Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, October 16, 2013

MotoGP 2013 , Sepang International Circuit. ^^

Assalamualaikum & Hello.

Dulu aku pernah pergi Formula One dekat SIC. Tahun ni dapat merasa pergi MotoGP pula. Hiksss. I loike. Naseb baik tak duduk dekat Hillstand lagi. Haritu masa Formula One duduk dekat Hillstand , lepas tu hujan lebat. Tahniah tahniah. Lalu beli baju hujan plastik sampah tu. Kekeke! Konon takkan basah , puiii. Tapi tahun ni rezeki untuk duduk dekat bawah bumbung , berkerusi lagi. Kurlasss. Alhamdulillah.


Nampak tu Grandstand okay tapi Gate F. Mahakarya punya jauh daripada main entrance. Naseb baik ai naik motor 13500cc , kau hado ? Kekeke! Motor pun pinjam motor member Wan weh. Kahkahkah. Nak buat macam mana bopreng kite bukan mat lempit , dia mat jambu berkeretaaaa. Mihmihmih.


Ni muka awal pagi , muka masa Wan baru amek aku. Masa ni naik kereta lagi , muka naik motor kau tak payahlaaa tanya kaaaannn. Dengan berair matanya , macam orang putus cinta. Airmata membasahi pipi. Muahahaha! Eyeliner semua hilang tah mana mana lepas tu , muka melekit lekit. Foundation pun dah habes. Sedih. Y____Y.

Sampai sampai je terus parking motor dekat entrance sebab nak pergi jelajah booth booth kat dalam tu. Mahal okay parking depan tu , apa dorang nampak aku ni naik Ducati ke nak charge RM 10 untuk satu motor. Pffttt ! Macam macam booth ada dekat dalam tu , tapi aku takde mood nak ambil banyak banyak gambar. Nak bergambar dengan model atas motor tu pun rasa terseksa batin. Kekeke! Mau taknya , dorang seksi abadi aku pula dahla menutup habes lepas tu dengan tudung dah berterabur , jarum peniti boleh hilang tah mana mana. Stress.





W : Kalau dulu single bolehla tangkap gambar dengan amoi amoi ni. Sekarang dah tak single.
N : Eh nak pergi tangkap gambar pergilah , kita tolong. (sporting kaaannnn)
W : Takpela takpela. (malu tapi mahu).
N : Taknak sudah , orang offer taknak pula. Chisss. (muka jahat teruk).
W : Dahla. Jom tengok motor kita nak beli tuuuu.
N : Amboiiii ! Harga motor ni berapa ?
W : RM 22K je , tayah tukar lesen pun kalau nak beli. Boleh pakai lesen biasa.
N : Oh monthly berapa ? Okayla tu takyah tukar lesen. Belilah.
W : RM 500++ untuk 5 tahun. Ooohhh , beli rumah dululah. Hahaha

Kenapa aku setuju je kalau Wan nak beli motor ? Sebab aku suka motor lagi banyak daripada kereta. Hahaha! Ikutkan hati aku , aku nak beli Scrambler. Barulah Azroyyy !! Ku jejaaaakkk jalan yang berlikuuuu. Ewaaahhhh ! Tapi Wan tak bagi aku beli motor apatah lagi Scrambler. Y_____Y. Cuba korang bayangkan awek pakai skinny pakai kemaja loose pakai boot turun Scrambler , buka helmet tengok tengok pakai tudung. Tak ke ohsem tuuu ! Ohsem wehh. Menanges minah minah rempit tengok. Kikiki! Takpe takpe. Tunggu aku ada duit , aku beli Ducati terus. Muahahaha. Angan angan minah jenin weh. Lulsss !

Masuk booth itu masuk booth ini , sampai dekat booth Petronas. Ternampak t-shirt Hafiz Syahrin. Ehem ehem. Pandang Wan , ehhh buat bodoh pula dah. Takpe takpe. Pandang pandang gambar Hafiz Syahrin dekat booth tu. Eeeehhh ! Telingaaa diaaaa. Muahahaha. Sama macam telinga bopreng kitaaa laaaaa. Hewhewhew. Muka pun ada iraaasss you. Bila cakap dekat dia , dan dan dia cakap kawan dia pun cakap macam tu. Arghhh ! Poyo jeeee kauuu tuuuu. :P 


Masuk booth Ducati nak t-shirt Ducati , masuk booth Vespa nak beli t-shirt Vespa. Masuk booth Rossi nak beli t-shirt Rossi. Tapiiiii tetap keinginan tu lebih kepada nak t-shirt Ducati Panigale yang kaler merah tuuuu. Stresss. Last last tak beli , lalu je da dua tiga kali. Lepas tu menyesal. Best kaaannn ! Akhirnya beli t-shirt motoGP biasa biasa je. Puuuunnn bolehlaaa , janji ada. Mihmihmih.

Dah selesai habeskan duit dan cuci mata tengok motor tak mampu milik tu , ktorg terus pergi dekat parking balik and amek motor untuk pergi dekat Gate F. Kalau nak harap aku jalan kaki , memang alamatnye ada ambulans yang usung aku pergi Gate F tu. Pitam pitam dulu sebelum sampai. Jauh hoooiii ! Again parking dekat gate F pun kena bayar juga. RM 5 per entry. Okaylaaa murah sikit daripada dekat main entrance tu.

 



View daripada tempat duduk aku , gate F block H. Clear weh. Banyak corner aku boleh nampak. Terus tanamkan azam nak pergi lagi tahun depan. Hemohemo. Maybe agak pelik sebab selalunya perempuankan tak suka benda benda macam ni. Katanya panasla , takut hitam , ramai orang. Tapi aku suka , sebab I do really enjoy it. Ai kannn bebajet nak setanding Dira Abu Zahar semuaaaa. Tapiiii lesen moto pun takde jah. Kekekeke!


Dua orang yang tengah tekun kat belakang tu kawan Wan. Kebetulan sama gate. Tu yang suruh dorang reserve seat untuk ktorg. Hikhikhik. Ai kan busy beli beli baju tadi. Tu yang lambat. Masa ni pun tengah race Moto 2. Yang ada Hafiz Syahrin tuuuuu. Yang aku terlepas nak tengok category Zulfahmi (250cc). Stress tahu. Ai datang sini sebab Zulfahmi je.  Boleh pula tak sempat nak tengok , semua salah Wan bangun tido lambat. Boleh ?? Sejam okay aku call nak kejut bangun , boleh pula tak angkat angkat. Muahahaha.

W : Dorang kata tadi Zulfahmi jatuh.
N : Haaaaa ???? Yeke ! Tulah lambat lagi. Tengok dah jatuh bopreng kita.
W : Tula pasal , kalau kita awal tadi mesti dia semangat kaaannn.
N : Haaa tahu takpe , siap menari pegang pompom lagi kat tepi pagar tu. Hahaha


Baju yang Wan pakai tu la yang ktorg pulun pergi beli tuuuu. RM 25 je sehelai. Maka dengan itu , aku paksa Wan beli dua. Hiksss. Terus tukar dekat toilet. Semangattt ! Lepas tu ternampak brader duduk seat depan tu pakai t-shirt Ducati. Ohooiiii hooiiiiii , rasa nak meroyan je. Stresss balik ! Hahahahaa. Next year aku akan make sure aku pergi lagi MotoGP dan beli t-shirt Ducati satu ke dua ke tigaaa ke , I dont care. Beli t-shirt Ducati letak atas hantaran pun omey gak ye dop ?? :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : boleh plak Kak Saila nampak kita tapi kita tak nampak diaaaa. Kenapaaa kita tak nampaaakkk ??? Y____Y


xoxo


8 comments:

  1. okeyh...Bab MotoGP kita sama..aku mmg da lama minat MotoGP, 2 thun lepas aku pegi..masa tu casey stoner yg menang kt litar Sepang ni..

    tahun lepas aku tak pegi sebab aku ada hal..

    tahun ni aku x pegi sebab aku banyak nak pkai duit utk pi sabah hjg bulan ni..takpe..aku tgk kt rumah je..

    hari sabtu aku tgk kat TV utk qualified..
    hari ahad aku marathon jgk tgk kt TV..semangat ko..

    aku sokong team Honda..mmg forever and ever sebab aku mmg die hard fan Dani Pedrosa..

    yg plg best, aku rasa berbaloi terjerit2 tgk Dani Pedrosa n Marc Marquez naik podium utk tempat pertama and kedua..yeayyyy..mcm beruk aku kt rumah..siap buat analisis lagi pasal race aritu..hahahhaa

    opsss...sorry, komen panjang plak..forever Honda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahahahaha ! Kurlassss. Tapi memang race haritu pun orang dah boleh expect siapa menang. Sebab team Honda tu memang dah kongker habes. Rossi pun play safe je haritu. Maybe masih trauma pasal Marco kot. Aku pun baru sempat nak pergi tahun ni. Tahun depan jom kite g jom ! :D

      Delete
    2. okeyh..tahun depan roger2 aku..hahaha masa aku pegi dulu aku mmg amik grandstand n btol2 depan podium :) kt tmpt racing start tu..hehehehehehe plg penting earplug tu kena pakai weiiii..klu tak bleh cacat pendengaran..

      Delete
    3. Cuuunnn ! Tapi depan podium tu boring weh. Hahaha. Sebab straight je. Aku suka duduk tang lap je. Boleh ? Suke benor tengok dorang dalam 65 darjah condongnya tuuu. :D

      Delete
  2. kerrrlasss mak jemah sampai hilang peniti..hahahaha! mmg kalau naik motor akan hitam lebih dr naik kereta..tp nak feeling2 Dira Abu Zahar punya pasal sanggupppppp..kehkehkeh! selalu akak pakai sunblock dekat kaki..tgn pakai glove..haritu ms g SIC akak siap beli penutup mulut (mcm kt blog akak), makeup x hilang..ngehngehngeh..awk suka ducati ke? sama la dgn husband akak..dia panggil ducati tu motor ada loceng..haha!

    eh,kalau awk pergi lagi thn dpn bgtau la yer..kot2 akak pergi..tp kalau ikut harapan,x g lah..huhu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kenapa motor ada loceng ? Hahaha itulah , ritu tu cubaan pertama okay naik motor jauh jauh. Pastu motor pinjam lak haih. Kelengkapan yang lengkap nan hado. Hahaha. Takpe , next time cuba lagi. Helmet seteng kita siap nak tertanggal okay. Bodoh betul ! Hahaha pastu jerit jerit. Vangang abadi. :P

      Baiklah ! Kalau kita pergilah kannnn. Tahun depan kita rasa banyak lagi duit nak pakai. :(

      Delete
  3. helmet seteng ke..hehehe..mmg kelakar la nad ni..kalau akak pun nk terbanggg..hehehehe!

    cuba nad dgr ducati lalu..ada bunyi loceng kannn..sedap bunyi dia..hikhik! thn dpn bw duit lebih lebih lebih..shopping payung,t-shirt..aww,awww! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh ohhh ! Kalau bunyi tu taulah. Hahaha. Motor locenggg. Kahkahkah.
      Aah mmg rase nak shopping banyak bende. Tensi okay tengok t-shirt ducati tuuuu. Merah nokss. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah