Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, November 21, 2013

9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 , dup dap dup dap !

Assalamualaikum & Hello.

Semalam last day aku counting days guna 2 angka , bermula harini aku akan counting days guna 1 angka je. What does it mean ? Maksudnya , my engagement is just around the corner. Dah dekat sangat baq hang. Hikhikhik. Selalunya bila dah dekat dengan tarikh ni , soalan yang wajib aku jawab dan dengar. Tak lain dan tak bukan adalah seperti berikut.

'Dah ready ke nak carry status tunangan orang ?'
'Macam mana preparation ?'
'Preparation okay tak ?'
'Takut tak ?'
'Neves tak ?'

Tssskkk. Semua soalan tu mengundang air mata dan peluh jantan aku sebenarnya. Mihmihmih. Preparation alhamdulillah almost done. Adalah sikit sikit yang last minute task. Standardlah kan. Mana nak ada orang buat pelamin sebulan awal. Muahahaha. Mana nak ada orang suruh caterer datang hantar makanan seminggu awal kan. Hihihihihi. Kang ada yang kena Salmonella pula. Masuk paper masuk berita. Naye namanya. Uhukhukhuk. Isi dalam balang doorgift pun aku tak letak lagi. Bak kata mama 'Nanti lemau kalau letak awal awal'. Baiklah mama , nanti kita letak malam sebelum tu eh. Wakakakaa.

Baju masih dekat tailor. Shawl masih tak dicari cari. Veil , Kak Saila tengah pulun buat tu (Hai kakak !). Kasut takpayah , kaki ayam je. Apa lagi ?? Kuku masih lagi nak cari tempat yang terbaik dan affordable. Contact lens masih lagi dekat kedai optical. Bulu mata palsu masih lagi dekat kedai jual barang makeup. Actually , banyak lagi barang untuk diri aku yang aku tak nampak dan tak sempat beli lagi. Tapi wat lek wat pis la kaaannn. Buat apa nak gopoh gopoh , sakit kepala darah tinggi nanti. Tamo tamo tamooo. :P

Weekend ni pun aku nak ke Perlis. Muahahaha. Sempat lagi kan berjalan sakan , nun jauh ke utara pula tu. Bukan apa , nak hantar bini kezen aku balik kampung. Dua orang tu tengah tunggu hari nak jadi mak bapak budak. Aku pun menunggu hari nak jadi makcik budak. Kekekeke. Mohon beranak masa birthday ai okay , barulah ai ada kawan nak main sep sep nanti. Twin gittuuu. Harharhar. Alang alang boleh jumpa mak dengan ayah. Last aku jumpa pun masa kezen aku kawen haritu , dekat setahun dahla aku tak jumpa depa ceritanyaaaa. Y_____Y. Mak , masakkan cheq rebung na. Cheq nak balik niiii - monolog dalaman. 

Dan aku juga akan start cuti on 28th November sampailah 2nd December. 3rd December baru masuk office. Kurlasss kau jah cuti tunang macam cuti nikah. Kekekeke! Nak buat macam mana , aku kan staff yang paling berjaya dan berwawasan lagi berkaliber. Tu yang tak reti amek cuti walaupun diberi cuti , bila hujung tahun baru menggelupur nak amek cuti sebab boleh carry 5 hari je. Muahahahaha. Sepanjang aku cuti tu , mungkin aku takkan update blog. So , janganlah rindu aku macam nak mati ye. LOL! Muahahahaha.

Semalam aku ulang cakap lagi dekat Wan (perbualan tengah malam).

W : Ngantok tak tu ?
N : Belum lagi. Nervous punya pasal. Boleh ke jawab camtu ?
W : Haha. Allah. Tunang je pun. Hulur jari setel masalah.
N : Hahaha. Berlagak. Akad nikah lagi senang. Sebut nama je sambil salam. Nanti jangan neves ye.
W : Tu kena cakap woi. Orang gila je xneves.

Elehhh tau pun neves. Aku neves dia perkotak katikkan. Tssskkk. Sedih tauuu gegirl camniii. Y_____Y. Actually aku dah tak tahu nak cakap pasal apa. Tu yang entry ni merepek meraban je. Kekekeke. Maaf. Aku kena panic attack , boleh jawab camtu. Muahahahaa.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : kepada yang follow dan comment dekat blog aku ni , thousand thanks yaaa. ^_^


xoxo


28 comments:

  1. good luck. in sya ALLAH everything going to be smooth.. doa and tawakal je ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks akak ! Long time no see. :D

      Delete
    2. Akak jarang BW sekarang ni..musim demam..anak tak sihat dengan maknya sama tak sihat.....hehehehe

      Delete
    3. Larh yeke. Get well soon akak & rizqin. Jangan lupa makan ubat yeee. :)

      Delete
  2. Dup dap dup dap, hehe..all the best dear:)
    Teringat mase majlis merisik kite, terketar2 tuang air nasib tak tertumpah..
    Ahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha itu yang tak sukaaa tuu. Ni mau berpeluh macam mandi hujan kangg. :P

      Delete
  3. seronok la jd tunangan orang.. tak yah pikir nak cr psgn.. mmg dah kompom..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza , selagi belum akad. Belum tentu jadi pasangan. Minta semuanya dipermudahkan. Ngeee. :D

      Delete
  4. yipieee~~ tahniahhhh.. keep calm :P~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keep calm sambil makan kek lapis sarawak. Hahaha.
      Mana kek lapis niii ?? :P

      Delete
    2. oit mane bolehhh.. nnti berat bertambah~ hhaah..
      kek lapis hadiah kawen nnti lah.. jadi cepat la kawen :P

      Delete
    3. Hahahahaha. Punnn boleh eh camtu. :P

      Delete
    4. bolehhh laa.. zmn moden ni mcm2 boleh :P :P
      ke nak insta je gmbr kek lapis tu? hahah

      Delete
    5. Bihadapnyaaa nak insta jeee. Belasah kangg.
      Air liur ahkak ni boleh insta tak ? :P

      Delete
    6. cube try test insta air liur. kite tengok sambutan die mcm mana. hahaha

      Delete
    7. Nak yang basi ke tak basi ? *grossssss* Hahahahaha

      Delete
    8. woiiitttt tengah makan la... -.-'' hahahaha

      Delete
    9. Wakakakaka! Bak sikit. Makan sorang tak pelawa ini makan diaaa. :P

      Delete
    10. dah habis! aahah.. blurpppp kenyang :P

      Delete
    11. Hampeh sendawa kat siniii. Tssskkk. Y___Y. Hahaha

      Delete
    12. ada bau nasi lemak tak? hahahahha

      Delete
    13. haha. boleh je.. ok nak kuar lunch pulak. wakaka. org invite kite on jeee :D

      Delete
    14. Muahahahahah ! Betul tu. Pergi makan banyak banyak. Makan itu besttttt ever. :D

      Delete
  5. ika masa nak tunang dulu pun nervous, masa kena propose dengan si dia, menangis bagai nak rak sebab terharu yang amat, pastu ehh tetiba si dia bincang dengan parents ika n parents dia bagaii. Ika tunang dulu tak wat majlis besar2, antara family je :)
    tapi nervous tu memang ada sebab ika tak kenal sangat family sebelah tunang ika masa tu, jadi macam nervous tu sebab takut tak diterima laa hewhew
    alhamdulillah semua going smoothly. InsyaAllah ika doakan majlis nadia juga berjalan dengan lancar, semoga Allah permudahkan segalanya nanti :)
    Congrats tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke ? Waahhh! Tapi tula maybe perasaan ni ha. Walaupun dah kenal family dia. Tapi still takut , takut ada kurang sana sini. Yelah , kita manusia kan. Huhuhu. Y___Y.

      Thanks Ika untuk doa Ika. Nanti kawen jangan lupa jemput yeee. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah