Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, October 31, 2013

Hanya kerana kau seorang Nami Cob Nobbler dan kau senaskah Awek Chuck Taylor

Assalamualaikum & Hello.

Mungkin agak ketinggalan zaman kalau aku kata aku baru tahu pasal Awek Chuck Taylor. Mungkin bertambah ketinggalan zaman bila orang lain dah khatam Awek Chuck Taylor banyak kali tapi aku baru mula nak mencari. Pffttt ! Maaf sebab sedikit lambat untuk sedar akan hasil penulisan yang rare macam ni. Harharhar.

So , ya. Here you go. Nami Cob Nobbler. Suatu nama yang orang kata fenomena. Awek Chuck Taylor. Sebuah hasil penulisan Nami , based on his true story. Menarik. Walaupun mengikut review , bahasa yang digunakan adalah melanggar tatabahasa. Tapi ada aku kesah ? Persetankan itu semua. Kita cakap pun bukan ikut tatabahasa. Langgar juga !! Muahahahaha.


THIS !! THIS !! THIS is what I've been looking for. Dengar khabar amatlah susah untuk dijumpai. Barang rarelah katakan. Khabarnya banyak book store pun , semuanya OUT OF STOCK. Hurh. Dan dengar khabarnya aku nak letakkan karya Nami Cob Nobbler atas dulang hantaran. Ahaksss. Lagi rare.


Dan hanya kerana Awek Chuck Taylor aku mula mengkaji siapakah dia Nami Cob Nobbler. Cukuplah hanya menaip Awek Chuck Taylor di internet. Segala isi perut ikan terkeluar di monitor. Menarik. Menakjubkan. Muncullah juga satu lagi naskah Nami iaitu Lelaki Eksistensial.

"Aku tak pernah rasa begini. Aku tak pernah tahu apa yang aku nak. Aku rasa hidup aku macam celaka." - Lelaki Eksistensial , Nami Cob Nobbler

Teruja ?? Semestinya. Aku teruja gila nak dapatkan karya karya Nami Cob Nobbler sampailah aku jumpa dengan LejenPress. Sampai aku carilah dekat mana LejenPress ni buka booth sekarang. Sampai aku jumpalah juga info pasal Awek Chuck Taylor yang akan diteaterkan. Fuhhh. Perhaps aku jumpa buku buku ni.

Antara karya Nami Cob Nobbler :
  • Awek Chuck Taylor
  • Rokok Nan Sebatang
  • Bayang
  • Lelaki Eksistensial
  • Bau Semangat Anak Muda

I Am Lejen Shop (source utama buku buku yang langgar tatabahasa)
Facebook : I Am Lejen Shop
Alamat : 12 G , Jalan SS15/8B , SS15 Subang Jaya , Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operasi : Isnin - Sabtu : 1 Tengahari - 12 Tengah malam , Ahad : 1 Tengahari - 6 Petang.

If korang ada info dekat mana aku boleh cari buku buku Nami selain daripada I Am Lejen Shop , please do leave your comment. Terima kasih.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : seksi ovari , sperma cinta , kitab terfaktab you are next ! hahahahahaha


xoxo


7 comments:

  1. dekat kedai buku 1 malaysia, mph and kinokuniya pn ada..lelaki eksistensial tu best wehh..bacalah!! hahaha

    -nini-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nini for your info. Semalam gigih cari dekat MPH. Out of stock. Sedih.
      Yang ada hanya KELABU by Nadia Khan. Kalau baca ikut review macam best. :D

      Delete
  2. Yes u can find it at ekspo buku.bru pegi n lotsa book there.lejen press n fixi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey thanks for the info , I've got mine already. :)

      Delete
  3. rokok nan sebatag wajib beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke ? Tak berkesempatan lagi nak beli. Banyak lagi buku tak habes baca. :D

      Delete
  4. ramai tak perasan dalam 'lingkungan' novel Nami yang berkait-kait ni, ada Nami tulis novel yang turut berkait juga di Terfaktab, bertajuk Diorama Eksisten.

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah