Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Saturday, December 28, 2013

Food Review : Bulgogi Brothers Pavilion

Assalamualaikum & Hello.

Tengok drama Korea , nampak scene dorang makan makan ?? Mesti korang teringin nak cuba kannn ?? Naaahh , pergi try dekat Bulgogi Brothers. Ada 4 cawangan dekat KL - Pavilion/Mid Valley/eCurve & Paradigm Mall. 

Halal ke tak ? PORK FREE. Sebab tu Bulgogi Brothers ada jual Soju (arak Korea) dan alkohol. Mana ada Korea makan makan takde arak ye dok ?? Hahahaha. Korang jela jangan gatal tangan kaki bibir nak try Soju tuuuuu. :D



Ni branch yang dekat Pavilion , nanti dekat hujung entry aku bagi korang address. Siap dengan nombor phone semua eh. Manalah tahu ada yang nak buat suprise dekat girlfren/boifren korang yang gila Korea kaaaannn , bolehla korang buat reservation terlebih dahulu. Gitttuuuu. ^_^



Muka eksaited masing masing menunggu makanan yang diorder. Kekekeke. Barulah aku faham kenapa dalam drama Korea bila makan je mesti nak buat main dengan sudu tu. Sebab sudu dorangggg besssttttt !!




Yang dekat atas ni Banchan (side orders). Kalau korang tengok dalam drama kan banyak side orders dia. Inilah antara antaranya dan yang wajib ialah Kimchi. Banchan yang Bulgogi Brothers bagi ialah - Jagung , Kacang Peas , Ubi Keledek , Kimchi , Kangkung , Kentang Jeruk , Lotus , Keledek Penyek & Bayam. By the way Banchan ni boleh refill. Semalam , Kimchi tu je aku refill sampai 3 kali. Muahahahaha.


Beef Bibimbap. Cara nak makan , korang gaul je semua bahan dalam mangkuk tu. Campur dengan sos yang dia bagi (rujuk gambar sudut atas kanan). Campur , gaul gaul bagi rata. Cedok guna sudu , masuk mulut ! Kunyah , telan , hadam. Faham ?? Hahahahaha.




Beef Short Rib Bulgogi. Haaaa inilah dia makanan yang akan korang nampak dalam drama Korea tu. Yang diwrap dengan sayur kobis tu. Alaaaa yang kalau makan tu kena tonyoh dalam mulut tu. Hahahaha. To be exact , kalau makan bulgogi ni memang akan nampak macam buruk lantak. So , please jangan makan masa first date ye. Kahkahkah.



Kimchi Jjigae. Dalam ni ada beef juga. Pedas and masam masam. Sesuai dengan tekak aku , lepas tu Kimchi dia pula bersepah sepah dalam mangkuk tu. Kenyang weh !!! Dalam Kimchi Jjigae ni ada rice cake juga. Sedap. Kalau aku repeat pergi Bulgogi Brothers , memang aku akan order yang ni jelah jawabnyaaa. :D

Untuk memudahkan korang nak tengok apa lagi yang Bulgogi Brothers jual , boleh klik Menu Bulgogi Brothers. Siap ada explaination lagi okay , baca betul betul supaya tak salah order nanti. Tapi jangan risau takde pork ! Hahahahaha. Semuanya daging lombu den kobar eh. Last but not least , siapa siapa yang ada kad Pichofsalt boleh guna dekat Bulgogi Brothers ya. Boleh dapat discount. :D

Bulgogi Brothers Pavilion
Address : Lot 6.01.03 Level 6 No 168 Jalan Bukit Bintang , 55100 KL
No Telephone : 03-21419620

Thanks for your time , love ya people.


p.s : macam jadi port wajib setiap bulan je Bulgogi Brothers ni. Ehhhmmm.


xoxo


10 comments:

  1. woahhh semua nampak sedap je.. bila la dapat try ni.. nak jugak feeling2 korea.. haha..

    ReplyDelete
  2. Ohhh now i know what is bulbogi hehehe thanks to u kak nadia!!!
    Heheheheh wahh~
    Huhuhu qila memang order sudu korea je dari kawan yg gi sana hihihiks XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Keyla! Its not just about makan , its learning process jugak. Hihi.
      Belajar foods negara lain juga. Wah ! Kemain special order sudu eh. :D

      Delete
  3. kau buat aku laparrrr..hehehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha , maaflah ye ! Bukan sengaja. :P

      Delete
  4. tak sure boleh masuk ke tak..tp memang termimpi2 nak feeling2 Korea..hahaha..makanan Jepun pun akak tak berani nak try..kali ni kegilaan Korea pulak..duhh..huhuhuhu! bilakah akak berani nak try?? T_____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakaka! Sedih tau. Kita pula jenis bantai je , janji makan. Kahkahkah.
      Ala , trylah slow slow. Orang pun dulu asalnya belajar makan makanan Korea dekat food court je.
      Sebab takut membazir kalau terus pergi restaurant besor besor cenggini. :D

      Delete
  5. Cawangan area klang takde ke?/hahaha..Teringin juga nak merasa makanan ala korean.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klang eh ? Rasanya Paradigm tu jela yang terdekat dengan Klang. Hahahaha. :D

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah