Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, November 14, 2013

Book Review : KELABU - Nadia Khan

Assalamualaikum & Hello.

Aku tak pernah buat entry untuk review mana mana buku yang aku baca lagi sebelum ni. So aku akan labelkan semua entry aku yang aku review pasal buku dengan nama - Review Buku. Senang untuk korang cari based on labels kan ? Tak gitttuuu ? 

Tips nak beli buku daripada publisher Buku Fixi , Lejen Press , Terfaktab dan others indie writer : Buat research dulu pasal buku yang korang nak beli (google help much nowadays). Sebab publisher macam Buku Fixi , Lejen Press , Terfaktab ni dorang takkan simply buat sinopsis the whole chapter of the book dekat belakang buku macam publisher lain. Semuanya dalam maksud yang tersirat , korang kena faham betul betul sebelum beli which is aku always tak faham. Sebab tu aku akan buat sikit research sebelum beli. Hihihi. Mudahkan ???


Kalau korang tak pernah baca novel yang writernya seorang perempuan dan watak utama dalam novel tu adalah lelaki , korang boleh cuba try baca KELABU karya Nadia Khan. Aku impress dengan writer ni bukan sebab nama dia Nadia which is sama dengan nama aku. Kekeke! Aku impress sebab dia berjaya menulis menggunakan watak lelaki sebagai watak utama.

Whole book ni aku boleh summarizekan pasal Amir seorang freelance photographer yang terjebak dengan cinta kontrak Jun seorang pelajar kolej swasta. Tapi tak novel lah kalau takde konflik in between kan ? Konflik Amir dengan ex girlfren dia. Konflik Jun dengan boifren dia. Konflik Amir dengan besfren dia , Shah. Konflik Amir dengan mak kandung dia. Banyaklah konflik , aku pun sama sama sakit kepala dengan si Amir ni memikirkan masalah dia yang tak habes habes tu. Phewww !

Aku yakin masa korang baca buku ni korang pun akan tertanya tanya banyak benda. Sama macam aku. Seriously , masa aku baca aku rasa macam pelik dengan watak Amir , Shah , Jun , Maya dan sebagainya. Pendek kata , semua watak dalam novel ni PELIK. Tapi semua kepelikan tu akan terjawab in the middle of the book. Jangan risau , takkan meleret pelik korang tu sampai habes. Hihihihi. Aku takkan bagitahu korang apa yang pelik. Korang kena baca sendiri. Lalalalalala.

Kepada writer , Nadia Khan. Kau memang buat aku tabik spring dekat kau sebab aku bagi kau tipu aku. Tipah tertipu weh masa aku baca buku ni. Arghhh !! Stresss. Walaupun most of the review sebenarnya hampir merevealkan apa yang Nadia Khan ni tipu dalam KELABU. Tapi aku still nak baca untuk experience sendiri apa yang other reviewers rasa. Dan kau Nadia Khan memang berjaya buat aku tertipu. Daebak!

Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih,
baik-buruk , betul-salah , cinta-benci,
lelaki-perempuan. - Nadia Khan

Thanks  for your time , love ya people.


p.s : banyak lagi buku nak review , satu satulah ye. :)


xoxo


16 comments:

  1. gud2.. buat review byk2.. xyah google lagi la pasni. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha , inshaAllah. Semoga semangat sentiasa menebal. Kekeke! :D

      Delete
  2. pernah dengar gak pasal lajen press..writer dia nie one of lajen press nyer writter ke??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadia Khan ni writer Buku Fixi. Nuriesya Nadia ni writer blog sendiri. Hahahaha. :P

      Delete
  3. owh..bila Nuriesya Nadia nak terbitkan buku pulak??hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tidak ! Masih banyak yang lemah daripada yang kuat faktanya. Hihi. :D

      Delete
  4. menarik ni, boleh try baca nanti insyaAllah :)

    ReplyDelete
  5. amir = tina jittaleela
    jun = aom Sucharat Manaying
    shah = Soranut Yupanun
    dalam filem thailand yes or no
    jalan citer boleh tengok dalam filem tu atau filem thailand she..tapi syaratnya kena baca dulu buku kelabu baru lebih feeling..

    ReplyDelete
  6. Sy dah baca novel Kelabu nii. Best! Tp confuse sama ada Shah tuh gay ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ni mesti bace tak faham betul betul ni. Cuba baca balik. Shah tu lelaki dan Amir tu perempuan. :)

      Delete
    2. Hee. Kurang faham sbnrnya. Tahu yg Amir tuh perempuan. Tapi shah ckp dia suka amir sbg amir bukan amira. Tuh yg konpiuss tuh --'

      Delete
    3. Hahahaha sebab Amir tu kan sempoi. Shah suke amir sebab amir tu selambe , bila dia jadi amira dia bukan jadi diri dia sendiri. :)

      Delete
  7. best novel nie..tp siyes x phm ending dia ape..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena baca novel ni betul betul and kena ingat setiap watak dia. Gerenti faham. :)

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah