Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Saturday, September 28, 2013

Food Review : Restoran Lala Seafood , Kg Baru KL

Assalamualaikum & Hello.

Siapa yang selalu datang Kg Baru untuk makan makan , definitely dah tak tahu kedai makan mana lagi korang nak try kan ? Maka dengan itu aku nak share satu restaurant ni , kedai Thailand yawwww. Aku pun baru tahu semalam sebab ayah cerita , kalau tak selama ni aku lalu je depan tu. Nampak tak menarik sebab tu tak singgah. But again don't judge a book by its cover. Maluuuuu titewww , titewwww ingat kedai tu tak cantik. Rupenyaaaa...............................


Style rumah kampung weh , kurlassss !! Selama ni aku tengok dari tepi jalan macam takde apa apa. Rupanyaaaa , nah kauuu ! Menarik juga tempat ni. Ada 2 bahagian : 1 bahagian yang ada aircond , 1 bahagian lagi yang ada kipas. So ktorg choose duduk dekat belah ada kipas jela.

Actually first time datang ni aku takdela eksaited nak snap gambar , sebab aku lebih kepada perasaan gelojoh nak order dan nak makan. Tapi aku ada perasan 1 corner dekat depan kaunter pembayaran. Ada pulut weh , ada mangga dan segala lagi manisan. Ubi kayu pun hado hokeh. Tanjat tauuu gegirl bila tau kat sini ada pulut durian (baca dalam menu). Bahahahahaha! Tapi tak order pun , aku baca je. Aku lapaaaa nasi , nasiiiiii dan nasiiiiiiii. :P



Family dinner at Lala Seafood Kg Baru , sementara tunggu makanan sampai. Sempat jugalah ayah bahan aku. Hurmmm. Yelah yelahhhh nanti kitttewww belajar masaklah. Takdenya kitteww kahwin nanti makan kat luar. Shentap gegirl shentappppp. Y_____Y.

A : Kakak ko ni nanti kalau dia dah tau kat sini sedap dia ajaklah Wan makan kat sini.
N : Ehhhh mesti , makanan sedap kena kongsi ramai ramai. Bayar je sorang sorang. Kekeke!
A : Nanti ko dah kahwin ko tak belajar masak , tak taulah ayah. Haha.
N : Lala Seafood kan adaaaaa. (mata jeling orang sebelah). Muahahaha.


M : Kak ko tangkaplah gambar air ni , warna warni. Ko kan suka tangkap gambar.
N : Alaaaa malasla ma , air buah je pun. (sambil keluarkan tab dan tangkap gambar). Pffttt.

Muahahahaha! Paling nampaklah air warna warni kannn. Sebab aku guna camera360. So , terus teredit sekali warna air tu. Cecuba korang teka air apa tu. Kalau betul , korang hebat. Tu je. Kahkahkah. Yang air kosong ada ais tu tak payah teka , aku lempanggg kang. Kang ada kata air sprite la , 100 plusla. Cepuk kang.



Saja nak upload gambar Ikan Siakap Stim Limau ni dua kali , saja nak bagi korang stress. Padahal ! Sendiri upload sendiri yang stress. Terngiang ngiang rasa kuah dia yang pedas tu. Arghhh !! Kecur air liur sendiri weh. Sedap ! Should try , inshaAllah tak mengecewakan unless tukang masak tu dah berhenti and tukar tukang masak lain. Kikikiki!



Kerabu Kaki Ayam. Pun sedap juga tapi kalau compared dengan Kerabu Kaki Ayam Permai Seafood. Aku rasa lagi berbaloi makan dekat Permai Seafood sebab quantity kaki ayam dia yang banyak sampai penat mulut nak keluarkan tulang kan. Hewhewhew. Dekat Lala Seafood ni yang best kaki ayam dia dah dibuang tulangnya , so korang boleh terus ngap tanpa risau akan tercekik di kemudian suapan. Muahaha. Dap dap dap. Ada juga order benda lain , tapi malas dah nak snap. Kahkahkah. Aku kan kalau bab makan memang gelojoh , so tak kuasalah nak snap snap. Baik aku makan terus. Perut pun konyang , hati pun sonang. :P



Business card Lala Seafood. Untuk korang yang nak pergi makan tu bolehlah refer dekat gambar business card tu. Hopefully membantulah ye. Apa lagi bawalah family tercinta ke orang tersayang ke Lala Seafood. Amboiii kauuuu dah macam duta Lala Seafood dah kenapeeeee. Kekeke!


Happy tummy and me. Ngeee! Kau gila tak happy happy lagi tummy aku ?? Nasi siap bertambah. Pastu nanti kita mengadu dekat Wan eh perut kita buncit. Kikiki! Total harga Nasi putih 5 , Nasi Goreng Ayam 1 , Tomyam Campur 1 , Ikan Siakap Stim 1 , Kerabu Kaki Ayam 1 , Kangkung Belacan 1 dan air air adalah RM 90. Worth it. Satu kepala jatuh dalam RM 18. Hekhekhek. Bolehlah repeat lagi ni (sambil pandang Wan yang tengah baca blog). Hai bie !! Hahaha. Babaiiii korang , aku tengah kerja ni (jeling kiri nampak HOD , arghh rimas).

Thanks for your time , love ya people.


p.s : banyak sangat kedai makan nak review ikutkan hati , tapi nampak makanan je lupa diri. Sedih. :P


xoxo


2 comments:

  1. ok tak harga makanan kat sana?by set ke?hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Affordable. Tak sure by set ada ke tak , tapi ala carte memang ada. ^^

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah