Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, December 9, 2013

Ulat buku naseb baik bukan ulat sampah , ^^

Assalamualaikum & Hello.

Aku ulat buku ?? Angkat angkat kening , juih juih bibir sikitttt. Hihihi. Ye , aku memang seorang yang suka membaca. Daripada sekolah rendah lagi aku dah start suka baca novel. Cerita yang misteri misteri dekat sekolah tu. Alaaa korang mesti tahu punya. Aku tak ingatlah apa ke tajuknya sebab banyak benor. Tsskk. 

Bila dah masuk sekolah menengah , aku mula tukar genre bacaan aku. Aku mula baca novel cinta. Amboii biasaaaa diaaaa , tak habes sekolah lagi da baca buku cinta. Hihihi. Masa sekolah menengahkan kita ada Komsas. Kan kena baca novel. Haaa tu memang aku suka. Aku form 1 aku dah baca novel form 2. Gigih kan ? Novel Bukit Kepong je amek masa nak habeskan. Boring. Sejarah kootttt. :P

And now ? Aku mula belajar membaca puisi. Nampak kan kat situ peningkatan umur dan penukaran genre bahan bacaan aku ? Hahahaha. Tunggu aku tua sikit lagi , memang aku baca buku Usman Awang/A.Samad Said. Mihmihmih. But I still love to read. 


Aku sampai pernah sentap sentap dengan ayah , sebab bagi aku beli satu novel je masa pergi pameran buku. Kau bayangkan. Pergi pameran buku , tapi beli satu je buku ? It is so uncool man. Memang masa tu muncung dah panjang sedepa. Huhuhu. Bodek punya bodek , ayah cakap boleh beli extra satu. Terus happy. Tamak betul. Hahahaha.

Now ? Aku masih lagi ada habit yang sama. Aku masih lagi tamak kalau bab beli beli buku ni. Aku tak boleh beli satu , lagi lagi kalau harga murah nak mati kan. Macam aku pergi Big Bad Wolf haritu la. Jalan jalan , usha usha tetiba dah ada 7 buku dalam kotak. Kekekeke. Tu pun rasa tak cukup lagi. Rasa nak pergi je lagi. Rasa nak beli je lagi. Malangnyaaa..............isi tempat kosong. Y___Y.


Semalam Wan sempat cakap (sms) dekat aku , masa aku ralit membaca novel Sophie Kinsella aku tu.

W : Watpe je tu ?
N : Membacala apa lagi nak buat ?
W : Uit tak abes lagi ?
N : Belumlah. Stop stop. Penat baca novel english ni. Nak kena hadam betul betul.
W : Dasat eh. Tak muak.

Yess , aku tak pernah muak membaca. Aku tak pernah bosan membaca. Aku sampai tak mandi tak makan pun takpe janji boleh habeskan novel tu cepat cepat. Especially kalau novel tu best. Kalau tak best tu , aku pun malas nak selak. Kekekeke.


Antara english novel and malay novel , I prefer malay novel. Sebabnya ia ditulis dalam bahasa ibunda. Lebih mudah difahami. Won't take too long nak habeskan satu novel. Plus , its quite cheaper compared with english novels. Muahahaha. Aku kan kedekut abadi. So , mestilah nak beli pun aku buat kira kira dulu. Kekeke.

The latest , aku find out pasal Big Bad Wolf Book Sale. Sangatlah aku seronok dan teruja. Sebab ? Sebab I can afford to buy english novels dengan harga yang sangat sangat murah oi. But , it won't happen for the whole year. Kalau whole year , melingkuplah semua publisher. Wakakaka. So , kepada yang masih belum berkesempatan nak pergi. Pergilah cepat cepat , borong banyak banyak. Lagi mulia kalau belikan untuk aku waima sebuah novel. Hihihihi.


Oh one more thing. Another expo buku will be held from 11 - 15 Disember dekat PWTC. Seriously , kenapalah banyak sangat expo buku and book sale time aku tengah broke macam ni. Sedih. Rasa macam nak pinjam along je semata nak beli buku. Kahkahkah. So , kepada yang masih belum bankrap dan masih ada lagi ringgit malaysia dalam akaun bank tu , jemput jemputlah ke Expo Buku 1 Malaysia & Big Bad Wolf. 


Thanks for your time , love ya people.


p.s : entry ni memang khas untuk ulat ulat buku , ulat ulat sampah jangan main dekat sini.


xoxo



18 comments:

  1. tahniah kerana tidak muak membaca...syabas..

    ReplyDelete
  2. boleh geng laa jadi ulat buku kahkahkah
    tapi ika jarang dah dapat betul2 spend time dengan buku...kalau ada pun it takes time to finish one book...kekangan masa tu yang agak terbatas sikit huuuu
    memang sengaja an buat expo buku bebanyak ni..memang nak suruh ulat buku ni semua jadi gila miahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh sep sikit meh ! Hahaha. Itulah pasalnyaaa Ika oi. Dah nak sasau sawan semua ada dah ni. Buat pula tengah tengah bulan , memang betul sangatlah tuuu. Huhuhu. Y___Y

      Delete
    2. kan ika dah meroyan meroyan kat twitter tweet nak beli buku, nak pergi sana miahaha, dengan harapan asyraf baca laa tweet tu nanti, orang mesej dia tak reply, kurang asam..ahahaha

      kan, takde time lagi baik ke nak buat? sobs

      Delete
    3. Hahaha meroyan dekat tweet itu wajib ok ! Hahaha. Mohon asyraf perasan. :D

      Delete
    4. dia perasan! terus dia call cakap "baby nak pi books sale ea?" terus "a'ah nakkkk" miahahahah!

      Delete
    5. Wakakakaka senyum sampai telingalah Cik Ika kita tidur malam niiii. Mukaaa ada sinyyuuumm. :P

      Delete
  3. bagus la ader hobi membaca.. fiza pun suke baca.. tp bc komik.. tak larat nk beban kepala dengan novel2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca komik pun best jugak apa. Hahaha. Agakla. Kalau baca novel memang macam tengok drama. Stress , sedih , happy semua ada. :D

      Delete
  4. nad,kedai buku Lajen tu jauh sangat la..kat Shah Alam kan? huhuhu..akak dah lama x membaca buku.. so far akak baca komik Detektif Conan je.. Jangan gelak ok! Husband akak pun dah terjebak.. hikhikhik. Yang ni boleh gelak. teringin nak membaca buku tebal2 mcm ulat buku mcm zaman skolah dulu..sobs!

    karnival buku kat the mines tu pun akak xg..adik akak je g pastu borong buku..ahkak tumpang jelah buku2 dia..huhuhuhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Leje tu dekat SS15 Subang nu haaa. Agaklah jauhnya tapi dekat MPH pun ada jugak kak. Pergi je MPH Alpha Angle tu. Ada rasanyaaa. Kawan kita pernah show off. Hahaha. Kemain tau laki bini nak jadi detektif. :P

      Delete
  5. Replies
    1. Hahahaha. Nak minta BND la macam ni. Fae bagi Nadia BND 25 pun dah cukup. :P

      Delete
  6. ulat buku pun tak sempat pegi BBW lagi.. Expo buku 1 malaysia lagi..parah2..duit bakal melayang bagai air terjun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly !! Memang bukan duit je rasa melayang. Nampak je buku terus rasa nyawa nak melayang. Hahaha.

      Delete
  7. hebatnya awak boleh pay attention kat buku! kalau kte memang sekejap je la bertahan lepas tu campak bawah katil. kte ada hobi beli buku je takde hobi baca buku :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha apa kata buku awak beli tu , pos kat kita. Kita bacakan. Bedtime story. Nak ? Hahahahaha. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah