daripada soket. Yade yaku yessah ! Janji aku boleh gelak gelak besar , tapayah nak cover cover cun eh. Sebab aku tau aku memang cun , gelaklah macam hantu raya sekalipunnn. Tetap cun. Muntah.


Situation ni selalu sangat jadi , memandangkan aku manusia yang sangat busy. Muahahaha! Tak bergossip lama , takpe. Tapi once dah start , haaa then cannot stop already. Menceceh ceceh. Daripada cerita pasal boyfriend , tetiba masuk cerita a person who used to be friend sampailah pasal kahwin segala. Memang takkan ada fullstop. Kadang kadang sampai dah lepas mandi , tak sempat pakai baju da sibuk bergossip. Kau hadooo kawan cenggitu ?? Hahahaha.


Kalau aku dengan kawan rapat aku , kalau setakat carut carut tu macam perkara biasa je. Mesti ada je kannn yang keji , pakai tudung tapi carut carut. Alaaaa alaaaa. Susah nak explainlah , carut carutlah baru nampak keakraban. Kata kauuuu. Muahahaha! Ni kalau borak borak biasa takde carut carut , macam hambar sangat. Macam tak sampai waktu puncak pula dah. Kekeke! Ni bagi akulah , bagi korang aku tak taulah. Plus kalau ada benda yang aku tak puas hati pasal kawan rapat aku tu , hurmm. Ready jelah nak kene tabur keeennnn! Same goes to me , ada yang dorang tak puas hati. Tabur jelah. Tapi perkara ini jarang berlaku , sebabnya KAMI SEHATI SEJIWA. Miahahaha! Ultras Malaya sangattt. :P



Eleh elehhh korang jangan tak ngaku la ehhh. Girls , aku pun perempuan juga. Aku tahulahhh kalau korang pandang pandang kawan korang tapi tak cakap pape tapi lepas tu gelak tak ingat doniaaaa. Mesti korang interact guna mukaaaa kannn. Jangan nak membongak. Muahahaha! Benda ni selalu jadi time aku lepak lepak dengan kawan rapat aku. Ada je benda yang sama ktorg pandang , lepas tuuuuuuu HAHAHAHAHA macam bodoh ! Perempuan perempuan psycho. Gila. Hahaha.

Wan kalau ikut aku jumpa or lepak dengan kawan kawan rapat aku , mesti diam. Hahahaha. Dia lost track langsung weh ktorg borak pasal sape pasal ape. Kekekeke! Tapi sama jelah pun kalau lepak dengan kawan kawan dia , terus jadi tunggul kayu sikit haribulan keluar busut je. Kahkahkah! Aku dengan kawan kawan rapat aku pula jenis cerita A pastu tetiba lompat cerita B , kau rasa sempat dia nak faham jalan cerita ?? Hahahahaaa.

sumber : google

Aca aca sahabat sejati sangattt kannn , kononnya masalah kawan kau tu masalah kau juga. Muahahaha! Tapi aku memang macam tu , almaklumlah makcik kepochi. Lololololo. Aku kalau kawan aku tak suka orang tu , dengar cerita dia je aku pun boleh jadi tak suka. Tah pape je. Padahal jumpa orang tu pon tak pernah. Lempang lelaju taulah. Kekeke! Dah jadi lumrah weh , kau tak suka aku tak suka. Kau suka , walaupun aku tak suka tetap buat buat suka. Haktuihhh !

Korang dengan kawan kawan korang macam ni tak ? Ke aku sorang je yang lain ? Muahahaha! Tapi kenyataannya aku rindu kawan kawan aku. Nak jumpa dorang entah abad ke berapa tah. Masing masing ada life sendiri. Y_____Y. Rindu nak pillow talk , rindu nak gelak gelak macam kena sampuk. Friends are forever walaupun korang tercampak dekat ceruk mana mana. Muahahaha! Aku rindu korang. Okay baaaaiiiii....

Thanks for your time , love ya people.


p.s : 9 hari tak jumpa Wan , gigih ! hahahaha.


xoxo


No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah