Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, December 26, 2013

Tahun 2013 : Semua rasa ada , semua rasa cukup.

Assalamualaikum & Hello.

2013 dah nak melabuhkan tirai dah. Kejap je. Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2014. Ye. Tahun baru menjelang tiba. Azam tahun ni apa cerita ? Aku pun dah lupa weh apa azam aku untuk tahun ni. Kahkahkah. Teruk ! Azam sendiri pun boleh lupa. Apa nak jadi dengan kau ni Nadia weh. Hahahaha.


Kalau ditanya 2013 ni tahun yang baik ke untuk aku. Mestilah baik baik sahaja. Ujian dan dugaan tu orang kata adatlah ye. Nama pun manusia dan kehidupan. Ada kala gembira , ada kala sedih , ada kala di atas , ada kala di bawah. Tak bermaksud bila kita dekat bawah tu , selamanya dekat bawah. Tak bermaksud bila kita dekat atas kita takkan pernah merasa duduk dekat bawah. Kannn ?? :D

Apa yang pahit dan manis untuk tahun 2013 ni bagi aku ? Ermmm. Kalau nak cerita semua alamatnya memang sampai besok subuh pun aku tak boleh nak publish entry ni. Kahkahkah. Cukuplah aku cakap ada satu pahit dan satu manis yang cukup terkesan dekat hati aku ni. Kalau salah bual yang manis tu mahu senyum tak putus , kalau salah bual yang pahit tu mahu ada yang teriak kat office ni. Kekekeke.

MANIS

Yang manis tu tak payah sebut pun sebenarnya orang dah boleh agak. Hahahaha. Ye yang termanis untuk tahun 2013 ni semestinya bila aku rasmi jadi tunangan orang. Dah bukan berangan rangan dekat depan cermin duk main sarung sarung cincin. Kekekeke. 

Siapa cakap kalau dah bertunang ni manis je sentiasa. Tak juga. Ada dugaan dia , tapi antara pilihlah antara nak sambung layan perasaan dengan dugaan tu or aku just nak pandang dan move forward. For the meantime , aku pandang dan aku buat tak tahu je. Sebab bagi aku , time time berdarah manis macam ni syaiton tu memang berlumba lumba siap main pass pass baton ok nak kacau , nak campur adukkan perasaan aku. Tapi bak kata Wan , watlek watpis. Muahahaha.


Haaa amek !! Muka watlek watpis aku. Hahahaha. Aku percaya kalau aku remains kuat macam ni , aku akan berjaya tepis semua dugaan dan anasir anasir yang tak elok dekat luar sana tu. Jyeahh !! Aja aja fighting !! Jangan hangat hangat taik ayam Nadia , aku lempang sat gi. :P

PAHIT

Pahit ?? Memang yang terpahit aku pernah hadap selama 24 tahun aku hidup atas muka bumi ni oiii. Ye. Yang terpahit ialah masa aku tahu pasal ayah. Ye , pasal lung cancer dia. Siapa yang tak terduduk kalau tahu ayah dia ada sakit macam tu. Siapa yang tak menangis , tak teriak kalau tahu berita sehebat macam tu. 


Aku dah terduduk , dah rasa tak mampu nak bangun balik pun masa aku tahu berita tu. Dah tak tahu nak rasa apa. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi. Berkat doa keluarga , sedara mara , tunang tercinta dan kawan kawan semua. Alhamdulillah , ayah dah boleh bangun , dah boleh berjalan dan yang menggembirakan aku ayah dah boleh bawa teksi balik. Aku tahu ayah aku kuat , lebih kuat daripada aku. Aku tahu ayah akan sihat balik macam sebelum sebelum ni. Aku tahu ayah boleh punya. Aja Aja Fighting !! Harharhar.

Aku harap tahun 2014 yang akan datang ni semuanya akan baik baik sahaja. Kalau boleh aku taknak dah ada cerita pahit pahit macam tahun ni. Tapi siapalah aku untuk sangkal apa yang Allah dah janjikan untuk jadi dalam hidup aku ye tak. So , Nadia !! Stay strong and stay gorgeous okeh. Amboiii. Gorgeous engkauuuu. :D

Thanks for your time , love ya people.


p.s : agak agak kawen aku nak pakai warna apa ?? hurrrmmmm........


xoxo


6 comments:

  1. ada pahit dan manis kan nad..selamat ulang tahun nad! tahun dpn nak tukar status dahhhh..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Arghhh ! Takut takuttt takutttttt. Hahaha. Minta mintalah semuanya dipermudahkan. :D
      Dah setel nanti baru boleh main sep sep dengan akak sebab sama status. Hahahaha.

      Delete
  2. pahit & manis sntiasa ada..resam kehidupan :)

    ReplyDelete
  3. Betul, manis pahit tawar hambar masam hahahahah semua ada lah :D
    Tapi qila rasa tahun ni mcm tough sikit ah T_T
    dgn PRU lagi hehehehhe. Barang Naik lagi haihh hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang Naik tu tak payah sebut la. Rasa macam dah hampir papa kedana dah. Hahahaha.

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah