Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, November 11, 2013

Kalau nak kurang ajar , nak biadap bukan depan aku !

Assalamualaikum  & Hello.

Dalam dunia ni siapa yang tak sayang mak bapak dia angkat tangan ? Takde kan ? Siapa yang nak mengaku tak sayang mak bapak betul. Orang bodoh lagi tolol dan bahalol je yang akan angkat tangan. Seriously , semalam something happen infront of my eyes. Kejadian yang membuka mata aku sekaligus buat aku cakap 'oh ada lagi rupanya perangai Si Tanggang ni'. Tssskk !

Untuk aku bercakap pasal ni pun aku kena cermin diri sendiri. Takut kang kena bidas balik 'Cakap pandai , buatnya tak juga'. Hukhukhuk. Memang aku not good enough as a daughter to both of my parents. Admit. Memang selalu juga bertegang urat leher. Memang selalu juga nak sentap mentap. Biasalah , aku pun manusia biasa. Boleh buat silap dan salah. Tapi takdelah sampai tahap aku sanggup nak susahkan mak bapak aku demi nak senangkan diri sendiri.

Aku nak tanya korang , korang sampai hati ke kalau tengok mak bapak korang yang dah warga emas tu naik public transport  semata sebab nak senangkan kau , nak bagi kau pakai kereta ? Come onlah , buka mata besar besar. Gunalah akal untuk berfikir. Mak bapak kau bukan muda lagi. Bukan ada kudrat yang kuat macam kita orang muda , plus mak bapak kau bukannya sihat macam kita orang muda. Pikirlah woi. Kalau tak boleh pikir banyak , pikirlah sikit. Buatnya masa dorang naik public transport tu something happen. Ishhhh ! Tak boleh nampak ke consequences macam tu ??? 

Aku bukan nak aibkan siapa siapa dalam hal ni , just nak bagi kesedaran sikit dekat orang orang dalam kategori macam ni. Yet aku ingatkan , aku pun takdelah baik mana. Memandangkan aku nampak benda ni jadi dengan mata kepala aku sendiri. Bukan setakat nampak sendiri , tapi aku kenal siapa individu tu sendiri. Terkilan , terkedu , terperanjat dan tak sangka to be exact. Sampai ke harini aku terbayang lagi macam mana bapak kau yang dimamah usia tu naik KTM , entah. Aku walaupun hanya orang luar , tapi aku sedih. Aku kecewa.

Kenapa aku kecewa ? Sebab kau pandai. Antara ktorg ramai ramai kau paling berjaya. Kau yang paling ketara boleh membanggakan mak bapak kau. Tapi , sayang. Sayang kalau kepandaian kau tu ditutup dengan kebodohan kau dalam melayan kerenah mak bapak kau. Ingat. Mak bapak kita ada satu tu je. Takde spare part boleh beli dekat kedai. Kalau macam ni cara kau layan mak bapak kau , aku takut kau menyesal. Serious. Maybe kalau kau terbaca entry ni , kau akan cakap 'Ala kau tak tahu pape , takpayahla cakap banyak.' Betul ? Tapi aku tahu mak bapak kau tak patut dapat layanan macam tu.

Selama ni aku tengok , aku perhati. Apa je yang kau nak , tak pernah pun mak bapak kau cakap 'Tak boleh'. Tak pernah okay tak pernah. Semua benda yang kau nak , semua dorang turutkan. Kau nak pakai braces , kau nak kasut , kau nak handbag , kau nak beli barang online. Kau sebut jelah apa yang kau nak. Without fail mak bapak kau bagi. Sebab tu kau naik tocang , sebab mak bapak kau layan kerenah kau. Apa je permintaan kau tak pernah dibantah. Kalau dibantah kau buat muka , kau hentak hentak , kau boikot tak nak bercakap. Sampailah kau dapat , baru kau boleh senyum sebaris gigi. Betul ?

Should you treat your parents that way ? Kau nak jadi macam Dena macam Shea. Kau punya idola semua hijabista. Semua yang kau pakai , daripada atas sampai bawah , semua mak bapak kau yang bayar. Kau takde duit , you have nothing girl. Nothing. Hanya ilmu je yang kau ada , tapi ? Apa yang kau buat sebenarnya tak melambangkan yang kau ada ilmu yang tinggi. Tak guna belajar tinggi tinggi dik kalau mak bapak kau sendiri kau herdik herdik. Ni baru belajar tinggi kau dah layan mak bapak kau macam ni. Kalau kau dah kerja esok lusa ? Wallahualam.

Memang aku sendiri gagal layan mak bapak aku dengan layanan yang terbaik. Memang aku tak reti tunjuk perasaan sayang aku. Memang aku tak mampu nak bagi dorang duit bulanan. Tapi from bottom of my heart aku sayangkan dorang. Hanya kasih sayang je yang  mampu aku bagi. Aku belajar tak pandai , kerja tak bagus. Tapi alhamdulillah , aku masih lagi boleh berpikir di atas paksi mak bapak tiada pengganti. Semoga satu hari nanti kau terbuka hati untuk layan mak bapak kau dengan layanan yang sepatutnya seorang anak buat. Tolong hentikanlah tabiat kau yang buat mak bapak kau macam mesin ATM. Sekian terima kasih.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : sorry topic harini agak berat but this is what i wanted to share today. :)


xoxo


6 comments:

  1. aku plak yg jadi emo baca entry ni..
    aku pantang klu bab2 mak bapak ni weiii...
    itu bunguks punya org...
    berdosa besar tau..
    wlupun kita cuma bercakap "EH" dengan mak kita xkan bau syurga kita klu kita x minta ampun kt mak..
    nauzubillahmin zalik!
    minta2 kita semua dijauhkan drpd sifat yg mcmtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia. Aku pun sama sama emo dah ni. Haish.
      Amin. Minta minta semua readers aku anak yang baik baik. :)

      Delete
  2. sapekah yang kurang ajar itu? emo bace entry ni. tapi, dlm keluarga aefa ada jenis manusia mcm ni. dia mcm raja kat rumah. nak makan? panggil je mak. mak akan hidangkan. nak duit? haish. lagi la senang. cakap je nak beli ape? mmg dapatlah. demam? xyah g klinik, terus daftar bhgn emergency~ kdg2 cam nak tampar guna kaki. dah la tak keje. ade hati nak kawen. menyusahkn mak bapak gn sedara mara yg lain. grgrgrgrg <-- kan dah terlebih emo :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kan dah teremo tuuu ! Hahaha itulah dia. Tak sedar diuntung ke apa pun tak tahulah kan. Sabar jelah ye Aefa. Kalau hilang sabar , kakikan sajaaaa. Hahaha. Tamo emo emo kang kena darah tinggi pulak. :D

      Delete
    2. haha. tu lah.. entry ni sesuai utk pesakit darah rendah. biar naik sikit darah tu. haha..

      Delete
    3. Hahahahahah ! Kannn tak payah susah makan ubat tambah darah.
      Jemput jemput baca entry. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah