Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, December 16, 2013

Diet Pesakit Kanser

Assalamualaikum & Hello.

Pantang Larang Kanser

Sabda Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW “mencegah lebih baik daripada mengubati”. Kita dapat simpulkan bahawa kaedah mencegah daripada terkena sesuatu penyakit adalah lebih baik daripada merawat selepas terkena penyakit. Disinilah fungsi Ubat Kanser TF dalam memberi pencegahan dan perlindungan awal kepada semua untuk mengelakkan dari terkena penyakit yang merbahawa ini iaitu kanser.

Dalam mencegah penyakit kanser, terdapat tiga faktor yang kita perlu fokus iaitu gaya hidup sihat, diet seimbang dan stres yang minimum.

Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stres berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan seimbang. Ini pendorong kuat kepada terjadinya kanser di dalam tubuh.
Justeru, dengan mengambil berat kepada tiga faktor ini,dan mengambil ubat pencegahannya insya-Allah kanser dapat dielakkan.

Makanan mengandungi pH alkali tinggi dapat mengelakkan serangan kanser, malah mampu membantu menyembuhkan seseorang yang menghidap kanser. Malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia, gemar memilih diet dengan pH berasid.

Apa itu diet beralkali? Diet berakali melibatkan pengambilan minimum makanan seperti daging merah (lembu dan kambing), daging ayam, ikan, makanan laut, makanan berasaskan susu seperti mentega, keju, ais krim; tepung, teh, kopi, makanan segera, minuman soda dan gula.

Kebanyakannya adalah makanan asasi dan kesukaan rakyat Malaysia. Makanan ini meningkatkan kandungan asid dalam badan seseorang.

Diet berakali tinggi adalah makanan berunsur sayur-sayuran dan buah-buahan, biji-bijian, kurma, habatus-sauda, madu, jus buah-buahan, teh hijau dan makanan berunsur soya seperti tempe dan tau fu faa.
Makanan ini meninggalkan alkaline atau persekitaran tubuh berakali.

Bagaimana diet beralkali pengaruhi sel kanser?Kajian makmal membuktikan, sel kanser dalam tabung uji lebih cepat membiak dalam persekitaran berasid.

Apabila tahap asid dikurangkan maka didapati ketumbuhan kanser lebih lambat.

Dengan memilih diet yang menjadikan pH di dalam tubuh seseorang lebih berakali, maka potensi untuk kanser tumbuh dan membiak adalah berkurang.

Makanan berakali tinggi menghasilkan persekitaran sukar untuk kanser membiak dan merebak.

Sel kanser tidak boleh membiak dalam persekitaran yang tinggi kandungan oksigen. Apabila kandungan oksigen rendah, ia menggalakkan pembiakan kanser.

Apabila sel tisu dalam badan mempunyai kandungan alkali tinggi, ia berupaya menampung kandungan oksigen tinggi berbanding sel tisu berasid tinggi.

Dengan memastikan kandungan pH alkali di dalam badan tinggi, ia dapat melindungi sel di dalam badan daripada diserang kanser.

Kesimpulannya, semakin tinggi tahap alkali dalam badan, semakin banyak kandungan oksigen dapat ditampung dalam badan, maka semakin nipis peluang sel kanser membiak.

Adalah digalakkan memakan banyak makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan mengandungi kandungan serat tinggi, jus buah-buahan terutama sekali jus lobak merah.

Ini bukan bermakna pesakit kanser tidak boleh mengambil diet berasid tinggi, tetapi dinasihatkan mengurangkan pengambilannya.

Pantang larang atau makanan yang perlu atau dielakkan oleh pesakit kanser adalah seperti berikut :

1. Daging merah

Sel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran berasid, diet daging bersifat asid sangat tinggi.
Daging mengandungi antibiotik ternak yang menumbuhkan hormon dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit kanser.

Sebagai ganti daging adalah lebih baik pesakit memakan ikan dan ayam kerana walaupun bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging merah.

2. Gula

Gula adalah ‘hayat kanser’. Dengan mengurangkan pengambilan gula, bererti kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser.

Sebagai pengganti gula boleh diambil seperti madu asli ataupun pemanis semulajadi iaitu stevia. Madu tergolong di dalam makanan bersifat alkali.

3. Garam

Garam yang digunakan dalam masakan mempunyai tambahan kimia untuk membuat warna putih dan tahan lama.Sebagai ganti pesakit boleh mengambil garam yang lebih baik iaitu garam laut.

4. Makanan laut cengkerang

Kebanyakan makanan laut cengkerang seperti kerang, ketam dan kepah mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan kanser.

5. Kopi, teh, coklat

Ketiga-tiga diet ini mempunyai kandungan kafein tinggi. Kafein mengandungi kandungan asid tinggi.
Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan kanser. Amalan meminum air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan kimia di dalam air memasuki tubuh dan lebih baik jika diamalkan air Zam – zam.

6. Makanan cuka tinggi

Elakkan memakan makanan dijeruk seperti jeruk buah-buahan.Sebagai ganti pesakit digalakkan mengambil kurma ataupun durian belanda.

7. Makanan berminyak

Elakkan memakan makanan berminyak seperti makanan goreng. Utamakan makanan kukus atau disediakan menggunakan ketuhar.

8. Hindari alkohol

Minuman mengandungi kandungan alkohol tinggi, menyumbang kepada tahap asid tinggi. Kerana itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.

9.Makanan Bertenusu

Susu menyebabkan tubuh menghasilkan mucus (lendir), terutama di dalam gastro-intestinal tract (saluran pencernaan). Mucus juga makanan sel kanser. Dengan berhenti dari mengambil tesusu dan menggantikannya dengan susu soya (tanpa gula) sel-sel kanser akan kelaparan dan terus akan menjadi lemah.

10. Makanan kandungan lemak tinggi

Kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Pemakanan seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula jangkitan penyakit.

Diet sihat mempercepatkan penyembuhan tisu rosak akibat kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh membuatkan seseorang kurang selera makan.

Kadangkala pesakit dijangkiti penyakit ulser di dalam mulut dan lidah menyebabkan rasa sakit menelan atau mengunyah.

Kadangkala ubat kemoterapi boleh menghilangkan selera makan. Semasa menjalani kemoterapi, pesakit berasa penat dan emosi mereka lebih tertekan.

Hilang selera makan boleh berlarutan sehingga berminggu atau berbulan. Adalah mustahak pesakit kanser memaksa diri untuk makan meskipun tidak ada selera.

Apabila makan, badan menjadi kuat untuk melawan jangkitan kuman dan membaiki tisu tubuh yang rosak akibat rawatan kemoterapi.

Kesimpulannya pesakit kanser perlu menyedari kepentingan diet seimbang. Ini untuk mengawal pembiakan sel kanser di dalam badan pesakit.

Jika pesakit mengamalkan diet yang sama seperti sebelumnya, ini akan membahayakan.

Ini kerana bila seseorang menghidap kanser, mereka perlu menukar cara pemakanan dengan mengambil diet lebih bersifat alkali seperti sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mengurangkan diet berasid.

Selain pemakanan seimbang, pesakit kanser mesti mengamalkan cara hidup sihat iaitu memastikan waktu tidur dan rehat mencukupi, serta mengawal tekanan emosi dan stres, perbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan melakukan solat sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bila hati dan jiwa kita dekat dengan Allah, hati lebih tenteram dan datang rasa reda kepada Allah atas penyakit yang dihadapi.

Begitu juga dengan mengambil langkah pencegahan kanser dengan bantuan Ubat Kanser TF dapat mengelakkan dari terkenanya penyakit ini sedari awal lagi .Ubat kanser Tf ini sudah menjadi satu suplemen penting kepada golongan yang peka tentang kesihatan dan bahayanya kanser kepada manusia.Sehingga kini,sudah ramai yang mengamalkannya sebagai makanan tambahan harian termasuklah di negera Indonesia, philipina , China , Japan , Brunai , Singapura , Timur Tengah dan juga termasuklah Eropah.

sumber : Pakar Kanser

Bila tengok diet pesakit kanser ni , rasa macam semua benda pun tak boleh nak makan kan ? Tapi nak cepat sihat kenalah ikut juga. Sekarang ni dekat rumah pun mama masak semua benda da takde rasa. Tawar habes. Hahahaha. Nak buat macam mana , takkan ktorg nak makan sedap tapi ayah makan tak sedap kan ? So , untuk adil. Semua makan tak sedap. Kalau nak makan sedap , jangan bawa balik rumah. Huhuhuhu.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : aku ada buat tab CANCER dekat pages aku , kalau korang nak cari info pasal cancer bolehla rujuk dekat situ. aku akan tambah sikit sikit by time. thanks.


xoxo


22 comments:

  1. memang kena betol2 pantang.. nice sharing akak.. :)

    ReplyDelete
  2. betul, memang betul diet untuk pesakit kanser ni...pemakanan memang kena sangat-sangat strict...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangattt !! Habes semua tak boleh. Maggi terus dilarang bawak balik rumah.
      Kalau nak makan maggi , kena buat macam dalam drama Korea. Makan kat 7E jela. :P

      Delete
    2. ahahahaha...kalau boleh jangan bagi ayah makan makanan segera..jangan bagi langsung...seriously..bahan2 dalam makanan segera kebanyakannya mampu aktifkan sel kanser...even orang yang kerap makan makanan segera pun leh kena canser...pmpn biasanya breast cancer..so watch out ;)

      Delete
    3. Memang dah tak bagi pun. Dia sendiri yang cakap "lepas ni ayah taknak nampak maggi dalam rumah ni". Nad lak kebetulan ada lagi stok maggi. Siap cakap kat ayah "yelah nnt akak habeskan lagi 2 bungkus final stock tu. hahaha". :P

      Delete
    4. ahahahaha nampak ayah pun dah prihatin soal kesihatan dia and ahli keluarga..bagus2 :)

      Delete
    5. Tahu takpe ! Semua orang kena makan ikut tekak dia dah sekarang ni.
      Minum green tea dah tau sekarang. No more milo , no more teh boh. Y___Y

      Delete
    6. pasni makan sup-sup jela satu family...takde rasa gula takde rasa garam kahkah

      Delete
    7. Hahaha tahu takpe. Tapi naseb baiklah Nad memang suka sup sup ni. Kalau tak ? Mau hari hari makan kat luar. :P

      Delete
    8. aippp takmo, kena jimat cermat...ahaha

      Delete
    9. Thumbsss up ! Betul kena jimat cermattttt. :D

      Delete
  3. bagus artikel ni! sebelum terkena baik kita cegah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sally ! Mencegah itu lebih baik daripada merawat.
      Marilah kita sama sama makan makanan tawar. Hahahaha.

      Delete
  4. nice sharing ..sya ada kwn seorang sakit kanser blh juga share dkt dia n hrp dia pulih :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Sharelah dengan kawan Hazwan tu. Harap bolehla membantu dia. :)

      Delete
  5. semua tu makanan fav -.-'' kena kurangkan la ni.. T_T

    ReplyDelete
  6. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm140 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  7. ANTARA KANSER YANG MAMPU DIRAWAT DAN BERJAYA DIUBATI :

    KANSER PARU-PARU
    KANSER USUS BESAR
    KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM
    KANSER PUNDI KENCING
    LEUKIMIA
    KANSER REKTUM/DUBUR
    KANSER TULANG
    KANSER OTAK
    KANSER OVARI
    KANSER HATI
    KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA
    KANSER PAYUDARA
    KANSER RAHIM
    KANSER PROSTAT
    KANSER PERUT
    KANSER PANKREAS
    KANSER PITUITARI
    KANSER KELENJAR LIUR
    KANSER VAGINA/FARAJ
    KANSER KULIT
    KANSER MULUT
    KANSER HIDUNG
    KANSER TIROID
    KANSER TEKAK
    KANSER TESTIS
    KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN
    KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU
    DAN LAIN-LAIN KANSER

    ReplyDelete
  8. ANTARA KANSER YANG MAMPU DIRAWAT DAN BERJAYA DIUBATI :

    KANSER PARU-PARU
    KANSER USUS BESAR
    KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM
    KANSER PUNDI KENCING
    LEUKIMIA
    KANSER REKTUM/DUBUR
    KANSER TULANG
    KANSER OTAK
    KANSER OVARI
    KANSER HATI
    KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA
    KANSER PAYUDARA
    KANSER RAHIM
    KANSER PROSTAT
    KANSER PERUT
    KANSER PANKREAS
    KANSER PITUITARI
    KANSER KELENJAR LIUR
    KANSER VAGINA/FARAJ
    KANSER KULIT
    KANSER MULUT
    KANSER HIDUNG
    KANSER TIROID
    KANSER TEKAK
    KANSER TESTIS
    KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN
    KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU
    DAN LAIN-LAIN KANSER

    ReplyDelete
  9. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm140 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah