Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, November 20, 2013

Cerita zaman sekolah budak tak berapa pandai , ^^

Assalamualaikum & Hello.

Peringatan : entry ni panjang , almaklumlah nak throwback/flashback ni. hahaha

Dekat sekolah aku dulu ada 2 aliran. Aliran Sains dengan Aliran Sastera. Semestinyalah aku ni budak aliran sastera sebab tak cukup pandai nak jadi budak aliran sains. Kekekeke. Result PMR aku memang cukup sadis macam mana sadisnya cerita Villa Nabila pojaan rakyat Malaysia this few days. Muahahahaha. Masa dapat result PMR tu , beriya ni menangis berkoyan koyan. Sampai nak pergi amek mama dekat Mid Valley time tu pun melalak tak habes lagi. Mihmihmih. Siapa suruh belajar tak pandai , kecik kecik nak bercinta. Apa pun tak boleh. Tssskk. Insaf. Y_____Y.

Bila dah duduk dalam aliran sastera ni , wajiblah ada subjek Akaun/Perdagangan/Geografi dan yang lain lain. Masa tu serious tak suka subjek Akaun dengan Geografi tu. Pandang sebelah mata pun taknak ceritanyaaa. Yelah Matematik pun hidup segan mati tak mahu. Apatah lagi Akaun , nak kena buat lejar/imbangan duga segala. Bila masuk subjek Geografi. Mula rasa nak mati dan mula rasa nak mencarut , mana nak ingat Utara/Selatan/Barat Daya/Timur Laut semuanya. Macam mana nak baca koordinat lagi. Perghhh benci gila. Rasa macam menyesalnya tak belajar pandai pandai. Kalau tak boleh masuk aliran sains , tak payah tengok nombor dan kunci kira kira. Sobsobsobs.

Ingat lagi masa peperiksaan awal tahun , markah Akaun aku berapa belas tah. Hahahahaha. Kau mampu dapat berapa belas untuk exam ? Tak meroyan mak bapak aku nak sign report card. Kekekeke! Naseb baik Geografi lepas. Fuuuhhh. Next exam , ada peningkatan dalam markah Akaun aku. Tapi masih. GAGAL. Dengan bahagia tengok markah kawan kawan lain sambil cakap dalam hati.

'Pergh , markah aku paling tinggi walaupunnnnnn........................'

Makin tahun , makin banyak improvement aku untuk dua subjek yang aku tak suka gila ni. Gembira. Rasa nak menangis pun ada. Serious lega sebab markah tak masuk dah dalam kategori gagal. Hikhikhik. Tambah gembira bila jadi Tempat Kedua Pelajar Terbaik Subjek Geografi. Lagi terharu , bila cikgu Geografi pilih aku untukmasuk exhibition buat gunung berapi. Hahahaha. 

Sampailah SPM. Masa nak jawab dua paper ni. Serious rasa nak kecut segala apa yang ada kat badan. LOL. Apa je yang ada. Kekekee. Risau dengan Imbangan Duga yang tak balance. Risau dengan details dalam Kunci Kira Kira. Takut salah masukkan dalam column yang tak sepatutnya. Risau juga Geografi aku tetiba salah arah. Tetiba arah kompas aku semua berterabur kan. Mihmihmih. Risau koordinat salah baca , risau musim hujan aku bertukar bulan. Semualah risau. Uhukhukhuk.

Dan akhirnya , masa untuk amek result SPM pun datang. Huwaaa. Masa tu minum Milo Ais faveret aku dekat mapley yang selalu aku lepak lepas sekolah tu pun rasa macam minum clorox sejuk. Rasa semua sistem badan dah down. Menggigil gigil. Bongok kan ? Amek result je pun. Blerghhh. Hahahahahaha. Sampai sampai sekolah cikgu tegur aku.

'Nadia , result awak cantik. Ada banyak nombor'.

Masa tu rasa nak balik , taknak amek result. Stress dia satu macam kot. Banyak nombor kau. Jangan main gila. Zaman aku study tu result guna nombor , contohnya A1 , A2 , B3 , B4 dan segala. Nampakkan tak banyak nombor kat situ. Masa cikgu cakap macam tu , aku target memang Akaun dengan Geografi aku la yang sangkut. Y_____Y.

Gigihkan kaki juga pergi amek result , jantung dah memang macam tak pam darah ke otak. Tangan kaki semua macam orang Parkinson di tahap akhir. Tsssskkkk. Tapi alhamdulillah !!! Rasa nak lompat bintang dekat depan cikgu cikgu semua. Aku lulus dengan jayanya untuk dua subjek tu. Hahahahahaha. Semua subjek pun lulus dengan jayanyaaaa kecuali English. Tapi masih layak untuk tak amek paper Julai. Kihkihkih. But I'm trying to improvise my english until now. Memang susah. Grammar semua tunggang langgang. Gasak. Janji orang faham. Boleh ? Lalalalalala. Balik balik rumah , mama bagi hug and kisses satu kali dengan sejambak bunga. Ngeeee. Bahagia.

Kesimpulan yang aku nak cakap daripada cerita aku dekat atas ni - 'Walaupun kita tak suka satu benda tu , kalau kita ada usaha. InshaAllah berjaya'. Tak kisahla dalam apa benda kita buat sekalipun , if kita ada usaha. InshaAllah kita boleh punya. Sama macam bercinta , mungkin at first kau tak suka , kau tak sayang , kau tak cinta. Tapi kalau dipupuk lama lama perasaan tu. Mesti ada. Weeeee !! ^^


Thanks for your time , love ya people.


p.s : aku nak jadi penulis puisi , rasa rasa realiti ke fantasi ??? 


xoxo


12 comments:

  1. yeay~ zaman kita sama.. spm byk nombor.. hehee.. imbangan duga tu ape? hahaa.. dulu bljr acc yg basic je masa diploma -.-''

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balance Sheet nama dia Aefa. Hahhaha

      Delete
    2. oh hahahah... dulu xbljr dlm bm. -.-''

      Delete
    3. Diploma memang in english Aefa. :D

      Delete
  2. pun sama juga..haha..dulu msuk aliran sains tp tukar amik acc kononnya acc sng pdahal..ahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kaaann! Padahal 2x5 , 5x2. Apa pon tak boleh. :P

      Delete
  3. Kak ina dulu Add Maths dapat P7 cukup-cukup makan aje...konon kelas Sains pandai sangat la kan...adoiiii... apapun kena ada usaha kan awak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Add math kita lagi , surrender. Dropkan subject tu. Kalau tak mau pelbagai lagi nombor ada.
      Betul tu kak , apa apa pun kena usaha. :)

      Delete
  4. perkongsian yang beri pengajaran, yang paling penting effort kita tu sendiri betul tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Ika. Sebenarnya usaha daripada diri sendiri tu yang penting dan tawakal dikemudiannya. :)

      Delete
  5. Sampai bile you nak main game macam gini. seriously, i know u yg buat ni semua. berape banyak kali nak i cakap, marah, dan selanjutnya. Tolong berhenti kan permainan you ini.

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah