Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, November 18, 2013

Aku ada banyak nama panggilan , pelik pelik pulak tu. Tsssk.

Assalamualaikum & Hello.

Dalam 2 patah nama aku , macam macam orang boleh panggil aku. Nur boleh , Iesya boleh , Nurie boleh , Sya boleh , Nad boleh , Nadia boleh , Dia boleh , Ya pun boleh. Amek kauuu ! Dan yess memang ada orang yang panggil aku guna nama nama yang aku listkan tu. Ikut koranglah nak panggil apa. Selagi bunyinya macam nama aku. Aku terima seadanya. Y_____Y.

Tapi ada juga yang panggil aku burung , antu gigi , dan helikopter. Boleh ?? Kenapa panggil burung , sebab burung Nuri. Kekekeke! Rasa nak lempang je , very double meaning tau panggil burung. Muahahaha. Tanjat tanjat orang sekeliling kalau dengar oooiii. Lucah betul nama panggilan kannn. Tapi burung ni jarang orang panggil kecuali budak pengkid sekor tu. Selamba tenuk je dalam whatsapp group dia boleh cakap 'Yang tak confirm pegi sekarang ni burung je'. Omaiiii. Pitam pitam aku yang baca. 

Kenapa hantu gigi ? Sebab aku ada gigi kapak. Actually semua size gigi aku gedabak gedabak. Tu yang kalau makan , amek masa yang sikit je. Boleh tak cakap camtu ? Padahal dah gelojoh tu mengaku jelahhh. LOL. Plus dulu masa aku belum pakai braces , memang serupa hantu gigi. Janganlah dibayangkan. Trauma mak nok. Yang panggil aku hantu gigi ni sekor je. Haaa sekor ok bukan sorang. Muahahaha. Kawan aku masa form 3 dulu , anak cikgu sekolah aku. Merangkap ex boifren aku 2 minggu. Mampu ke kapel 2 minggu. Lalalalalala. :P

Helikopter pula sebab helikopter nuri. Sedih betullah rasa hati. Uhukhukhuk. Nama helikopter ni ada 2 orang je panggil. Member aku masa dekat UiTM dulu. Budak fashion dua ekor tu. Pantang nampak aku 'Patutlah aku dengar ada bunyi kipas heli , kau rupanya'. Wadehekkkk! Aku tak keluarkan bunyi pun , sabar ajelah. Mana tah pergi budak 2 orang tu. Dengar khabarnya sorang tu dah nak kawen. Baguslah , lega hati aku. Harharharhar. Sampai pernah sekali tu dorang nganjing aku 'Bila masa UiTM ni kaya , boleh buat tempat heli landing'. Lempangggg sat g tak jadi ape tauuuu. Y__Y

Ni paling latest , colleague aku panggil aku Tiang. Semua gara gara aku kurus sangat. Sangat ke ? Mana ada kannn ? Sedang elok je aku rasa badan aku. Ewaahhh! Hahaha. Tiang gol lah aku , plywoodlah aku. Takde orang lain ke dorang nak bagi anugerah kurus macam tu. Muahahaha. Ai tau ai slim , tapi janganlah mention macam tu. Malulah ai. Kekekeke. Bayangkan tiap pagi kau masuk keje , orang tegur ko 'Morning Tiang'. Muahahaha. Rasa nak caci maki hamun je kan. 

But aku happy , at least dorang akan ingat aku. Ye dok ? Ke perasan je lebih aku ni. Kekekeke. Korang ada nama panggilan yang pelik pelik tak ? Meh kongsi meh. :D


Thanks for your time , love ya people.


p.s : kalau aku tulis puisi , ada ke orang nak baca. hehehehe.


xoxo


6 comments:

  1. hahahahaha..kelakar nama2 pelik tu..nama akak ada 2 ekor mamat ni pangai sailor..volehhh? siot je. dah kawen dah diorg..hehehehe..pernah sekali dua kwn husband cakap akak A4 paper. nampak sangatttt menipuu..kehkehkeh..takat gigi rabbit tu biasa..huhuhuhu..

    sep nad sepp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sailormoon ke ape ? Hahahaha! Kenapa gigi kita selalu dijadi bahan lawak.
      Tetiba emo. Kekekeke.
      Hai paiii kak ! :D

      Delete
  2. Fiza panggil nurie la yer.. Fiza tak de nama pelik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ape pun boleh Fiza , hihihi. Salam perkenalan yeee. :)

      Delete
  3. blog boleh kongsi apa2 je, kalau dipost puisi tersebut, insyaAllah ada je yang baca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malulaaaa , takut takdelah best mana. :D

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah