Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, December 12, 2013

Dia wali aku , AYAH !

Assalamualaikum & Hello.

Kalau semalam , orang heboh cerita pasal 11.12.13. Kononnya tarikh tu cantik , tapi bukan bagi aku. Tarikh tu tarikh keramat bila aku tahu ayah ada lung cancer stage 4. Hurm. Ya its hard for us to accept this. Susah aku nak percaya , susah aku nak hadam berita macam ni. Tapi mungkin ini dugaan dan ujian untuk kami sekeluarga. Hanya DIA yang tahu. 

Kalau ditanya aku okay ke tak ? Hurm. Menangis non stop. Asal duduk diam sorang sorang je mesti rasa nak menangis. Tapi bak kata Wan , aku kena kuatkan semangat. Kalau aku down , mesti mama and adik adik aku lagi down kan. So , here I am. Masih lagi menulis entry ni dengan harapan kalau ada siapa siapa yang baca entry ni boleh tinggalkan kata kata semangat ataupun info info untuk rawatan kanser. ^_^


Actually baru baru ni aku ada add Sepet dekat FB. Tak tahu kenapa rasa ringan je jari nak tekan Add Friend. Rupa rupanya ada benda nak jadi dan Sepet jadi reference aku sebab abah dia pun ada lung cancer stage 4. Semalam masa aku tahu pasal ayah , aku terus macam terlintas nama Sepet. Terus laju laju tanya dekat dia apa supplement yang abah dia makan. Alhamdulillah , ada respons. Thousand thanks Sepet !!


A few years back. Masa ni ayah kuat lagi. Sekarang ni dah susut sikit. Dah namanya pun sakitkan ? Huhuhu. Takpelah ayah , kita ikhtiar mana mana yang boleh. Akak tahu ayah kuat enough macam Iron Man kan. 



Macam mana tahu ada kanser ? Hurm. Flashback. Ingat tak haritu aku ada cerita ayah admit dekat Hospital Ampang , katanya nak buat CT Scan. Lepas buat CT Scan tulah yang nampak ada bintik bintik putih dekat paru paru dia. Tapi masa tu doctor pun tak tahu bintik bintik tu apa. Sampailah ada satu hari tu , baru baru ni juga. Doctor minta ayah admit dekat Hospital Ampang , katanya nak masukkan tiub dalam badan. Nak amek sample tisu bintik bintik putih tu. Haaaaa , from there la ayah direfer ke beberapa hospital. HKL , Hospital Ampang dan Hospital Putrajaya. Dan semalam. 11.12.13 , ktorg semua diberitahu yang ayah ada lung cancer stage 4.

p/s : kalau ada yang tanya ayah smoker ke ? jawapan aku : he used to be a smoker , tapi masa aku kecik lagi dia dah berhenti. so , smoker dekat luar sana. insaflah. take this as a lesson. 


Ni gambar haritu , masa nak buat CT Scan tu. Masa ni dia boleh gelak gelak lagi. Semalam , masa dia tahu dia ada lung cancer. Dia down. Tengok Karoot Komedia pun dia tak gelak gelak. Sakit barangkali. Aku terus rasa awkwardnya suasana dalam rumah aku masa tu. Tapi aku tahu , it won't be forever. Aku akan bring back the happiness and joyous moment in that house. Doakan aku kekal kuat. Dan aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. InshaAllah ayah akan kembali sihat macam dulu dulu. ^_^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : begging to whom yang tahu pasal kanser untuk email aku dekat nad301189@gmail.com or tinggalkan je komen dekat bawah. thousand thanks.


xoxo


44 comments:

  1. Banyakkan besabar okay.. Moga uncle kuat hadapi penyakit. =)

    ReplyDelete
  2. sabar banyak2 ye.. di sebalik ujian ni pasti ada sesuatu yg brharga di hdapan . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah , amin. Thanks Inani for your support. Appreciate it. :)

      Delete
  3. Besarnya dugaan sabar ye..
    Betul tu ahli keluarga kena kuat, jangan sedih2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah , dugaan bertunang kita lain daripada lain. :)
      Yup , tengah cuba kuatkan juga diri ni. Cepat buat lawak.
      Thanks awak. Muahh sikit. :*

      Delete
  4. :'(
    cuba usaha selagi boleh makcik..
    Be strong.. Awk ada mama,adik2,wan & kawan2 yg lain untuk kuatkan semangat awak..
    Jangan cepat putus asa..
    Ayah kita takde sapa boleh ganti..

    HUWAAAAAAAAAAAA!!!!
    Sedih pulak la komen entry awak ni.. Y__Y

    ReplyDelete
    Replies
    1. Y___Y. Kita yang baca komen awak ni pun dah menjejeh dah.
      Thanks awak , kita tahu kita ada awak juga kan kan kan ?
      Kita tak putus asa sebab kita tahu kita ada korang. Muaahh. I love you bebeh. ^_^

      Delete
    2. nak jumpa awakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Y___Y

      Delete
    3. Alololo. Nanti tunggu Wan cite kita jumpa ok. Dia baru start keje harini. Y____Y

      Delete
  5. nad kena kuat tau..tak boleh ikutkan sangat sedih tu..orang cakap,sakit ni kena kuat semangat..
    kena positif..akak pun pernah jugak lalui bila ayah akak tak sihat..memang lain la suasana kat rumah tu sbb ayah jenis suka mengusik dan berlawak dgn anak2 kan..tp xleh lama2 mcm tu..kena do something jugak supaya ayah x fokus sgt yg dia sedang sakit..

    maksud simple nya nad and family yg lain kena positif dan buat suasana ceria,cool,senyummm walaupun dalam hati sedih..okay? jangan tunjuk muka sedih, nanti ayah pun sedih jugak :(

    akak takde tips,tu lah tips yg akak ada..kuat semangat dan positif k! insyaallah akan ada penawar utk semua penyakit, amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih banyak banyak akak. Kita tengah buat kuatlah ni. Nampak tak ni tengah senyum nampak gigi kapak kita ni. Hahaha. InshaAllah , doakan ayah kita eh. Kita pun tengah ikhtiar cari rawatan modern & alternatif. ^_^

      Delete
  6. dear...be strong ok..mmg susah kita nak terima mula2.. yela dia antara org yg paling rapat dengan kita..tp nad kena kuat..kena kuat untuk ayah, untuk mama n adk beradik. yang penting kena bnykan berdoa..semoga dipermudahkan segala nya..mmg susah kita nk hadapi .tp dah ketentuanNya...kuatkan semangat k my dear...u must be superwomen for your family....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks darla Lily. InshaAllah , doakan nad kekal kuat untuk kuatkan family nad ye.
      Btw lily ada follow insta nad eh ? Hihi. :D

      Delete
    2. InsyaAllah..doa Lily sentiasa ada untuk kawan2.. Tc ok mula2 ssh nk terima..tp kalau difikirkan balik sampai bila nk down kan..yg penting kita kuat n cari solution k... a.a ada follow hehehehehe...:)

      Delete
    3. Hehehehe betul tu Lily ! Kita pun dah redho dah. Takkan foreber nak sedih kan. Just kena tingkatkan ikhtiar kita jela. Ngeee. Ohh ada follow , tu tengok. Macam penahku lihat nama ni. :P

      Delete
    4. hehehehe....ye la mmg la pernah lihat..asyk dok mngacau kat blog die je kan...hihihi

      Delete
    5. Hihihihi. Kemain tau bahasakan diri sendiri pengacau. :D

      Delete
  7. be strong nad..fadh faham ape nad rase sbb itu darah daging kita..ayah yang tiada galang gantinya tp nad sebagai anak xbole tnjuk nad lemah dan sedih..nnt mst ayah nad pown down..usahakan sebaik mungkin in sya Allah pasti ada jalan..bnyakan berdoa semoga ade sinar suatu hari nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Fadh ! Thanks for your concern. :)
      Doakan yang terbaik ya.

      Delete
  8. subhanallah! kuatkan semangat ya nad, ika ambil medic tapi seriously ika belum that qualified lagi untuk clerk pesakit lung cancer stage 4. Tapi basic tu ika tahu. For now nad banyakkan bersabar, insyaAllah ika email nad apa-apa info or ubat better for your ayah to recover. Nak beritahu sekarang takut salah info, dah belajar banyak2 ni kadang2 boleh juga tersilap...

    Make sure everyday pantau keadan ayah. Buat dia happy jangan bagi dia fikir-fikirkan sangat tentang sakit. Sebab kebiasaannya lagi kita down lagi cepat sakit tu spread to ourself. Be strong dear. Start daripada sekarang nad kena belajar and explore more tentang lung cancer, untuk bantu ayah sihat. Better kalau terus rujuk daripada doctor.

    Ika doakan yang terbaik untuk nad dan keluarga, semoga sentiasa tabah dan kuat hadapi dugaan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks my dear. InshaAllah. Nad pun tengah duk belek belek gugel ni. For now the best info yang nad dapat ialah vitamin b17 biji aprikot tu. Dah beli dah , nak try dulu tengok macam mana. Perhaps work on him. Kalau Ika ada apa apa info bagitahulah ye. :)

      Delete
    2. may the best result appears...amiiinnnn :)

      Delete
  9. Nadia...... Awak sabar banyak2 ye.... Selalu bg semangat dekat abah awak..... Akak doakan semoga abah Nadia n Sepet cepat sembuh....... Kuatkan semangat ye.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak. InshaAllah. Kita pun tengah usaha yang terbaik. :)

      Delete
  10. Assalamualaikum. Saya pon ada experience mcm nih tapi kena kat arwah mak saya, lung cancer stage 4 jugak. Mak tinggalkan kami 29/10/13. Mula2 dpt tahu bulan 5 tahun ni. Masa mula2 takde tanda2 langsung sampailah arwah mak asyik sakit kepala dan pengsan beberapa kali, tup tup dah stage 4. Mmg terkejut sbb mak jarang sgt sakit apatah lagi pengsan. Abah saya pon tak merokok. Doktor classify sebagai penyakit dari genetik sbb arwah wan saya pernah ada kanser hati. Saya faham perasaan akak, bawak bersabar. Masa dpt tahu arwah mak ada kanser, kami dah usahakan yg terbaik. Cari ubat yg terbaik. Arwah pernah jugak makan aprikot tu. Masa awal2 okay tapi lemas chemoteraphy terus lemah sampai tak boleh jalan. Abah saya try lagi cari ubat lain so kat sini saya recommend guna cellfood, tengok link ni utk maklumat lanjut : http://cellfood.bestoneoffour.com/ Mungkin kalau guna ubat ni lebih awal ada tindak balas positif. Harap akak bersabar, doalah untuk ayah akak. Insyaallah berkesan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Wani for your sharing. Sorry to hear that. InshaAllah , ktorg pun cuba yang terbaik. :)

      Delete
  11. nadia..sabar yer..ini dugaan untuk awak..cuba dan ikhtiar yg terbaik yer..smoga ayah awak sempat sembuh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Faezah , thanks for your support. :)

      Delete
  12. Ok babe, aku bukan doctor, aku jugak bukan pakar dalam bab Biology ni, tp ni ada satu bende yg aku boleh tolong, ok xnak sedih2 kt entry ni, be chill, ok nanti ko try buat bende ni, balik ko buatkan ayah ko jus BROKOLI n suruh ayah kau minum 2 kali sehari pagi n malam, ok bnde ni aku dapat waktu aku disahkan ada Cyst dulu, 1st mmg down tpp bile aku try bangun dan aku yakin mesti ada bende yg boleh tolong aku, dan bende ni jugak terbukti bila ada seorg besakit Cancer level 4 yang baik 100% dengan amalkan diet mcm ni, dan die disahkan bebas Cancer dan die lebih sihat dari org biasa ok. dan aku pun amalkan bende ni waktu aku kene cyst dulu, and alhamdulillah, aku makin sihat, dan aku pun dah disahakn bebas cyst. :) kalo boleh diet, suruh ayah diet, diet bkn maksud tak makan, tp ambik makanan yg lebih mengandungi Indole-3-Carbinol, ape bende ni? ni adalah zat yg terdapat dlm brocoli yg mengubah gen pengalak cancer kepada gen penghalang cancer. perh mcm Dr. dah ni.. hahaha ok, ko try suruh ayah ko amalkan mkn KIWI hijau, makan ubat2 mmg penting,.. tp kalau tak jaga diet tak guna juga.. so ambil ubat, at the same time jaga diet bermakanan bg membantu utuk melawan sel cancer utuk tidak makin merebak dan, mampu pulih insyaallah, paling penting Doa sbb sakit itu dari Allah, dan die jugalah Penyembuhnya, Be strong, aku tau ayah kuat, and kekuatan die ada pada anak-anak dan istri die.. :) ok babe. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks babe ! Btw brokoli tu tayah campur pape ke ? Just blend it all ? Cenggitu ? Arghhh whatsapp la. Hahaha. Y___Y

      Delete
  13. aku simpati dengan ko, sedih plak aku..aku mmg sensitif sket klu bab mak ayah ni..sobbsss..*nangis, aritu ayah BFF aku P's masuk spital, aku yg menangis beria2 (ye aku mmg hover)...hope ko kuat ye nadia..cekalkan hati, ikhtiar mana yg boleh..setiap penyakit tu pasti ada penawarnya..rajin mohon pada DIA, insyaallah..ko redha je yerk..sebab ayah,ibu,adik2 n kehidupan kita ni hanya pinjaman jerk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau memang poreber and eber over jemah weh. Hahaha. InshaAllah. Aku dah cukup kuat dengan ada mama,tunang,adik2 and kawan kawan aku. Especially yang over macam kau ni. Haha. Thanks tau babe for your concern. Cayang cikit. Mmuuaah ! :*

      Delete
    2. dulu ayah ko susah payah besarkan ko, so skrg la masa ko pulak berbakti utk ayah ko, xpe ko mmg kuat..ko anggap yg baik2 jerk, ada hikmah semua ni...kawan2 semua doakan yg baik2 utk ko..lebih2 lagi mak ko..jgn tunjuk yg ko lemah depan mak ko..klu ko lemah, apatah lagi mak ko yg berkongsi hidup dengan ayah ko...u can do it babeh!!!!

      Delete
    3. Jyeahh ! Betul betul betul. Aku setuju sangat dengan apa kau cakap tu. InshaAllah aku akan stay strong. :D

      Delete
  14. sabar banyak2 ye kak nadia.... semoga akak sekeluarga tabah menghadapi ujian ni... doa banyak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sayang adik kecik. Haha. InshaAllah semoga semuanya dipermudahkan. :)

      Delete
    2. sama2,kak nadia ! <33333 amin.... :)

      Delete
    3. So sweet of you darling , amin. <3

      Delete
  15. Mudah2an awak setia menjaga ayah awak ye...berikan sepenuh perhatian dan tunjukkan kasih sayang kita sebagai anak...teringat kak ina dulu masa jaga arwah mak kak ina kat hospital... kena kuatkan semangat... mudah2an ayah awak akan cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak untuk sokongan & dorongan. InshaAllah semuanya akan kembali seperti biasa. Amin. :)

      Delete
  16. semoga ayah akak terus sihat.. memang perlu bagi semangat pada dia.. hmm.. cakap pasal merokok ni risau juga ayah sayapun perokok tegar, memang da ssh nak nasihat.. cuma dapat doakan yg terbaik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe , kadang kadang rokok bukan faktor utama. Pemakanan tu juga. Rokok ni just penyokong je untuk benda macam ni jadi. By the way , thanks for your support dear. :)

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah