Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, November 12, 2013

Menjelang hari yang dinanti , aceceeehhh !

Assalamualaikum & Hello.

Bila terpikir pasal majlis hujung bulan ni , dan dan rasa nervous mengalahkan nervous nak amek exam. Dan dan rasa macam nak muntah bagai , dan dan perut memulas tak tentu pasal. Eeeeee. Ai tak suka betullah nervous nervous ni. Lempanggg karang. Gggrrrr !

Seronok , eksaited tu memang seronok. Memang eksaited. Tapi dalam seronok dalam eksaited tu pun boleh stress lagi okay. Hahahaha. Tekanan perasaan betul. Lately aku tak rasa seronok nak duduk rumah , ternampak dulang hantaran je. Aish nervous. Hahahahaha. Ternampak balang doorgift je terus berdebar debar , kalau jantung ni boleh lompat keluar memang dah lama dah jantung ni dekat luar. Hikhikhikhik.

Daripada segi preparation , aku rasa most of it dah nak siap. Tinggal sikit sikit je lagi. Tapi tang yang sikit sikit tu pun boleh tahan juga sebenarnya. Sampai boleh bawa bergadohla dengan Wan kalau cakap pasal preparation. Kalau boleh aku tinju Wan tu , aku dah tinju dah tauuuu. Streeeessssss. Asal ada benda tak kena sikit , mesti nak bertekak. FYI , cincin merisik pun tak jumpa lagi ni. Keluar masuk kedai emas dah jadi rutin tapi still tak jumpa jumpa lagi. Sedih. Jari size 6.5 , mana ko nak cari ? Pakai cincin budak budak ?? Aku bunuh apek kedai emas tu kanggg. Wakakakaka!

Seriously even bertunang je , duit masih nak pakai dengan kuantiti yang banyak. Jangan cakap nak tunang nak tunang tapi duit takde , aku terajang sat g. Ape pun tak boleh. Pasal duit ni pun issue berbangkit tahu. Duit dengan gadoh dah jadi macam bestfriend sebenarnya. Berpisah tiada. Takde duit = gado , ade duit = gado. Soooo ?? Jimat selagi boleh , walaupun aku membazir selagi boleh. Kekekeke.

Tu dari segi preparation barang barang untuk majlis. Dari segi mental aku ?? Ohhhh almost breakdown. Kadang kadang tak semena mena aku rasa macam sensitif sangat. Tetiba kang rasa nak marah. Tetiba kang rasa nak nangis. Kau dah kenapa Nadia ? Psychooo ! Mihmihmih. Maybe perubahan hormon. Kata kauuuu. Tahla tapi tula yang aku rasa kebelakangan ni. Dan seperti biasa , mangsa tempat aku melampiaskan semua rasa aku ni tak lain tak bukan mestilah bakal tunang ai. Wakakakaka. Naseb baik memahami. Sabar jelah ye bie , hormon tak stabil ni. LOL!

Bila tengok kalendar , rasa macam tak percaya hari yang aku tunggu beriya tu akan sampai tak lama lagi. Rasa macam tak percaya yang aku ni ada juga orang nak. Kuikuikuiiiii. Rasa macam tak percaya yang aku akan carry status tunang orang awal Disember nanti. Rasa macam tak percaya dah nak dekat dapat lesen L. Miahahahahaha. Semua benda punlah rasa tak percaya. Rasa macam tak percaya less than 1 year nak jadi bini orang. Eehhh ! Motipppp. Kekekeke.


Inilah dia mangsa amukan perasaan aku. Yang setia lagi mendengar aku memekak tak berhenti. Yang sentiasa tahu nak control aku macam mana. Eleh suka latuuuuu kena puji. Hikhikhikhik. Apa pun he will always be there , kecuali kalau dia tido. Kalau dia dah tido , aku memang dah terkeluar carta. Harap maklum. Hahahaha. Another 18 days to go. Bukan setakat nak tukar status , nak tukar umur sekali. Amek kau. Kejutan budaya ai nanti kalau semua nak tukar dalam satu hari. Kikikikiki.

Doakan majlis aku berlangsung dengan aman damai dan sentosa. Muahahaha! Jangan ada yang cuba datang merosakkan majlis ai okeh. Ai taekwando kan sorang sorang nanti. Tamo tamo tamo. Hahahaha.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : tak sabar nak cuti panjang , muahahaha.


xoxo


10 comments:

  1. tahniahh...semoga semuanya dipermudahkan :-)

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segalanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Hihi. Tenkiiuuuuu Liyana for the doa. :)

      Delete
  3. tahniah.. semoga semuanya berjalan dengan lancar.. amin..

    ReplyDelete
  4. saiz 6.5 je? keciknya jari awakk..esti kecik comel je org nye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi , takdela kecik pun sebenarnyaaa. Jari je kecik. :D

      Delete
  5. salam...

    dah nak bertunang ker??dont woryy..nervous tu memang biasa kerana ia merupakan special event..sy doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan cuaca berada dalam keadaan yang baik...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam new follower.
      Thanks for your doa and advise. Weee! :)

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah