Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, December 24, 2013

Food Review : RSMY - Nan Cheese. Cheese leleh leleeeehhhh. ^^

Assalamualaikum & Hello.

Daripada minggu lepas aku duk teringin nak makan Nan Cheese dekat RSMY House Of Real Beriani Medan Tuanku tu tapi Wan tak nak bawa. Katanya malas masuk KL , gila kejam. Kesian kita , teringin sampai pergi google gambar gambar Nan Cheese dekat RSMY tu. Konon macam boleh hilang teringin tu , padahal !! Lagi teringin adalah wooii !!


Tapiiiii semalam , aku dah berjaya pujuk Wan pergi RSMY. Hip hip hoooraaayyyy !! Kalau korang rasa disebabkan RSMY ni dah famous serata KL mahupun luar KL dan korang mengharapkan RSMY ni sebuah kedai makan yang cantik indah nan sentosa. Korang silap. Bagi aku , RSMY ni sama je macam mapley mapley biasa. Cuma dorang punya specialty is Nan Cheeseeeeeee.







See !! Sama je macam mapley mapley lain kan ?? Cuma beza dia , kalau dekat mapley lain mungkin banyak tempat duduk kosong. Tapi dekat RSMY kalau korang datang lambat sikit , memang korang kena tunggu orang lain habes makanlah baru dapat tempat duduk. Sebab seriously ramai orang , especially lepas office hour. Aku semalam pun kebetulan ada satu couple ni bagi tumpang meja dorang sebab dorang pun dah nak habes makan. Kalau tak ? Aku duklah drooling tengok orang tarik tarik nan cheese dorang tu.



Alaaaa ! Ternampak pula Ayam Tandoori aku dalam gambar atas. Tak surprise dah. Hahahahahaha. So , ni menu dia. Takdelah varieties sangat macam mapley lain , kau cakap je kau nak makan apa gerenti ada kan. Hahaha. RSMY ni memang focus on Nan Cheese Best In Town & Beriani Bukhari Longest Basmathi Rice je.





Choooiiiii !!! Cheese meleleh leleh macam makan pizza. Wakakakaka. Sampai Wan pun marah aku , sebab aku duk buat main cheese tu. Tarik tarik tarik tarikkkkk. Hahahahaha. Tension je orang yang menunggu table bila tengok aku duk seduce dorang guna cheese leleh tu. Kekekekeke.

Kalau ditanya aku sedap ke tak , mantop ke tak. Kau rasa ?? Mestilah A++ weh !! Dah tentu tentu aku ni hantu cheese , dapat lak yang melting macam ni. Perghhhh gila tak suka. Habes licin aku bantai. Sorang sekeping okay , taknak kongsi. Aku macam biasalah , tamak. Kahkahkah. Naseb habes , kalau tak mau aku kena sekeh dengan Wan. Tak percaya ke aku habeskan sekeping nan cheese tuuu ??? Nahhh !!


PERCAYALAHHHHHH !! Mana mungkin aku makan tak habes. Kahkahkah. Tinggal biji biji hijau tu je. Sebab aku tak suka. Hahahaha. Yang lain ? Licinnn !!! Cheese yang melekat kat pinggan tu , ikut hati aku nak kopek kopek je. Biar senang aney tu basuh pinggan. Wkakakaka. Tapi nanti orang kata pelahap pula. Biar muka tak cantik tapi jangan pelahap. Ni muka dah cantik buat perangai pelahap , oh tidak. Jatuh kredibiliti ahkak dik non. :P

RSMY House Of Real Beriani
  • 11 & 13, Jalan Medan Tuanku 50300 Kuala Lumpur
  • Tel : 03-26970700, 019-3258282
  • RSMY house of real beriani
  • @officialrsmy

  • Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat - Nan mulai 12 Tengahari , Sabtu dan Ahad - Nan mulai 5 Petang , 

  • Thanks for your time , love ya people.


  • p.s : RSMY - setentang Maju Junction , sederet Lotus Restaurant.


xoxo


18 comments:

  1. ya allah!! byknya cheeseeeeeeee :D thanks nad, akak selalu lalu lalang kat situ tak terperasan pun..nampak Lotus tu je..huhuhuhu

    terliur-liur kottt..hehehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha memang banyak puuuuunnn ! Orang pun dulu selalu lalu lalang , nampak Lotus je. Aleh aleh sederet tu ada kedai yang awesome ni !! :D

      Delete
    2. mcm mana nad paksa wan masuk KL? gaban taknak bawak kott..susah parking katanya,jem segala bagai..Jln TAR kan..huhuhuhu..

      Delete
    3. Tak paksa pun. Hahaha. Tapi dengan syarat kena teman dia pergi cari tayar kereta dulu. Pastu baru dapat makan. Hahahaha. Semalam pun nasib baik tak berapa nak jem sangat. :D

      Delete
  2. gila leleh itu cheeseeeee~~~~ alahaiiii camne nk g sane niii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Alamakk ! Camne eh ? Daripada mana ?

      Delete
    2. dari damansara. dari OU ke.. dari IKEA ke. hahaa

      Delete
    3. Deym ! Sana takde public transporttttt. Y___Y

      Delete
    4. Alamakkk ! Susahnyaaa nak explain jalan. Gugel jela eh. :P

      Delete
    5. hahaha.. kalau public transport dr sg buloh p[ulak camne? hahaha

      Delete
    6. Naik KTM sampai KL Sentral. Lepas tu naik Monorail sampai Medan Tuanku. :D

      Delete
  3. sedapnya nampak.. meleleh keju nyaaa..pasti sedap.

    nak ajak suami makan sini nanti bila free

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajak jangan tak ajak. Kalau dia taknak , merajuk patplohlima kali. Hahahaha

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah