Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, December 26, 2013

Ayam Panggang Berempah Berlemak Nyum Nyuuuummm…..

| Sponsored Post |

Assalamualaikum & Hello.

To be exact aku bukanlah orang dapur. Nak turn on the stove pun boleh kira berapa kali je sebenarnya. Dah dasar pemalas. Kau nak cakap apa kan. Muahahaha. Tapi aku suka makan , bila aku suka makan maka dengan itu aku suka seek for recipes. Tapi bukan nak try pun , tengok je senang nak masak ke susah. Hahahaha. Kalau susah tak payah cuba langsung , kalau senang nanti dah kawen kita cuba. Errkk ! :P

Dan disebabkan aku tahu sifat pemalas dan tak suka nak masak macam aku ni korang pun ada , maka aku nak share dengan korang resipi senang ibarat makan kuaci dah siap buka kulit dengan korang semua. Over gila perumpamaan aku. Lantak.

Ayam Panggang Berempah Berlemak Nyum Nyuuuummm…..

Bahan - Bahan

·                     1 ekor ayam (dipotong 4-12 , dibersihkan dan ditoskan)
·                     1 cawan Nestle Natural Set Yogurt
·                     3 sudu makan minyak zaitun/minyak sayuran
·                     2 1/2 sudu makan jus lemon (kalau suka masam , korang lebihkan jela)
·                     1 sudu makan garam
·                     2 – 3 sudu makan gula (kalau takut diabetes , kurangkan. Nak guna madu pun boleh.)
·                     Sedikit serbuk perasa (guna Maggi Cukup Rasa sudah)  
·                     1 sudu makan serbuk cili (nak pedas , letak lebih)
·                     3/4 sudu makan mix jintan kasar dan halus (ditumbuk atau blend , aku ? Blend sudah)
·                     3/4 sudu makan biji ketumbar (ditumbuk/blend)
·                     3/4 sudu makan lada hitam (ditumbuk /blend)
·                     1/2 serbuk kayu manis (kalau suka letak lebih , aku tak suka)
·                     4 ulas bawang putih (goreng sampai kuning , then tumbuk )
·                     1 sudu makan halia (ditumbuk/blend. Ikut koranglah)

Cara – Cara
  1. Campurkan kesemua bahan bahan di atas.
  2. Perapkan ayam dengan semua bahan bahan tu. Lagi lama masa perapan , lagi uuummpphh !
  3. Susun ayam yang sudah diperap atas tray. Masukkan dalam oven. Biarkan selama 45 minit sehingga 1 jam. Ikut saiz ayam. Kalau guna ayam belanda , lagi lama. :P
  4. Balik balikkan ayam , takut nanti separuh masak pula.
  5. SIAP !! Ready to eat. Makan dengan sos Peri Peri. TERBAIKKKK !! Hahahaha 

Bahan WAJIB  - Nestle Natural Set Yogurt !! Kalau salah beli brand yogurt , aku tak tanggung. Hahaha.


Sumber : Google

Macam inilah hasilnya Ayam Panggang Berempah Berlemak Nyum Nyuuuummm korang tu bila dah siap masak. Makan dengan nasi putih panas panas pun dah layan kan ? Tetiba aku yang telan air liur tengok ayam panggang ni dah kenapaaaaa. Arghhh !

Kenapa aku guna Nestle Natural Set Yogurt ?? Sebab aku taknak guna santan. Plus , kalau guna Nestle Natural Set Yogurt barulah nampak modern sikit. Sekarang kan dah zaman millennium Cik Kiah ooii. Sambil tu boleh juga aku nak jaga badan , sihat ok sihat ! Hihihihi. Sebab dalam 100g Nestle Natural Set Yogurt ada 57kcal & 1.6g of fat compared dengan santan , yang ada 28.3g of fat. Huhuhu. Kalau korang tak percaya , nah pergi baca sendiri dekat Nestle Natural Set Yogurt.

Thanks for your time , love ya people.


ADVERTORIAL INI DIBAYAR OLEH NESTLE


p.s : actually aku pun blur blur lagi pasal Sponsored Post ni , tapi kasi redah jela. Belum cuba belum tahu kaaaannnn. ^_^v


xoxo

 

14 comments:

  1. lapar nya bila tgk ayam panggang berlemak nie...huhu

    ReplyDelete
  2. vangang la buat post cm ni, gua dh la tak bawak duit g keje, perut kebulur terok, transport xde,, choiiiiiiiiii!!!! benci benci benci

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha ! Maaf maaf. Choiiii gila g keje tak bawak duit !! IC ada tak ? :P

      Delete
    2. ni la masalah bile umah dgn ofis boleh jalan kakai, ingat nak balik tgh hari pastu malas, kannnnnnn

      Delete
    3. Jalanlah KAKAI una oiii ! Hahahaha.

      Delete
  3. makcik! sponsored post yg dapat 100 ni kan? untonglaaaa

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah