Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, December 17, 2013

Anugerah Industri Muzik ke 20 , Stadium Putra Bukit Jalil

Assalamualaikum & Hello.

Dua tahun lepas aku dapat ticket untuk AIM dan aku ajak Rein untuk teman aku masa tu. Kali ni , Rein pula yang dapat tiket free. Sampai 4 keping lagi uolllsss. Kurlass ! Maka pergilah aku ke AIM 20 dengan Rein , Puteri & Capik (Puteri's bf). Dengan tema "Meraikan Kemuncak Segalanya". Memang jemlah kan nak pilih baju. Last last , dah malas pikir. Aku pakai jeans je. Wakakaka. Tak kuasa aku nak berdress dress meleret. Padahal duduk dekat Lower Tier. Kalau duduk Arena , nak juga aku berdress dress. :P


Dahla ktorg gerak lambat sebab petang tu Puteri & Capik ada kursus kawen. Aku pula boleh tertinggal wallet. Jyeahhh! Pergi AIM takde IC , takde duit. Suka hati. Hahahahaha. Dah datang lambat tu , naseb baik dapat parking tak berapa jauh daripada Stadium Putra. Pheeeww. Kalau jauh ? Memang aku tanggal je wedges aku pakai tu. Depan pintu stadium baru pakai balik. Kekekekeke.


Yooo Yoo Teee Deee untuk AIM  20. Memang tak nampak langsung macam meraikan kemuncak segalanya. Lol. Kesah ? Takdenya Hazama nak nampak aku pakai ape. Wakakakaka.


Edit terlebih putih. Wakakaka. Ploles abes masing masing. Wakakaka. Dah tahu lambat , sempat lagi nak tangkap tangkap gambar tu. YaAllah. Masa itu emas okay guysss. Lain kali jangan macam ni dah. Kata kauuu. Sampai depan pintu stadium tu , abang yang bertugas tu cakap 'Cepat ada 5 minit lagi sebelum start'. Kalau ye pun nak cepat abang , koyakkanlah juga tiket ktorg. Kecik hati. Kahkahkah.




Dah sampai lambat , janganlah kau berangan angan nak dapat seat yang view dia cantik kan ! Hahahaha. Kau hadap jela apa yang ada depan mata. Kahkahkah. Aku pula malam tu memang tak tangkap gambar banyak , almaklum tab kan sedih kalau dalam gelap. Mana nak ada flash , nak zoom jauh jauh kang gambar pecah pula. Tsskkk! So , 2 gambar je guna tab aku. Gambar yang last tu guna handphone samsung zoom si Rein. Tak pecah sangat kan ! Mencik. Y___Y.


Lagi kebetulan baju aku dengan Puteri come from the same tone. Tssskk. Bila dah habes AIM tu , tengok tengok. Perghhh ramai gak rupenya yang pakai mint green malam tu. Wakakaka. Mint green tengah in ke apa sekarang ni ???


Last but not least , berbackgroundkan pentas AIM 20. Kang orang kata aku tipu pula , tak pergi kata pergi kan. Nah amek ni bukti. Kekekeke. Bila dah habes tu masing masing menggelupur kebuluran. Haaa tahu pun kau lapar , ingat tak tahu. Masing masing pulun makan nasi pukul 1 pagi. Langsung lupa , nak diet ke apa ke. Perut lebih utama. :P


Muka dikala 1 pagi , hahahaha. Ye ahkak tahu ahkak tetap ploles pukul 1 pagi. Wakakakaka. Kalau agak agak tak cukup ploles edit pakai Camera 360 , korang pergi install Photoscape dekat pc/laptop korang tu. Lepas tu edit sampai putih melepak macam ahkak ni okeh. Takpayah pakai Tabita mahal mahal. Bahahahahaha. Bila orang nak jumpa , kau tutup je muka dengan paper bag mekdonel tu. Ok merepek banyak. Bai ! ^_^

Senarai pemenang Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) 2013 :

Artis Baru Terbaik
  • Alex Subryn
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki
  • Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita
  • Dayang Nurfaizah – Seandainya Masih Ada Cinta (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
  • Saujana – Salam Atasmu
Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
  • Anuar Zain & Dayang Nurfaizah – Sedetik Lebih (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)
Kulit Album Terbaik
  • Penglipur Lara – Hazama (Zach Mohd Azriq)
Susuanan Muzik Terbaik Dalam Lagu
  • Bila Resah - Anuar Zain & Dayang Nurfaizah (Jenny Chin)
Rakaman Album Terbaik
  • Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip (CL Toh)
Video Muzik Terbaik
  • #1 – Pretty Ugly & Altimet (Perez Oldskool)
Lagu Pop Etnik Terbaik
  • Pahlawan Zafana – Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ahmad Fedtri Yahya)
Lagu Nasyid Terbaik
  • Mawar Berdarah – Rabbani (B. Nury / B. Nury)
Lagu Rock Terbaik
  • Dibawah Gerbang Skaea – Amy Search (Edrie Hashim / Buddhi Hekayat)
Lagu Pop Terbaik
  • Lelaki – Yuna (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai)
Lagu Hip Hop Terbaik
  • Aku Pelat – Salammusik menampilkan Zion Dread (DJ Fuzz / Jay Tan, Eyza Bahra, Zion Dread & Salam)
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
  • In The House – Goldfish & Blink menampilkan Altimet & ZE! (Goldfish & Blink / Altimet 
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Persembahan Artis Luar Negara
  • Hilang Naluri – Once (Dewi Q & Ariyanto / Dewi Q)
Anugerah Kembara
  • Shila Amzah
Anugerah Sri Wirama
  • Tan Sri Tony Fernandes
Lagu Terbaik
  • Yuna - Lelaki
Album Terbaik
  • Hafiz Suip - Luahan Hati Anak Seni 

Thanks for your time , love ya people.


p.s : boss aku on leave harini , esok masuk keje , lusa cuti sampai 30hb ! Hoyeah hoyeah !!! :P


xoxo


16 comments:

  1. kami dpt tix lower gak tp xp hahaha..

    ReplyDelete
  2. wah....sekali tengok nampak macam dia pulak yang retis...hehehe...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ! Keennn. Retis tauuu. Naseb bukan artis. :P

      Delete
  3. ahahahaha kalau ika jangan harap asyraf bagi pergi sob sob....lagipun memang tak minat bersesak2..ika cepat serabut kalau dalam crowded....untung laa kan ahkak dapat pergi mihmihmih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sebab pergi lambat tu yang tak payah bersesak tu Ika.
      Masa AJL haritu ye bersesak , rasa nak bawa tangki oksi je sekali. :P

      Delete
    2. miahahahaha pergi juga AJL tu? rajin betul laa haiiii

      Delete
    3. Ticket free rajinlah ! Kalau bayar , memang taklah. :P

      Delete
  4. Replies
    1. Hey ! Thanks singgah Rawlins.
      Best best best , kalau dapat duduk VVIP punya tempat lagi best. :D

      Delete
  5. best nye.. tapi kurang minat gn benda cmni. sbb tak kenal artis2 tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aefa memanggg ! Cuba kalau KPOP. Laju saje. :D

      Delete
    2. hahaha.. kan~~ nak wat cane minat lebih ke sana hahahah

      Delete
    3. Hahaha sudahlah ! Chaittt. Poodah. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah