Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, November 18, 2013

Dekat mana tempat best nak buat pedicure manicure dalam KL ni ??

Assalamualaikum & Hello.

Seumur hidup aku 24 tahun ni , aku tak pernah buat pedicure manicure dekat spa/salon. Hahahaha. Sedih gila kan ? Orang lain buat spa pedicure manicure tu dah macam rumah kedua dah. Aku ? Baru nak riki riki mana tempat yang best. Y___Y.

Bukan aku tak pernah ada niat nak pergi buat pedicure manicure. Tapi aku rasa tak konfiden plus rasa macam kesian plak dekat orang yang assist aku nanti. Muahahaha! Manalah tahu kaki bercagu , kaki busuk , cuticle keras ke apa jelah. Kesian kat orang tu nanti , sebab kena hadap semua tu. Kekekeke. Tu yang sampai sudah aku buat pedicure manicure kat umah jela. Terjamin. Kalau yang pitam pun aku sorang. Bahahahaha.


Korang ada port buat pedicure manicure yang best best tak area KL ni ? Colleague aku ada cakap dekat Sunway. Ada yang cakap dekat Sg Wang. Ada yang cakap dekat Wangsa Walk. Kalau kalau korang yang selalu pergi buat pedicure manicure tu  ada port best, mehla sini kongsi sikit. Tak baik kot kedekut. Hahahaha. Boleh gitu ?? Lagi best kalau port korang tu terima seadanya kuku kaki kuku tangan yang teruk. Amboii. :P

Aku bukanlah nak fancy fancy , taknak 3d art nail bagai. Seksa aku nak makan kang. Kang ada yang tertelan batu batu kupu kupu yang decorate atas kuku tu. Muahahaha. Ada yang buasir pula nanti. Tak pasal. Aku nak buat french pedicure manicure je. Ngeee. Almaklum ai kan nak tunang , taknaklah nanti dalam gambar kuku nampak kaler kuning (gara gara sehari sebelum tu duk main kunyit nak goreng ikan). Kekekee. So , anyone yang tahu good spa with good price range. Macam biasa. KOMEN !! ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s :  contact lens brand apa yang recommended ?


xoxo


6 comments:

  1. Hm x penah buat la pulak..
    So takleh nk komen..
    Ni mesti kes nak kuku cantik time sarung cincin tunang ni..hihi..
    All the best dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muahahaha ! Tahu takpeeee. Sedih. Kuku tak cantik.
      Eh jemputlah ye Miss Hidy kalau tak busy. :)

      Delete
  2. akak bt kat the nail parlour refer sini http://puterigaban.blogspot.com/2012/11/manicure-pedicure.html
    bestttt..lepas beberapa hari akak pakai inai..mcm pakai pewarna kuku..lepas tu kuku lebih cantik sbb inai tlg cover :)

    cuba 1 Utama dengan Suria KLCC :) http://www.thenailparlour.com/gallery.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke ? Menarik ! Price range menarik tak ? Kekeke.
      Biasalah orang kuat bajet untuk diri sendiri ni memang camni kekdahnyaaa. :P

      Delete
  3. errr alamak, both ika tak tahu, sebab tak pernah buat pun pedicure manicure etc, contact lens? lagi laa tak pernah pakai....tak dapat membantu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Itulah pasal. Kita pakai contact lens pun jenis kejap kejap jeee. :D
      Manicure pedicure lagilahhhh.

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah