Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, February 28, 2013

Lotion Mustajab Pati Halia Extra Hot.

Assalamualaikum & Hello.

Tadi siang aku ada cerita sikit pasal Hansaegee punya produk.
Now malam ni aku nak cerita yang aku da beli produk Dunia Herbs pulak. Hikss.


Ni semua sebab terpengaruh dengan blog Irine Nadia & Yuyu Zulaikha.
Lagipun lately ni tengok perut macam semakin buncit , mihmihmih.
Maka dengan itu baik kita selamatkan keadaan. :D
Manalah tahu lemak dekat perut ni boleh terbakar , extra hot tuuu !
Doakan perut aku kempis balik eh , mekasihhh.
By the way , harga Mustajab Pati Halia Extra Hot : RM 24
Sangat affordable , best wehh ! Takdela hot pon , beranginnnn je.
Ai is very suka , rasa nak pakai tiap tiap hari and bawak pergi office je. Hewhewhew.
Thanks for your time , love ya people.


P.s : agak agak panas sangat tak eh ? :P


Xoxo

- Cik Dabel N -
posted from Bloggeroid

Skin Care : Hansaegee Charcoal Mask + Watsons Nose Pore Strips.

Assalamualaikum & Hello.

Siapa baca blog Yuyu Zulaikha & Fatin Liyana mesti ada terbaca entry dorang pasal Hansaegee kan ?
And currently aku pon tengah tekun menunggu parcel daripada Hansaegee. Hiksss. *ai is terpengaruh*
Asalnya saja nak usha usha je , tapi tetiba dah terorder dan dah terbuat payment. Mihmihmih.
So , as a first timer. Aku tak beranilah nak put risk nak beli selonggok semua benda.
Maka dengan itu , for first trial ni aku just order Charcoal Mask - quantity 2 je. Hahahaha.


Inilah dia Charcoal Mask yang digembar gemburkan oleh mereka mereka di luar sana.
Rasa macam tak sabar je nak pakai , nak jugak rasa ohsem macam dorang. Hiksss.
Minta mintalah posmen tu tak seleweng Charcoal Mask ai hoccay. :D
Harga Charcoal Mask : RM 11.90 sekeping.


Ini pulak Blackhead Suction Nose Pack , pon seperti ohsem bila tengok dorang tepek dekat hidung.
Tapi yang ni aku tak order lagi , tunggu next batchla.
Ada jugak member aku yang kata nose pack ni best , sebab sejuk.
Takpe nanti aku try okay Lily. Thanks for your comment.
Harga Blackhead Suction Nose Pack : RM 37.00

For now ada promotion 3 keping Charcoal Mask + 1 set Blackhead Suction Nose Pack : RM 70.00
Harga tidak termasuk postage ye kawan kawan semua.


Disebabkan aku tak beli lagi nose pack dengan Hansaegee , aku pon belilah Watsons Nose Strips.
Saja saja nak try sebenarnya , padahal aku bukan ada blackhead pon. Hewhewhew.


Watsons Nose Pore Strips : RM 6.95 sekotak
Dalam 1 kotak ada 10 keping nose strips.
Memandangkan aku beli pon sebab saja saja nak try.
Aku pon bagilah Wan 5 and aku amek another 5. Baikkan aku. :D

Semalam jugak aku try pakai benda alah ni dengan Wan , Miahahaha.
Masing masing siap Whatsapp gambar masing masing dengan nose strips.
Yang lawaknya , boleh plak Wan pakai strips ni terbalik. Okay hidung kau mancung. :PP
Kira okaylah tu dia nak pakai kannn ? Lepas ni kita kasi pakai Charcoal Mask pulak.
Kita tengok apa pulak nak jadi. HARHARHAR.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : cepatlah sampai wahai parcel , ai is tak sabar nak kulit macam korea ni. EHHH !!


xoxo


Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday : Kitten.

Assalamualaikum & Hello.


" Mirror mirror on the wall who's the beauty of them all. "


p.s : aktiviti ini berlaku 12.15 tengah malam tadi. pitammmm !


xoxo


Tuesday, February 26, 2013

Lirik Lagu : Hazama - Relakan Jiwa.

Assalamualaikum & Hello.

Dah 2 3 hari ni asyik dengar lagu ni repeatedly , yess aku tak pernah boring dengar suara Hazama ni.
Daripada dia tak dapat masuk AF sampai jadi juara , yess aku tetap dengan Hazama.
Pendekkan kata , aku memang fanatik dengan Hazama. HIHIHI.

Jom kita nyanyi nyanyi lagu baru Hazama , stail kotttt. :D

Relakan Jiwa - Hazama

Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta
Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku

p.s : aku sanggup paksa mama bawak pergi JJ AU2 tu dulu , semata nak tengok Hazama dalam rumah kaca. Kihkihkih. Obses kau jahhh !! :P


xoxo 


Monday, February 25, 2013

Abang Angkat , Kakak Angkat.

Assalamualaikum & Hello.

Pada yang tak tahu , sebenarnya aku ni anak sulung dan tunggal perempuan dalam family.
Maka dengan itu , aku takde abang dan aku takde kakak. Bosankan ??
Orang lain  ada abang boleh main PS2 sama sama , ada kakak boleh shopping sama sama.
Tapi aku ?? Aku just ada diri aku je. Sedeyhh !! T_____T

Dulu dulu masa aku kecik , selalu keep wondering kenapa aku takde abang and kakak.
Seronok weh tengok orang lain ada abang and kakak. Sobsobsobssss.
Tapi aku kira luckylah jugak sebab aku ada abang angkat & kakak angkat.

Aku ada sorang je kakak angkat dalam Malaysia ni. Hikhikhik.
Kejadian angkat mengangkat ni pon terjadi masa zaman ktorg sekolah rendah dulu.
Biasalah sekolah perempuan je , asal nampak budak comel je nak dijadikan adik angkat.
Hurmmmppp am I trying to tell you guys yang aku ni cute masa kecik dulu ?? HARHARHAR.
TAK TAK TAK. Gurau je ! Tapi the reality is aku dah ada sorang KAKAK. Jyeahhh !!

Tapi sebenarnya ktorg lost contact lama gila , start daripada dia habes darjah 6.
Dan few years back yang ktorg jumpa balik , haaaa dasyat tak dasyat ??
Terima kasih kepada FACEBOOK untuk itu. Hiksss. :P



Meet my beloved , one and only sister in this world - Aunie Athirah.
Its already 13 years being her sister , wahhh ! Dah lama gila rupanyaaa. :D
And now kakak aku ni tengah membebel macam orang gila sebab aku takde mase nak jumpe dia.
Uppsss ! Bukan sengaja kak , tapi masa awak nak jumpe kita tu selalulah tak kene. Hikhikhik.

Okay tutup cerita pasal kakak , now mari bukak cerita pasal abang pulak.
Aku ada sorang abang , aku dah cerita sikit pasal dia dalam previous entry.
Macam mana aku boleh jadi adik angkat si gila tu ?? Hurmmm.
Alkisahnya bermula macam ni........

Masa zaman aku sekolah menengah form 4 which is on 2005 , hip hoppers tengah trending masa tu.
Dan nak dijadikan cerita , adik aku ni pon acah acah nak jadi hip hoppers.
Suka benar pergi Times Square and masuk kedai Echo Park tu. *kedai jual baju/seluar hiphop*
Ada 1 kali pergi tu , adik aku try seluar kat kedai tu and abang angkat aku ni gatal snap snap gambar.
Tapi gambar adik akulah. Kononnya nanti nak bagi adik aku and nak letak gambar tu kat kedai.
So untuk dorang update aku whether gambar tu dah siap ke belum.
Aku kenalah tinggalkan nombor handphone aku dekat abang angkat aku tu.
Mula mula macam keberatanlah jugak , tapi pikir pikir pasal gambar tu. Hurmmm okay. Kita bagi.

Daripada seminggu sampai ke 2 minggu sampailah hubungan abang and adik ni dah makin rapat.
Pendek katalah sampai ke sekarang ni haaaaa gambar tu tak kunjung tiba. HARHARHAR.
Kata orang tua tu "memory card rosak" , okay best sangat alasan tu. Blerghhhh !

Tak kisahlah pasal gambar or memory card rosak tu , tapi at least now aku ada ABANG. Yeay !!
Until now kalau pergi Times Square je , its either aku terserempak dengan dia or aku kena bagitau dia.
Kalau aku tak bagitahu dia and lepas tu terserempak pulak dengan dia ke kawan kawan dia ke.
Hurrrmmm. Sah sah boleh rosak pendengaran aku nak dengar dia membebel macam joyah tu. Pfftt !
Maka dengan itu kadang kadang aku elak untuk terjumpa dengan kawan kawan dia. :P

Kalau tadi aku cerita pasal aku lost contact dengan kakak angkat aku kannn.
Jadi jangan ingat aku tak pernah lost contact dengan abang angkat aku ni , hikhikhik.
Pernah jugak lost track okay , tapi takdelah lama macam aku lost contact dengan kakak angkat aku.
Aku lost contact dengan abang angkat aku pon sebab....hurrrmm.....sebab EX GF DIA TAK SUKA AKU !
Tapi la ni , depa da putus pon. HARHARHAR. Tulah sapa suruh tak suka aku lagikkkk. :P



Meet my beloved , one and only abang in this world - Wan Suhaimi.
Its already 8 years and insyaAllah will last forever and ever.
Walaupun abang aku ni ada adik kandung perempuan tapi aku tetap adik dia. Ngeee.
Bak kata dia 'kau tetap adik aku sampai bila bila' , syahdu iollss masa tu.
Masa tu jelah , sebab masa tu tengah tersepit antara ex boifren & abang.
Definitely aku pilih abang. HARHARHAR.
Sebab abang nilah yang paksa aku pergi tuition , yang hantar aku pergi tuition sampai tangga kelas.
Abang nilah yang bagi aku duit raya , tapi few years back asyik miss jerhhh !!

Sekian sahaja entry panjang lebar pasal 2 orang manusia yang penting dalam hidup aku.
Sama pentingnya dengan keluarga aku dan jugak buah hati aku.
Without them , I'm nothing. Sayang korang dua orang !! :D
Thanks for your time. Love ya people.


p.s : bila tengok nurse teringat kakak , bila tengok Hazama teringat abang. WHAT ??


xoxo


Sunday, February 24, 2013

Juara Berjaya Got Talent , Wan Suhaimi.

Assalamualaikum & Hello.

Pagi pagi bukak FB , tengok news feed ada abang aku bebel pasal fans club dia.
Dalam hati berdetik 'gila ke apa orang tua ni ?'.
Tapi lepas tu scroll lagi dan lagi sampai pergi ke page die. *joyah sangatkannn*
Then barulah hati berkata 'Oh , menang Berjaya Got Talent. Hebat hebat'.

Sebagai seorang adik angkat and bukanlah adik kandung dia.
Ktorg dah face a lot of things together.
Baik daripada dia putus cinta ke aku putus cinta ke.
Pendek kata banyak benda yang ktorg dah buat sama sama.
Daripada zaman aku beruniform sekolah dan dia berhiphoppers.
Sampailah sekarang , we still have a good relationship.

Now you've prove to us that you've got the talent. Jyeah ! Pewwiitt. :P
I'm proud of you abang ! Teman bangge dengan awok ni abe weh.
Teringat zaman awok pergi audition One In A Million dulu. Hahaha.
Mase tu awok tak lopeh stage mane tah.
Teman rase mase tu nak berguling sebab gelakkan awok. =D
Padahal mase tu teman malas nak admit suara awok sebenarnye sedap.
Kang awok tu perasan melampaui batasan. Blerrghh !











Hadiah first prize taknak RM6k pulak. Kemainn.
Bolehla kite pegi Temerloh pekene tempoyak ikan patin seround abang !
Btw , congrats orang tua ! Teman tau awok buleh. Tahniah tahniah. =)


P.s : its already 8 years being your sister and insha Allah will last forever.


Xoxo

- Cik Dabel N -
posted from Bloggeroid

Saturday, February 23, 2013

Kitten in da hauzzz , ngeee !

Assalamualaikum & Hello.



Meet my new kitten , Cici.
Cici ni asalnya daripada TM TTDI , hihihi.
Kezen aku yang kutip bawak balik. Comelkan ?
Dahla kaki katik , badan montok. Bessttt !!

P.s : siapa kat sini yang suka meow ?


Xoxo

- Cik Dabel N -
posted from Bloggeroid

Thursday, February 21, 2013

Jalan Jalan dekat Lake Garden KL.

Assalamualaikum & Hello.

Sebelum pergi makan Kerabu Kaki Ayam haritu , ktorg asalnya berjalan jalan dekat Lake Garden.
Konon nak berjogging , tapi kalau dah pakai jeans tu nak berjogging apanyaaaa. :P
Jalan punya jalan , tengok punya tengok. Wahh ! Lake Garden ni dah banyak perubahan.
Nampak sangat aku ni dah lama tak jalan jalan amek angin dekat Lake Garden.
Mana taknya lately ni asyik amek baju amek kasut amek tudung amek seluar dekat shopping mall je. Hikss.


Bila dah jarang sangat pergi Lake Garden tu yang sampai signboard ni pon nak disnapnya.
Tapi bukan akulah yang snap , aku tukang masukkan dalam blog je. Ngeee.


Weiiiiiii kenapa muka aku nampak sangat teruja nampak tren ni. Eh tren ke ??
Ni baru teruja , gambar lepas ni ? Bukan teruja dah. JAKUN TERUS !!


HAAAA !! Kan dah cakap !! Siapa suruh abang drebar tren ni berhenti depan ktorg.
Memang baiklah aku posing macam atas keretapi dekat Bombay. KAHKAHKAH.


Kereta kuda tinggal pon nak tangkap gambar ?? Hihihi.
Dah boleh hantar dekat kedai besi buruk dah ni weh , duklah kruk krek kruk krek masa aku naik tu.



Eh eh dah dekat Zoo Negara pulak dah ke ?? Ehhh bukan bukan ni still dalam Lake Garden okay.
Ada rusa weh , rusa wehhh , oiiii orang kampung semuaaaa tengok ada rusaaaa kat siniiii.
Aku sebenarnya baru tau jugak yang dalam Lake Garden ni ada Taman Rusa & Kancil. Loser kan ?? :P


Tadi teruja dengan tren , kali ni teruja dengan rusa nani pulak.
Luar pagar beranilah , cuba kau letak aku dalam pagar tu. Bertempiaranlah jawabnye. ^_^v


Meet my new friend , Dear , eh silap DEER. :D
Nanti aku datang melawat kau lagi ye rusa , tapi maafkan aku kalau kena makan kawan kawan kau.
Burger daging rusa tu yang tempting sangat , janganlah salahkan aku. Ngehngehngeh.

Kalau korang ada masa pergi Lake Garden , jangan lupa bawak roti tau.
Boleh kasi itik,labi ke kekura dalam tasik tu makan.
Boleh jugak kasi rusa ni makan , ada abang yang jaga kat situ. Nanti dia bagi carrot.
Kalau masa korang pergi tu takde abang tu , nasib korang tak baiklah tu. Hahaha.
Thanks for your time , love ya people.


p.s : nanti nak review kedai kerabu kaki ayam yang lain pulak. :P


xoxo


Wednesday, February 20, 2013

Food Review : Permai Seafood Kerabu Kaki Ayam.

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini yang makan kaki ayam ataupun ceker nama kampungnya. Hiksss.
Aku adalah salah sorang yang sangat taksub dengan kaki ayam/ceker ni.
Pulak tu kalau dibuat sup but make surelah kaki ayam/ceker tu dimasak sampai betul betul lembut.
Kalau tak lembut kang jenuh pulak nak makan kan. Entry ni khas buat peminat kaki ayam/ceker.
Aku nak review 1 port baik untuk kita kita ni makan kaki ayam/ceker. :D

PERMAI SEAFOOD KERABU KAKI AYAM

Haaa nampak , nama kedai pon dah letak kerabu kaki ayam.
Nampak macam sangat specialist dengan kaki ayam/ceker kannnn ?
Haritu lepas balik daripada riadah dekat Lake Garden , ktorg direct datang sini and makan.
PERGHHHHH !! Memang mantop wa cakap lu. masih terngiang ngiang di kepala rasa sup kaki ayam tu weh


Masa ktorg sampai kat kedai makan ni , orang masih tak berapa ramai.
But then masa lepas je ktorg order , pandang kiri kanan.
Omakhaih orang dah ramailah. Naseb sampai awal. :D


Akhirnya penantian ktorg berhasil apabila mamat tu datang hantar makanan.
And this is SUP KAKI AYAM , SEMANGKUK HANYA RM 4 JEEEE.
Disebabkan semangkuk RM 4 je ktorg pon order sorang satu. HARHARHAR.
Kepedasan sup dia amat sangat terasa , sesuwaiiii benor dengan tekak ahkak uollss.


Yang ini pulak KERABU KAKI AYAM , harga tak tanyalah pulak.
Takpe nanti aku pergi lagi aku tanye bagi pihak korang hoccay. :P


So here you go , our dinner last Sunday. Marbelesss !!
Next time aku datang aku nak try makan Siakap Stim Limau dia pulak.
Kata orang siakap stim dia pon marbeles jugak. Takpe takpe jangan gelojoh. Nanti boleh datang lagi.


Lokasi Permai Seafood Kerabu Kaki Ayam :

No.7, 2/18A Batu 5 Jalan Ipoh,
Taman Batu Permai Kuala Lumpur.


Aku pon sampai guna Waze (GPS) untuk datang sini.
Korang pon bolehla cuba search guna Waze. :)
Thanks for your time , love ya people.


p.s : malam ni nak pergi dengan Wan pulak , hikhikhik.


xoxo


Monday, February 18, 2013

B2B : Kursus Kahwin.

Asssalamualaikum & Hello.

Korang korang yang dah nak kahwin ni dah buat ke kursus kahwin ha ?
Kalau ada yang dah buat ataupun yang dah kahwin , mehla kongsi kat mana kursus kahwin yang best.
Terasa macam nak buat kursus kahwin ni sebelum nanti terlupa ke terkena jawab exam ke. Hiksss.
Sebab dengar cerita by tengah tahun ni setiap kursus kahwin akan ada sesi penilaian kefahaman.
Pendekkan kata nanti ada exam bertulis bertulis. Ohhhh tidakkk !

Antara tempat tempat yang korang boleh choose untuk buat kursus kahwin.

1. PUSAT KURSUS PRA-PERKAHWINAN DI PRESINT 9 PUTRAJAYA
Bilik Seminar Tingkat 1,
Jalan P9f, Presint 9,
62250 Putrajaya.
(Depan Kompleks Kejiranan Presint 9, atas Restoran Darulsalam, berdekatan Speedmart & Pasar borong Darulsalam)
Kursus diadakan Setiap Sabtu dan Ahad

Waktu Kursus :
Sabtu : 2.30 ptg - 6.30 ptg
Ahad : 9 pg - 6 ptg

2. PUSAT KURSUS PRA-PERKAHWINAN DI TAMAN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR
Wisma Prima Peninsular,
Jalan Setiawangsa 11,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur.
(Hadapan Giant Setiawangsa, sederat Maybank / BSN Setiawangsa, 7 Minit dari LRT Setiawangsa)
Kursus diadakan Setiap Sabtu dan Ahad

Waktu Kursus :
Sabtu : 10pg - 6.30 ptg
Ahad : 9 pg - 1.30tghari

3. PUSAT KURSUS PRA-PERKAHWINAN DI MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR
Dewan Kuliah Kursus Kahwin,
Masjid Negara,
Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
Kursus diadakan Setiap Sabtu dan Ahad

Waktu Kursus :
Sabtu : 2.00 ptg - 6.30 ptg
Ahad : 9 pg - 6 ptg

4. PUSAT KURSUS PRA-PERKAHWINAN DI BANGUNAN LPPKN , JALAN RAJA LAUT,
KUALA LUMPUR
Auditorium VIP, Tingkat 13,
Bangunan LPPKN,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
(Sebelah Hotel Quality, berhampiran Medan Mara, Pertama Kompleks, LRT STAR Sultan Ismail)
Kursus diadakan Setiap Sabtu dan Ahad

Waktu Kursus :
Sabtu : 2.30 ptg - 6.30 ptg
Ahad : 9 pg - 6 ptg

5. PUSAT KURSUS PRA-PERKAHWINAN DI MASJID AL-TAQWA, TAMAN TUN DR. ISMAIL (TTDI)
Dewan Kuliah, Tingkat 1,
Masjid Al-Taqwa,
Jalan Datuk Sulaiman,
60000 Kuala Lumpur.
Kursus diadakan Setiap Sabtu dan Ahad

Waktu Kursus :
Sabtu : 2.00 ptg - 6.30 ptg
Ahad : 8.30 pg - 5 ptg

6. PUSAT KURSUS PRA-PERKAHWINAN DI DESA TASIK, BANDAR TASIK SELATAN, SG.BESI
9-1, Jalan 20B/146,
Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan,
Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur.
Kursus diadakan Setiap Sabtu dan Ahad

Waktu Kursus :
Sabtu : 2.30 ptg - 6.30 ptg
Ahad : 9 pg - 6 ptg

7. PUSAT KURSUS PRA- PERKAHWINAN DI PUSAT BELIA ANTARABANGSA, BANDAR TUN RAZAK (BERHAMPIRAN HUKM, STADIUM BOLA CHERAS)
Pusat Belia Antarabangsa, Cheras,
Tingkat 1,
Bilik Merak,
Bandar Tun Razak,
50000 Kuala Lumpur.

Kursus diadakan Setiap Sabtu dan Ahad

Waktu Kursus :
Sabtu : 2.30 ptg - 6.30 ptg
Ahad : 9 pg - 6 ptg

8. PUSAT KURSUS PRA-PERKAHWINAN DI MALURI, CHERAS, KUALA LUMPUR
Masjid As-Shafee,
Taman Maluri,
55100 Kuala Lumpur.
(Berhampiran Baitumal)

Kursus diadakan Setiap Sabtu dan Ahad

Waktu Kursus :
Sabtu : 10.00 pg - 6.30 ptg
Ahad : 9 pg - 1tghari

 9. PUSAT KURSUS PRA-PERKAHWINAN DI ALAM DAMAI, CHERAS, KUALA LUMPUR
46-1 Jalan Alam Damai 1,
Damai 23, Alam Damai, Cheras,
56000 Kuala Lumpur.
(Berhampiran Plaza Phoenix @ Giant Taman Connaught)


Kursus diadakan Setiap Sabtu dan Ahad

Waktu Kursus :
Sabtu : 2.30 ptg - 6.30 ptg
Ahad : 9 pg - 6 ptg
10. PUSAT KURSUS PERKAHWINAN PADA HARI BEKERJA DI SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR (RABU-KHAMIS)
Wisma Prima Peninsular,
Jalan Setiawangsa 11,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur.
(Hadapan Giant Setiawangsa, sederat Maybank / BSN Setiawangsa, 7 Minit dari LRT Setiawangsa)
Kursus diadakan Rabu dan Khamis

Waktu Kursus :
Sabtu : 10.00 pg - 7.00 ptg
Ahad : 9 pg - 1tghari

11. PUSAT KURSUS PRA-PERKAHWINAN PKPI DI BANGUNAN MEDAN MARA , KUALA LUMPUR

Medan Mara
Tingkat 2
50350 Kuala Lumpur.
(BERHAMPRAN SOGO, SEBELAH PERTAMA KOMPLEKS, BANGUNAN BERWARNA BIRU)
Kursus diadakan Setiap Sabtu dan Ahad

Waktu Kursus :
Sabtu : 2.00 ptg - 6.30 ptg
Ahad : 9 pg - 6 ptg

12. PUSAT KURSUS PERKAHWINAN MFD JANNAH, DANAU KOTA, SETAPAK
Di Danau Kota, Setapak. bersebelahan pusat membeli belah Festival City
Kursus diadakan Setiap Sabtu dan Ahad

Waktu Kursus :
Sabtu : 2.30 ptg - 6.30 ptg
Ahad : 9 pg - 6 ptg
http://kursus-kahwin-danaukota-setapak.blogspot.com

13. Pusat Kursus Perkahwinan Nur Hikmah
Masjid Bukit Aman, Bukit Aman, Jalan Cenderasari
50480, Kuala Lumpur
Kursus diadakan Setiap Sabtu dan Ahad

Waktu Kursus :
Sabtu : 2.30 ptg - 6.30 ptg
Ahad : 9 pg - 6 ptg
http://kursus-kahwin-masjid-bukitaman.blogspot.com

14.Pusat Kursus: A. Hasni Consultant
Pusat Belia Antarabangsa (International Youth Centre), Bandar Tun Razak. 56000. Cheras, Kuala Lumpur.
(Berhampiran HUKM dan Stadium Bola Sepak Cheras)
Kursus diadakan Setiap Sabtu dan Ahad

Waktu Kursus :
Sabtu : 2.30 ptg - 6.30 ptg
Ahad : 9 pg - 6 ptg

Sumber : SINI.


p.s : siapa belum buat kursus kahwin tu jom kita buat sama sama. Baru best ada geng. :P


xoxo


Angin sepoi sepoi bahasa Pantai Jeram.

Assalamualaikum & Hello.

Now aku nak share gambar angin sepoi sepoi bahasa dekat Pantai Jeram pulak.


Both of my parents , :)
Proud to be their daughter. Hikss.
Actually one and only daughter hocaay.


Uncle J and his family. From left : Uncle J , Aunty Sal , Jeccy , Farah.
Budak kecik yang kena dukung tu dulu kata nama dia Jeccy and now Jemin. Blergggh.




Kakak Zara will always be my faveret niece after all.
Kemain seronok Kakak Zara posing posing atas batu tu. Nampak gaya macam suka laut je budak ni.
Tahun ni Zara masuk 4 tahun , now dia dah pandai main main sebab dah pergi skullah katakannnn.
Siap masuk swimming class lagi tau sekarang. Bolehla ajar Yaa berenang lepas ni eh kakak. ^_^v


My only siblings , dua dua lelakilah semestinya since aku sorang je anak perempuan. :P
Dan for sure akulah paling pendek antara dorang , ermmm. Takdelah pendek sangat kannn ??
Yang menyebok dan menumpang gambar aku kat belakang tu ialah kezen aku.


Jutaan terima kasih dekat adik bongsu aku sebab buat rupa aku kelihatan amat hodoh sekali.
Inilah akibatnya bila suruh orang malas layan snapkan gambar. Pfftttt.


Negaraku tanah tumpahnya darahku. HARHARHAR.
Semua diarahkan diri tegak , hamekkk nakkk. Inilah jadinyaaa. :D

 

Nampak dressku ? Menggerbang gerbang serata alam.
Menunjukkan yang angin sangat sepoi sepoi bahasa uollss.





Last but not least , gambar dengan orang tersayang. ECECEHHH BODEK KUAT. :P
Gambar last tu nampak dia tinggi kan ?? Takpe takpe kasi can dia diri atas batu.
Sekali sekala nak perasan jadi tinggi kannn. Takpe takpe takpeeee. <3


Sekian sahaja lintas langsung daripada Jeram , Selangor. :D
Next entry aku nak review kedai makan lagi. Apeeee makan lagiii !!
Thanks for your time , love ya people.


p.s : sejak bila dekat Lake Garden KL ada rusa ??


xoxo


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah