Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, October 28, 2013

Bila aku masuk dapurrrrrr , naseb tak meletup hoiii dapur tuuu ! :P

Assalamualaikum & Hello.

Weekend haritu , dua hari berturut aku jadi chef dekat rumah. Kekeke! Naseb baik takde sorang pun yang ulang alik ke jamban kerana keracunan makanan. Muahahaha. Selama ni asyik mama je yang masak , aku duduk/berbaring depan tv tanpa sempat menjenguk ke dapur. Tahu tahu je makanan dah siap dihidang. Basuh tangan dan makannnnn. Kikikiki. So bila berpeluang masuk dapur dan masak untuk adik adik dan ayah. Ohhh barulah rasa bahang panas makhaih duduk kat dapur. Berpeluh macam orang baru habes marathon okaaaayyy. Baguss. Tak payah exercise (citenya macam selalu exercise. LOL).

Menu Sabtu : Siakap Stim Limau & Kangkung Belacan.



Resepi aku tiru bulat bulat macam yang aku pernah share haritu , hohoho. Dan alhamdulillah menjadi. Ngeee. Cuma bak kata ayah.

Ayah : Kak kenapa pedas sangat siakap ko ni ?
N : Sebab akak suka pedas.
N : Ayah , sedap tak ??
A : Sedap (sepatah je jawabnya. sentap).

Malam Sabtu tu aku saja godek google cara nak buat petai jeruk. Sebab selama ni aku kena tunggu bulan puasa je sebab time tu baru aku nampak orang jual petai jeruk. Sedih. Takkan nak makan setahun sekali je. Itu yang aku google. Rupanyaaa semudah ABC je. Ape puuuuunnn tak boleh. Nanti aku share cara nak buat eh. :P

Menu Ahad : Ayam Black Pepper , Kangkung Belacan , Petai Jeruk & Sambal Tempoyak.

Hari Ahad banyak sikit menu. Padahaaaallll ! Muahahaha. Sayur aku masak sayur sama je macam hari Sabtu sebab sayur tu je yang ada dalam peti ais. Dan semudah ABC juga. So , jangan banyak soal. Makan je apa yang ada. Kekekeke! 

Adik 1 : Harini ko masak lauk takde kuah eh ?
N : Haah , asal ?
Adik 1 : Takde ape saje tanye.
N : Ko nak sambal tempoyak ke ?
Adik 1 : Buat jela (muka tak amek peduli).
N : *dalam hati : nak , cakap jela nak. tayahla bebajet sombong*



Resepi Ayam Black Pepper tu aku pakai tibai je boleh ? Kekekeke! Lepas tu kena komplen dengan adik bongsu aku. Bihadap niiii budak niiiiii.

Adik 2 : Kak , asal ayam kecik kecik ?
N : Biar jela ayam kecik kecik. Semua ayam. Ko amek jela banyak banyak.
Adik 2 : Tapi kenapa semua kecik kecik.
N : Eeehhh ko ni , makan jela. Taknak makan bak aku makan.

Hahahahaa kesimpulannya ayam aku mengecut masa kena goreng , so lain kali kena potong besar besar. Tak pun masak je ikut yang orang potong ayam tu potong , tok sah potong kecik kecik dah. Mihmihmih. Dan malam tu mama sampai daripada Penang , buka tudung saji. Terus cakap.

Mama : Habes lauk ko kak ?
N : Eh mestilah , tengoklah sapa masak. (sempat poyo lagi ok).

Maka dengan itu , aku isytiharkan bahawa Wan takkan mati kebulur kalau kawen dengan akuuuuu. Muahahahaha !! Itulaaaaah motip utama dia ye puan puan dan tuan tuan sekalian. Kekekekeke!

Thanks for your time , love ya people.


p.s : kalau baca blog aku , baca je diam diam. tapayah pergi bagitahu bf aku ape aku tulis. dia boleh baca sendiri.


xoxo


4 comments:

  1. motip yg last skali tu yg xmenahan... hahaha
    mmg dia xkebulur laa (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahahahahaha ! Keeennn. Kita hidup kena ada wawasan. Kaitan ?? :P

      Delete
  2. patut laaa..ada motip rupanya..hehehehehehe!
    ayat yg last sekali tu apakes pulaks? mcm2 ekkk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muahahaha ! Practice make perfect kaaannn.
      Tauuuu takpe , macam macamlaaa. Sebok sangat.
      Duk cakap cakap kat Wan itu ini itu ini , Wan tu pembaca tegar okeh. Blergghhh.

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah