Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, December 5, 2013

Di balik tabir majlis kecil kami , Nadia Wan E-Day ! ^^

Assalamualaikum & Hello.

Amaran : Entry ni panjang , kalau gigih baca. Kalau tak gigih ? Pangkah. Harharhar.

First of all , maaf jika kualiti gambar tak berapa cantik cun melecun kebabom de vass. Aku upload gambar yang ada dekat aku je dulu. Later aku akan buat full review untuk share dengan B2B lain okeh. Promise. Bukan janji manisku tauuuu. Kekekeke.

3 Hari Sebelum Majlis

Aku straight daripada office ke ERL Putrajaya , tunggu Wan amek aku and pergi amek barang DIY pelamin yang aku sewa. Naseb baik ngam ngam 8.15 malam ktorg sampai dekat situ. Pheeww! Ingatkan setakat amek barang je , rupanya nak susun barang pun hazab. Naseb malam tu naik Vios , kalau naik Neo ? Melalak aku tersepit dekat besi jet pelamin tu. Wakakakaka.

2 Hari Sebelum Majlis

Siang tu aku sempat follow bakal mak mertua aku dengan Wan pergi Kenanga. Dorang nak cari baju , aku nak cari halfmoon shawl. Elok. Selesai membeli belah , hantar bakal mak mertua aku balik Putrajaya. Melepak kejap lepas tu malam tu pergi rumah atok aku (lokasi majlis). 


Malam tu makcik and pakcik aku dah start pasang pelamin. Senang ada besi jet pelamin , sangkut sangkut je backdrop tu dekat belakang. Nanti aku review dekat mana aku sewa besi jet pelamin tu ye. 

Tema pelamin aku warna pink + cream. Ada striking pink , ada soft pink and ada cream. Kain backdrop aku tak pilih jenis kain yang shining , sebab aku tak nak backdrop aku nampak berkilat dalam gambar. Cukuplah muka aku je yang berkilat berminyak dalam gambar nanti. Muahahaha.



Artificial flowers untuk letak dekat pelamin. Bunga yang dekat belakang tu , yang warna pink and cream tu bunga yang aku sewa (sama tempat dengan besi jet pelamin). Yang bunga dekat depan yang ada mix maroon ni makcik aku gubah. Total bunga dekat pelamin aku ada 8. 2 vase yang besar , 6 vase yang kecik.

1 Hari Sebelum Majlis

Pagi tu Wan amek aku , pergi Alamanda sebab nak teman mak mertua aku beli chocolate and buah untuk hantaran. Hihihihi. Tapi bukan itu main point dia. Main point dia ialah nak beli cincin risik. Ye. Cincin risik aku , memang aku beli sehari sebelum majlis. Selamba. Apadehal ! Hahahaha. Naseb ada size , kalau tak ? Meroyan aku dekat Tomei tu. Y____Y. Then , aku dengan Wan pergi jumpa Kak Saila untuk amek veil. Lepas tu pergi buat manicure pedicure dan tak lupa juga beli eye patch. Konon nak hilangkan eyebag , last last berkilo juga eyebag tu. Lol. Kikikiki.



Belah malam , aku dekat rumah atok akulah. Tengok tengok makcik aku buat finishing untuk pelamin. Tapi tu pun tak completely finish. Kekekeke. Esok pagi tu makcik aku sambung lagi. Thank you Acik for your hard work. Sobsobsobs. Terharu.



Bangun pagi esoknya , tengok Whatsapp ada gambar pelamin aku. Aku kan tak pergi rumah atok aku daripada pagi. Sebab aku bersiap dekat rumah. So , inilah dia pelamin tempat aku sarung cincin. Bantal nikah , kain bulu putih , platform , spotlight tu semua aku sewa. Senang. Sekali jalan je. Tambah sikit sikit je barang barang lain.

Untuk cerita di hari majlis , aku update next entry (dibaca bila dapat gambar daripada OP). Sabaq na. Hihihihi. 

Thanks for your time , love ya people.


p.s : takdela panjang sangat pun entry ni. wakakakakakakakaka.



14 comments:

  1. Canteknyeeee...tahniah ye ('',)
    Sy pun diy jgk mini pelamin..jom singgah tgk

    http://mii-and-himm.blogspot.com/2013/10/review-diy-mini-pelamin-tunang-tiffany.html?m=0

    Sy follow awk ye..b2b 2014 jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks awak. Tak tahu nak panggil apa ni. Hihihi.
      Aah inshaAllah 2014 juga. :)

      Delete
  2. berapa "juta" habis sewa pelamin bagai besi lengkap segala tu? haa AHAHAHA XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sewa barang barang tu RM 160 je. Hahahaha. Takdela juta sangat.
      Kalau juta kita bayar guna Jutaria je. :P

      Delete
    2. kira murah juga laa kan, kenapa stuff kahwin kat melaka ni semua mahal2??? ohhh tolong laaa!! --'

      Delete
    3. Ni pun sebab harga promotion Ika , kalau tak ? Menangessss. Hahaha

      Delete
    4. rezeki tu nad nak dapat murah...orang kata rezeki kita nak buat majlis hehe

      Delete
    5. Itulah dia , rezeki sangat sangat. Memang masa tu pun tengah sempit sesak semput.
      Nampak je promotion tu , memang tak tunggu lama dah. Hahaha

      Delete
  3. dah pangkah dah..tp dia tak hilang laa...tu yg baca sampai hbs! hahaha...congrats on ur e day! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu bukan pangkah tu. Mesti silang pangkah. Hahaha. Thanks Sally ! ^_^

      Delete
  4. pretty je deco pelamin :) congrats on your E day ;)

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah