Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, November 1, 2013

29 hari lagiiii , selamat tinggal boifren ! Kekekeke.

Assalamualaikum & Hello.

29 hari lagiiiii , selamat tinggal boifren. Hamboiii. Kekekeke! Bukan aku nak tinggalkan boifren aku , nak tinggalkan status boifren/girlfren ni. Campak jauh jauh. Moving forward to another phase in a relationship. Gila kau jah kalau aku kata aku tak heksaited. Muahahaha! Dah terbayang bayang cincin emas 916 berbatu batu tersarung di jari (ke ranting ? LOL!) ni.


Ni cerita semalam dekat food court Alamanda. Gigih aku naik KTM sampai Kajang semata nak teman budak rambut bergulung ni pergi gunting rambut. Tapi lepas tu aku request nak pergi Alamanda. Kononnya nak cari cincin merisik sekali. Cincin tunang dah beli cincin risik tak beli beli. Dan 2 3 kedai emas ktorg keluar masuk sebab cincin takde size , size paling kecik 8. Jari aku ?? Extraordinary !! Kekekeke !

N : Dik , size cincin belah rotan paling kecik kat sini berapa.
Staff 1 : Hurm , size 8 kot. Takpe check dulu. Size berapa ?
N :  Enaaammmm ?
Staff 1 : Akak , ada tak cincin size 6 ?
Staff 2 :  Haaaaa ?? 6 ??? Haha
N :  Janganlah gelak , hahahaha. Dah memang kecik (aku marah staff tu gelak tapi aku join sekaki , ahaks)
Staff 2 : Takdela , rasanya paling kecik pun 8.
Staff 1 : Hmmm. Ni pun 8 , ni 7 !! (muka eksaited).
N :  (cuba cuba) , hahahahahah besar dan longgar dik. Takpelah. Terima kasih.

Padahal tujuan utama aku nak pergi Alamanda , sebab nak pergi MPH. Muahahahaha !!!! Tujuannya untuk aku usha buku buku Lejen Press/Fixi dekat sini. Untung untung kalau ada buku yang aku nak ataupun boleh diklasifikasikan sebagai WANTED. Bolehla kita rembat walaupun hanya senaskah kannnn. :D


Alhamdulillah rezeki aku untuk baca naskah KELABU karya Nadia Khan bukan Nuriesya Nadia eh. Kenapa bukan Nuriesya Nadia ? Sebab kalau Nuriesya Nadia tulis , ia bukannya kelabu. Tapi barangkali menjadi kelabu taik hanjeng. Kekekeke! This is my evergreen obsession - READING. Aku suka membaca. Tapi yes , ikut mood juga. Kalau masa tu aku terlebih rajin , memang satu hari tak berak tak mandi pun takpe janji habis membaca. Muahahaha!

But I'm still hoping untuk jumpa dengan naskah Nami Cob Nobbler. Semalam aku usha dekat MPH tu , pun OUT OF STOCK. Adakah rakyat jelata dekat Putrajaya semuanya Indie Indie belaka ?? Adakah semuanya mempunyai minat terhadap buku buku yang melanggar tatabahasa ? Adakah buku buku menggunakan ayat ayat selenge dan macam jilake ini makin mendapat tempat di hati para pembaca ? Tiada siapa tahu.

W : Nak beli semua ni ke ? Belilah satu satu (aku bagi dia pegang 3 buku takut orang amek. hihihi)
N : Hurm. Pegang (sambil mata melilau pergi shelf Fixi)
N : Mana yang tadi suruh pegang ?
W : Nah.
N : (pergi shelf Lejen Press balik , letak tiga tiga buku)
N : Okay dah ! Satu ni je. Yang nak sangat sangat tu out of stock (muka minta lutut)
W : Ohhh. Okay.

Itu je response dia dalam kedai buku. Tensi mak noksss. Aku pula kalau dalam kedai buku , kalau boleh bersila kat lantai tu demi nak baca sinopsis dekat cover belakang , aku dah buat dah. Tapi sebab datang dengan boifren , semua kenalah cepat. Boifren kita alahan kot dengan buku. Kekekeke!  Siap menganjing kita lagiiii tuuu.

W : Eleh ni bape lame sangatlah konon nak membaca.
N :  Eh memang kita suka membacalah (bengang je aku dengan mamat ni)
W : Yelah tu , kejap je ni.
N : Whateverlah ! (makan lagi baik daripada cakap dengan orang alahan buku ni)

Kuang haja kannnn ! Ai memang suka membaca okeh. Kalau dulu dekat sekolah buku Nilam aku je dah muak cikgu nak tengok. Hahaha tipu. Aku suka membaca. Sebab berfaedah apa. Kang kalau aku hadap drama Korea kau marah , aku hadap internet kau bising , aku keluar berjimba kang kena amuk. Membacakan amalan mulia. Tak gettuuuwww ?? :P


Walaupun minat ktorg lain lain , walaupun bila jumpa asyiklah nak bergado. Gado manja manja okeh. Buat masa ni takde lagi dalam sejarah aku tumbuk Wan sebab bengang yang overdose. Kekekeke! But , he is the one I've chose to be with. So , takpayahlah nak menyesal ke apa kannn. Walaupun dia kuat nganjing aku budak gigi kapak , eleh ! Takkan telinga capang dia tu aku nak buat diam kan. Muahahaha! Kau nganjing aku , aku nganjing baliklah. Hurh. Walaupun kalau orang tengok aku dengan dia selalu gurau kasar , tapi itulah kasih sayang. Amboi jiwang.

"Dan untuk kesekian kalinya , happy anniversary yang ke berapa ? Ke setahun sembilan bulan , bukan lapan bulan ye bie. Tumbuk karang ! Suka suka je wish happy anniversary setahun lapan bulan. Confident pulak tu. Penyakit sangat. Apa pun tak boleh. Hope this coming event akan berlangsung dengan lancar. Ngeee ! Me heart u deep deep. ^_^v"

Thanks for your time , love ya people.


p.s : nak beli kain nikah besok dengan mama , mohon tak cerewet. hihihihihi.


xoxo


No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah