Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, November 7, 2013

Bosan duduk KL ? Moh ke Saujana Janda Baik ! :D

Assalamualaikum & Hello.

Hari Isnin haritu aku apply cuti memandangkan family belah mama nak buat family day. Alang alang cuti banyak lagi , kita minta jela cuti and pergi bercuti keennn. Our short escape kali ni dekat Saujana Janda Baik. Baik toq janda tuuu. Kekeke!


Ni adik beradik aku. Semua lelaki , aku sorang je perempuan. Sebab tu aku jelita. Oh tak memasal. Hikhikhik. By the way , perjalanan ke Saujana Janda Baik hanya memakan masa selama 1 jam. Tapi diingatkan jalan nak pegi sana pusing pusing. Naik mabuk aku. Pheewww !







Inilah dia pemandangan yang korang dapat tengok dekat Saujana Janda Baik ni. Ada sungai depan rumah weh. Turun tangga je boleh bantai mandi sungai. Even takdela dalam sangat. Tapi okaylah. Siap ada ikan gigit gigit kaki lagi tau. Tapi jangan risau bukan ikan piranha. Muahahahaha. Ada pondok atas pokok , tapi aku tak naik sebab rasa macam scary je nak turun. Kang tersembam , kemek lagi hidung. Sia sia. LOL. Hahahaha. Laman yang besar , boleh main bola. Nak main polis entry wan tu jaga polis mati pencuri jaga pun boleh. Semua boleh. Hihihihi.





Rumah ni based on studio room. So memang takde bilik , tidur boleh bersepah sepah. Barulah family day kan ? Ada satu je katil , siap dengan kelambu kauuuu. Kalau nak honeymoon okayla. Kekeke! Boleh muat dalam 20 pax in one time. Tilam , bantal , selimut semua disediakan. Takpayah bawak toto segala sebab semua dah ada. Tinggal bawa bikini je nak mandi sungai. Kurlasss mandi sungai pakai bikini. Kau hadooo ?? Hahahahaha. Kalau nak bawak sweater pun okay jugak sebab malam malam sejuk woiiii. Siang siang je panas habaq ang sebab rumah tu atap dia zink.




Pakcik aku siap pacak khemah sebijik sebab laman besar sangat kan ? Feeling feeling camping sangat mereka anak beranak. Hahahaha. Oh by the way , if korang mengharapkan line internet yang laju untuk insta insta. Hurm. Korang lupakan jela. Line internet so slow , line tepon pun untung kejap ada kejap takde. Pffftt ! Memang betul betul berholiday tahuuu.



Antara family belah mama yang ada untuk family day kali ni. Tak ramai macam tahun tahun sudah. Sebab ada family yang tak turun padang since ada yang kerja , ada yang nak terberanak dan sebagainya. Muahahaha. Tapi okaylah we had a great time. Boleh steamboat steamboat , mandi manda , bergurau senda. Ahaksss. Tak lupa boleh baca novel tepi sungai dengan penuh feeling dan bergaya. Sampai khatam jugaklah Awek Chuck Taylor haritu. Harharhar.


Saujana Janda Baik
Website : Saujana Janda Baik
No Tel : 011-12214123 (Isnin - Jumaat , 10 pagi - 4 petang)

Thanks for your time , love ya people.


p.s : betul ke aku makin kurus niiii ?? huwaaa. nanges.


xoxo


6 comments:

  1. cantik la~ mmg sesuai utk family day. tp bab takde line tu kena fikir 2 3 kali lagi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha itulah pasal. Memang betul betul takde gangguan. :D

      Delete
  2. mmg ohsemmm katil tuuu..teringin nak katil mcm tu jugak..huhuhu!
    ni kalau datang mesti lupa KL terus nih..hehehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe , lupe diri ok. Siap lupa boifren lagi bile nampak sungai. :P

      Delete
  3. http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah