Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, November 18, 2013

Book Review : Lelaki Eksistensial - Nami Cob Nobbler

Assalamualaikum & Hello.

Tips nak beli buku daripada publisher Buku Fixi , Lejen Press , Terfaktab dan others indie writer : Buat research dulu pasal buku yang korang nak beli (google help much nowadays). Sebab publisher macam Buku Fixi , Lejen Press , Terfaktab ni dorang takkan simply buat sinopsis the whole chapter of the book dekat belakang buku macam publisher lain. Semuanya dalam maksud yang tersirat , korang kena faham betul betul sebelum beli which is aku always tak faham. Sebab tu aku akan buat sikit research sebelum beli. Hihihi. Mudahkan ???

Ni review kedua aku untuk buku karya Nami Cob Nobbler. Sebelum ni aku review buku Awek Chuck Taylor. Kali ni Lelaki Eksistensial menjadi pilihan aku. Daripada cover memang rasa macam lucah pun ye juga buku ni. Kekeke! Maunya tak , dah cover dia gambar lelaki  bogel dan hanya anunya je yang ditutup daun. Kreatifff. LOL !


The whole book actually cerita pasal seorang lelaki yang ada ramai awek. Awek dia pula semua lain lain jenis. Daripada director syarikat penerbitan sampailah student. Daripada yang seksi meksi sampailah yang hijabista. Dan kenapa lelaki tu jadi macam tu ? Sebab dia dipengaruh cerita cinta lama dia yang tak kesampaian. Akan ada yang suka dan akan ada yang tak suka dengan watak dan perwatakan lelaki tersebut bila baca buku ni. Biasalah taste manusia kan lain lain. Dalam buku ni korang akan jumpa reason kenapa lelaki curang. Kenapa lelaki ni boleh buat macam ni macam tu. Kenapa lelaki boleh tinggalkan korang tanpa sebarang kata putus. Semua korang boleh tahu dan faham. Sesuailah jadi bahan bacaan untuk pembaca yang putus cinta yang tengah melalak beriya atas katil mengenangkan ex boifren ex tunang dan segala ex atas muka bumi ni sambil diiringi lagu heartbroken. Last but not least , buku ni memang ada unsur 18sx sikit. Lucah. Tapi baca sudahlah , jangan bayangkan pulak. Hahahahaha.

Nanti next next nexttttt entry , aku review Langit Vanilla karya Wani Ardy pula eh. Dah habes baca tapi nak recall balik tu yang malas. Kekekeke! Buku Puisi Tepi Jalan karya Fynn Jamal , aku tengah baca tapi baca dengan tahap rasa nak buka Kamus Dewan. Betapa rendahnya nilai sastera dalam diri aku. Oh sedih. Y___Y.

Thanks for your time , love ya people.


p.s :  nervous semakin jelas terasa , berpeluh tapak tangan , ngilu memikirkan.


xoxo


4 comments:

  1. mcm best je novel tu...blh cari nnt ni...:)

    anyway, baru jee follow awak....jemput singgah blog kite ye...

    thestoryofayna.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak !! Thanks follow kitaaa.
      Aah memang best pun , tapi tang lucah tu baca laju laju tauuu. :P

      Delete
  2. pernah ternampak buku ni di kedai buku masa keluar dengan encik tunang,
    si dia kata buku fixie atau indie writer ni buku2nya lebih bersifat terbuka, tak censored sangat dan takkan ada sesiapa yang condemn sebab itu buku fixie.
    Encik tunang laa kata, ika tak berapa pasti sebab belum pernah lagi baca buku genre macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup yup , betul bak kata encik tunang Ika.
      Sememangnya writer yang indie ni lebih terbuka.
      Should try , tak mahal mana pun. :)

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah