Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, September 30, 2013

Sunday at Hospital Ampang , Y_____Y

Assalamualaikum & Hello.

Last week lagi ayah ada cakap pasal dia nak kena admit dekat Hospital Ampang sebab nak buat CT Scan. So , yesterday is the day. Hari Ahad pukul 8 pagi ayah dah drive sendiri pergi hospital , sendiri serah diri. Muahahaha! Aku pukul 8 pagi tu pun belum jumpa matahari lagi , zzzzzzzzzzz. Ape pon tak bolehla kau ni Nadia oiii. :P


Sampai sampai je hospital , boleh salah wad okay. Mama boleh dengar ayah cakap Wad 6B. Padahal Wad 6D. Duduklah pusing keliling , mundar mandir dekat Wad 6B tapi tak nampak nampak ayah. Cari nama dekat board pon takde , last last dah fed up. Mama call ayah , ayah kata Wad 6D. Aku dah cakap dah salah , nak juga mundar mandir. Pffftttt. Habes kejelitaan ai orang tengok tengok , malu okeh. Harharhar.

Masa aku sampai , ayah kena interview dengan doktor pelatih sorang ni. Aku dengar jela kannn. Takkan nak suruh aku pula yang jawab. Hohohoho.

D : Pakcik ada alami bengkak bengkak ?
A : Kalau salah makan adalah , kalau tak salah makan takdelah bengkak.
D : Pakcik ada alami apa apa pendarahan ?
A : Tak ada.
D : Okaylah pakcik , nanti saya datang balik ambil sample darah.


Mula mula doktor datang nak ambil sample darah , lepas tu nurse pula datang masuk air. Aku dah jem da tengok doktor tu ambil darah. Tapi ayah duk heboh suruh aku ambil gambar dia kena ambil darah. Arghhh.

A : Kak ambillah gambar , hantar dekat dorang (dorang tu referring to Family Group dekat Whatsapp).
N : Alaaaa akak nak pitamlaaa tengok darah ni.
A : Ni masuk air pun hantar juga.
N : Yelah yelah , dah hantar dah.
A : Dorang ada cakap apa apa ??
N : Takde , line takde. Huhuhu (padahal dah malas nak bawa keluar masuk tab daripada handbag).

Apa pon , hopefully result CT Scan ayah okaylah. Aku tak suka pergi hospital. Aku tak suka bau ubat. Aku tak suka nampak ambulans bawa orang kepala berdarah darah. Aku stress nanti. Hahahaha. Sebab tu aku simpan niat nak jadi doktor tu dalam hati je. Muahahahaha! Ni CT Scan ayah yang kedua , before ni dah pernah buat dah dekat HTAA Kuantan. Minta minta semuanya dipermudahkan. Boring juga bila ayah takde kat rumah , takde orang nak memekak bila aku mandi lambat. Takde orang nak memekak bila masuk bilik aku yang bersepah macam reban tu. Takde orang rebut duduk dekat sofa depan tv tu. Bosan ok bosan. Huwaaaaa. Y_____Y

Thanks for your time , love ya people. 


p.s : dalam pada duduk hospital tu , tekak nak kaya je. minta ayam goreng mekdi okeh semalam. pffttt.


xoxo


4 comments:

  1. moga takde pape ayah awak..
    tu nmpak semalam awk upload kat IG..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah , kite pun tunggu mama update ni. Katanya tadi tak kuar hosp lagi. Pheww.
      Aah upload IG dulu baru blog , blog mmg selalu dianak tirikan. :P
      Thanks for the doa makcik. Y___Y

      Delete
  2. Replies
    1. Thanks Amoi Farah , now pun tengah tunggu result scan. :)

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah