Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, October 10, 2013

Budak perempuan memang macam ni eh ? Ke aku je yang pelik ??? :P

Assalamualaikum & Hello.

Korang pernah tak duduk dalam situation di mana si A tak suka korang and si A ada kawan dengan si B. Yang si B ni neutral je , dengan semua orang dia kawan. Takde nak side mana mana. Tapi bila si B kawan dengan si C , si A ni ajak kawan kawan dia cuba sisihkan si B. Pernah ? Ke korang tak faham ? Takpe baca pelan pelan okay. Tak payah nak need for speed sangat. Kekeke! Kalau korang pernah lalui apa yang aku cerita dekat atas tu , what is your opinion ?

Bagi akulah , on my perspective. Contohnya. Kalau kau ada masalah dengan aku , takpayahlah nak ajak kawan kawan kau untuk sama sama bermasalah dengan aku. Cukup masalah tu antara aku dengan kau je yang tahu. Ni tak , habes semua konco konco kau kena tahu. Motip. Dan bila kau nampak orang yang kawan dengan kau tapi berkawan juga dengan orang yang kau tak suka tu. Haaaa mulalah kau tunjuk perangai kau , nak sisih sisihkan orang yang neutral tu. Dah kenapa ? Mental. Gila. Psycho. Pilih ! Apa masalahnya berkawan dengan semua orang , kau tergugat ? Kau susah ke kalau orang yang neutral tu kawan dengan siapa siapa yang dia nak ?

Aku punyalah pelik dengan situation macam ni sampai aku cakap dekat Wan , hikhik.

N : Kesian dekat si polan ni.
W : La nape je ?
N : Dia kena sisih dengan lunch buddy dia. Hahaha.
W : Sape je ? Asal jadi macam tu ?
N : Kan budak tu tak suka kite , and lately si polan lunch dengan kite. Pastu terus dia cam kena sisih.
W : Si polan rapat ke ngan dia ? Macam macam. Ada ada je.
N : Takdela rapat , tapi selalu lunch sama je. Tapi tulah sebab kita , si polan pula yang kena.
W : Apela , tak faham ngan cara orang perempuan berkawan.

Daannngggg ! Hentak kepala dekat dinding , memang semua orang perempuan perangai macam ni ke ? Hahahaha. Aku rasa aku takde pula nak amek kisah si polan nak makan dengan aku ke dengan siapa siapa pun. Tapi kenapa individu tu pula yang sampai nak sisihkan si polan tu semata sebab si polan tu makan dengan aku. Dannnn bukan selalu pun to be exact. Aaargghhh seriously tak faham.



Okay actually entry ni bukan contoh dah. But this is the fact and reality yang wajib aku hadap. Aku tak marah kalau dia nak sisihkan aku ke apa , since from the start ktorg memang ada communication error. But why so sudden kau nak relatekan dengan orang sekeliling. Be matured. Masalah aku dengan kau will remains masalah kita. Tak payah kot nak kena ajak geng bengang dengan aku. Tak payah kot nak pancing pancing budak baru masuk supaya tahu masalah kita yang lame tu. Tak payah kot nak cerita itu cerita ini nak bagi semua orang tahu. Cukuplah siapa yang tahu tu tahu. Takpayah tambah tambah. Tak payahlah nak sisih sisih orang. Hak berkawan hak masing masing bukan hak kau untuk tentukan dengan siapa dia patut kawan dengan siapa dia tak patut kawan. Plus dah macam budak kecikla nak main taknak kawan taknak kawan ni. Malulaaaahhh sikit. Kekeke! Kalau ikut tekanan perasaan aku tengok muka kau tu , dah lama dah aku tumbuk muka kau tu. Elok cantikkkkk kanggg kemek tahu ! Tolonglah buat cara dewasa sikit. Pffttt. Apa pun tak boleh. :P 

Thanks for your time , love ya people.


p.s : besok dah jumaat , tak sabar nak jumpe Wan hari Sabtu ! Yeyeaahhh.


xoxo 


24 comments:

  1. aefa selalu jadi si B tu. stress tau jadi si B... -.-''

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Itulah , kesian betul dengan si B.
      Kita sampai serba salah , rasa taknak bagi je B kawan dengan kita. Boleh ? Haha

      Delete
    2. haha.. jgn la cmtu.. kesian kami si B nih tauu

      Delete
    3. Hahaha , tau takpe. So maka dengan itu.
      Kawan jela dengan siapa siapa.
      Sik bait buat si B macam tu kann. :D

      Delete
    4. amboi.. ckp sarawak pulak.. haha
      aoklah sik bait polah si B mcm ya. kesiannya.. :P

      Delete
    5. Okay dah , jangan cakap banyak banyak bahasa Sarawak.
      Tak sempat habes belajar lagi. Hihi. Yang tahu , sik iboh belon ! Hahahaha.

      Delete
    6. haha.. ok la tu tau basic.. hehe

      Delete
    7. Nanti tolong ajarkan yang lain eh. :D

      Delete
    8. baeklah~ ahah.. kamek maok off9 dah.
      *saya nak off9 da*

      :D

      Delete
    9. Kitak pun sama juak. Ehh ! Bantaiii. Hahaha. :P

      Delete
    10. takleh off dulu. kene betulkan ni haha..

      kitak = awak
      kamek = saya :D

      Delete
    11. Bahahahahaha !! Okayla cikgu Aefa. Nanti kita continue class lagi okeh. :D

      Delete
  2. Ops, ni la perangai saye zaman jahiliyah dulu..keh2..
    Sekarang da tak dah..dulu yela budak2..rase insecure tu lebih..well dengki2 kan?
    Tah ape2 je bila pk balik..ahaha...so act like ur age lah..simple!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann ! Ni zaman sekolah punya perangai okay.
      Dah bertahun tinggalkan sekolah , ingatkan takkan jumpa dah benda benda macam ni. Y____Y.
      Geram sangat. Macam budak budak. Tak nampak langsung macam perangai orang dah bekerja. Tsskk.

      Delete
  3. ika pun selalu berada dalam situasi si B macam aefa. Selalu sangat, orang cucuk sana, orang cucuk sini, suruh jangan kawan dengan dia tu, dia ni etc etc

    Pelik laa haiii. Childish perangai gitu. Bebudak sekolah je perangai gitu.
    Mungkin orang yang jenis camtu dia takut dia hilang pengaruh kut, takut dia takde kawan.
    Sabar je laa nadia, orang camtu jangan dilayan sangat. Dia yang ada masalah dengan diri dia sendiri sebenarnya. Nadia buat hal sendiri je ok :) chill je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian Ika dengan Aefa , same same tersepit. Tapi tulah. Hak berkawan hak masing masingkan. Mana boleh nak paksa orang tu suka ke tak suka. Tapiiiii masih ada juga yang boleh makan cakap cakap orang. ish ish ish. Tau takpe. Ni pun tengah chill , buat tak taulah. Nak cakap apa. Cakaplaaaaa. :D

      Delete
    2. betol. buat tak tau je. abaikan org yg mcm tu. xworth la dorg masok dlm fikiran hihi..

      Delete
    3. Betul betul betulll , bak kata upin ipin ! Daebak ! Hahaha. :D

      Delete
  4. haaaa..ni mmg perangai pompuan je kot..feeing insecure
    laki plak, klu dia xsuka pon still boleh duduk mkn semeja sembang2 lg..
    laki pon pelik jugak kan..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha , tak taulah Faezah. Pelik jugak dgn org yg rasa insecure mcm ni. Hihi. Lelaki dorang ni professional. Dorang tak amek berat bende remeh , sebab tu friendship dorg tahan lagi lame dari pmpn. Huhuhu.

      Delete
  5. ye kot..perangai perempuan..mcm akak kan, nak ckp terlalu baik tak la..tp at the 1st place akak akan anggap semua org baikkkk n baikkk semata2. tp last2 akak blk yg jd mangsa. mangsa cemburu lah, mangsa keadaan lah, mangsa segala mangsa. sampai yg latest, mangsa bisnes. wuwuuwuuu!! sebab tu akak xramai kwn pmpuan. kwn pmpuan akak dr zaman skolah sampai la dh tua bangka ni ada sorg dua je..yg lain2 semuaaa lelaki. serik dah nak kawan dgn pmpuan. huhuhuhu! ngeri tau..sampai hubby pernah cakap 'pmpuan mmg xleh ramai2 ke?' huwaaaa.. malu kot org lelaki berbunyi..tp mmg pun..skrg ni akak ramai kwn kat alam maya je.. mcm korang2 ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitaaaa serupaaaaa ! Hahahahahaha. Exactly kita selalu anggap orang baik , lepassss tuuuu kita jugak yang kena balik. Stressss. Kita pun kawan pompuan boleh kira. Kawan lelaki unlimited. Bahahaha. Itu yang Wan stress tu. Last last takpelaaa kita kawan dengan blogger wanita jelaaa. Macam puteri gaban ni. Dah jadi kakak kittteewww. Kitttewww ada kakak ! :P

      Delete
    2. kakak kitewwwwww..hahaha..tu la..skrg ni akak sgt2 berjaga nk berkawan..mcm kera sumbang lak kan? huhuhuhu! nasib ada korang2 ni ha..siap dapat adik lagi..hikhikhik!

      Delete
    3. Kannn ! Sama samalah kita berjaga jaga kak. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah