Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, September 19, 2013

Ye aku ada TOYOL , ^^

Assalamualaikum & Hello.

Peringatan : Jangan tiru aksi ini sama sekali. Muahaha.

Haaa tajuk entry nak gempak , wakakaka. Aku ada TOYOL , haaa korang hado ? Eleh aku tau korang ado , jangan nak membongak den duk geleng geleng. Harharhar. Aku bukan cerita pasal toyol yang curi duit orang tulah , kalau aku ada toyol yang itu dah lama dah aku kaya raya tak payah pikir susah susah nak cari duit. Terus boleh kawen uollss. :P 

Aku cerita pasal nota kecik yang di bawa masuk dalam dewan exam ataupun nama famousnya TOYOL. Aku pon tak tahulah kenapa nama yang panjang tu bila dipendekkan jadi toyol je. Hahaha. Yang aku tahu aku ada toyol , dululah. Sekarang ni dah kerja , motip pula nak ada toyol. Haizzz.

Masa zaman aku UiTM dulu , perghhh gigih gila babeng okay stay up. Stay up kononnya buat notes nak baca sebelum exam. Eh betullah buat notes nak baca sebelum exam dan bawa masuk sekali dalam dewan exam. Muahaha. Walaupun aku ni pembela toyol yang berjaya , aku takdelah daring bawa toyol ni untuk final exam. Kalau takat test/quiz ni senanglah nak seludup. Selitkan je dalam kertas kajang yang korang bawa masuk dalam kelas/dewan tu. Wakakaka. Semudah ABC kan ??

Bila dah bawa masuk tu kenalah bijak kawal keadaan. Macam aku dulu , perhatikan dulu dekat mana pensyarah/pengawas peperiksaan tu duduk. Supaya tak kantoi. Muahaha. Pilih seat plak yang agak agak strategik. Kalau dulu ktorg duduk in the middle or depan sekali. Sebab pensyarah suka duduk dekat belakang. Hikhikhik.

Yang paling best ialah bila bukan aku sorang je yang buat dan bawa toyol. Ada juga kawan kawan yang lain and mostly mesti lelaki. Chaiittt ! Lagi function bila housemate/roomate dalam kelas yang sama. Siap bahagikan okay chapter apa aku buat chapter apa roomate buat. Bijak bijak bijak. Thumbs up. Bila dah jawab soalan yang related dengan toyol masing masing , kita tukarlah !! Main passing passing okay , make sure tak kantoi. Pandai pandailah gumpalkan and lempar kat lantai ke , bagi ikut bawah meja ke , bagi dalam selitan kertas kajang ke. Harharhar. Teruk teruk teruk. Y______Y


Inilah dia contoh toyol , yang penting ni bukan toyol aku. Toyol aku siap ada highlight kaler maler lagi okay. Konon nak cantik. Padahal !! Nak highlight mana tajuk penting and keywords dia. Haram J betul perangai. Dan memandangkan aku ni budak accountancy , habes semua format balance sheet semua ada dalam toyol. Daripada sebesar besar tulisan sampai sehabes kecik. Kahkahkah.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : banyak pula entry harini , ermmm tahulah boss takde. hikssss.


xoxo


2 comments:

  1. toyol ku tulis atas tangan ngan belakang tudung... lagi jahat kan hahaha...

    ReplyDelete
  2. @Mahirah Ridzuan Perghh !! Belakang tudung pun bantaiiii. Hahaha.

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah