Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Saturday, March 30, 2013

Bila aku biarkan diri dibuli , Gggrrr !!

Assalamualaikum & Hello.

Selasa haritu selepas waktu pejabat *woi gila bahasa buku!!* , aku tetiba terasa macam nak buat therapy monthly.
Therapy apa lagi kalau bukan shoppiiingggg , hikhikhik. Terus laju je tanya Rein dia free ke tak on that day.
Katanya boleh jugaklah nak teman pergi jalan jalan. Padahal dia wallet pon tinggal kat rumah.
Gila pendatang asing tanpa izin dia haritu , HARHARHAR. *tak memasal je kena belanja gemok tu makan. :P*
So , berjumpalah ktorg dekat LRT Hang Tuah memandangkan ktorg ni public transportation user.
Daripada LRT Hang Tuah tu gigihla berjalan sampai Times Square (TS). Gigihla jalan , nak kuruskann !!

Masuk masuk je TS, terus pergi information counter. *bukan sebab sesat okay , jangan memandai. haippp*
Suruh budak information counter tu call abang angkat aku sebab nak pinjam kad food court dia. Mihmihmih.
Kalau pakai kad food court dia , boleh dapat diskaunnnn. Almaklum staff Berjaya. Wakakaka.
Tapi konon nak jimat punya pasal , last last dia ketuk aku suruh belanja makan. Redho ! Y____Y




Yeeee dia nilah yang pendatang asing tanpa izin tu , BAHAHAHAHA.
Tak pasal pasal kene menyamar jadi maid aku , tolong angkat angkat plastik shopping aku. :P
Kalau tak aku report dekat Imigresen , hiksss. Tau takutttt. ^_^


Yang cuba menyorokkan badan kerana lemak tepu berlebihan tu abang angkat aku.
Yang berdiri muka macam Bangla jual karpet tu pon abang angkat aku.
But aku lagi close dengan yang lemak tepu tu. *kalau ko baca entry ni abang , sila jangan potong duit raya aku. Hahaha*
Yang paling penting malam ni aku yang paling teruk ke ragging. Hurmmm.
Tulah nak sangat pinjam kad diskaun kannnn , hamek hamek hamekkkk kauuuu.

Lepas makan , aku dengan Rein pon sambung aktiviti asal ktorg. Iaitu teman aku shopping. Wakakaka.
Hasil yang aku berjaya dapatkan masa ni - 1 skirt , 1 inner , 1 kimono cardigan , 1 blouse. Pffft.
Kopak.......kopak dannnnn kopak lagi. Hihihihi. Itulah aktiviti hujung bulan kannn~
Kalau buat tengah bulan nanti orang kata sugar daddy sponsor plak , ahaksss !! :P
Nak tengok apa rupa barang barang yang aku shopping tu , boleh klik SINI.
Thanks for your time , love ya people.


p.s : harini kena kerja , kalah bangla. bangla pon cuti weh Sabtu ! HARHARHAR.


xoxo

Friday, March 29, 2013

Spek mata baru , fuiyoo bau kedai. :P

Assalamualaikum & Hello.

Semalam balik kerja terus ajak Wan pergi Sg Wang sebab nak buat spek , hiksss.
Orang tak menyempat memang macam ni. Trolololo. Mekasih bie sebab teman. ^_^


Ni outfit untuk semalam , semua boleh didapati dekat Times Square KL ye.
Antara korang rajin keluar masuk kedai ke tak je. Usaha Tangga Kejayaan ye adik adik.
Dah terasa macam aiskrim paddle pop pulak bila tengok diri sendiri. HARHARHAR.


Kalaulah ada spek jenis ni dorang jual , aku dah beli dah 7. Tiap tiap ari kaler lain.
Style kot. Tak style ke ? Habes mata semua tah ke mana. Mihmihmih.
Aku buat spek dekat Optical Arts - Lot LG103 Lower Ground Floor Sg Wang Plaza.
Services are nice , sebab amoi tu sangat ramah. Banyak mulut. Spek pon siap hari yang sama.
Tu yang nak jugak buat dekat Sg Wang , sebab boleh siap dalam 1/2 jam jeeee. Pewwittt !
Sebab kalau kedai optical yang ada nama sikit ni , macam makan hari jugak baru nak siap. Pftftt !


Itu diaaaa spek mata baru kita , hip hip hooray. Hiksss. Ai is suka okay.
Rasa nak shapel shapel dah ni , rasa taknak cabut spek dah. Nak pakai je doplohpatjam. :P
Biasalah awal awal , nanti 2 3 minggu tanyalah "spek mana?" jawabnya "ada kat rumah".
Yeah rumah iollss memang rabun jauh macam iollss. HARHARHAR.
By the way orang kedai tu cakap rabun aku dah turun , argh satu kelegaan hoccay.
Tapiiii........muncul pulak masalah baru which is SILAU. Yeah ! Itu madness. Sobsobsobs.

Total harga spek mata baru aku ni : RM 99 (Frame) + RM 120 (Lens) = RM 219.

YEAHHH ! KOPAKKK !! PERGI PHUKET BAWAK BAJU & BADAN JE. :P
Thanks for your time. Love ya people.


p.s : fuhhh ! cepat cepat taip sebelum boss masuk office , hihihihi. ^_^v



Thursday, March 28, 2013

Cik Dabel N will be totally busy , sorry guys.

Assalamualaikum & Hello.

Hurmm , ampun maaf dipinta terlebih dahulu ye semua.
Sebab lepas ni diri ini akan semakin bizi , zibi menggila.
Semua sebab sorang colleague dekat department aku nak berhenti.
So , maka dengan itu segala tanggungjawabnya menjadi tanggungjawab aku.
So , faham fahamlah. Sekarang ni tinggal aku dengan manager je. Blergh !
Dah nama manager , apa sangatlah dia nak buat pon.
Kuli macam aku nilah yang kena berusaha keras. Sobsobsobs.
Lagi pulak kerja dengan travel agency , bahagian database. It won't be easy as u think it is. :)
So , sekian sahaja untuk sekarang. Hope korang still lagi sudi menunggu entry daripada aku.
Thanks for your time , love ya people. Will miss you all !! T_______T



p.s : nak buat spek mata baru , yeay !



Wednesday, March 27, 2013

Wordless Wednesday : Touch me , if you dare to do so. :)

Assalamualaikum & Hello.


~ I am who I am , I don't need to changed myself just to pleased you.
~ I don't create scene that didn't happen just to seek higher rating from the audience.
~ If you wish to have a fight with me , please make sure it is worth it.

p.s : you are just a bitch , forever and ever. Don't changed it. Suits you much. :)


xoxo


Tuesday, March 26, 2013

Family Day Out : Setia City Mall.

Assalamualaikum & Hello.

Ahad haritu , lepas je balik daripada wedding anak kawan ayah dekat Section 18 Shah Alam.
Ktorg satu family pergi jalan jalan dekat Setia City Mall. "Saja nak tengok tempat baru"  bak kata mama.
Padahal sebelum ni aku dah pernah pergi dah sana dengan Wan , hiksss. :P


On the way to Setia City Mall , weeee !!
Peplum Kuning/Tudung Biru/Skirt Biru telah dipilih untuk hari tersebut.
Sekarang rasa selesa pulak panjangkan sikit labuh tudung sampai tutup dada. :)


Fossil , phew ! Naseb baik belum gaji lagi masa ni.
Kalau tak wajib mama suruh masuk and belikan jam untuk hantaran. Kemainn !
Kopak rabak iolls kalau beli jam Fossil ni weh , makan pasir jelah lepas tu. :P





Mama's favourite shop , blerghh ! Charles & Keith.
Aku pon ada berkenan dengan satu beg dalam CK ni. Erghh.
Kuatkan semangat Nadia. You can do it. Hikhikhik. *ini semua sebab control bajet , hukhukhuk*


H&M pulak selepas itu , haaa tengok adik aku yang sekor ni berangan. Meriah kann !
Suruh aku snap gambar. Dengan selipar selipar sekali aku snap.
Cantik selipar kau Qal. Bravo bravo. HARHARHAR.





"Ada aku beli jugak topi panda ni untuk Wan" detik hati kecilku. Mihmihmih.
Mau berhabuk saja je kalau aku beli untuk dia. Comel what Panda !! ^_^


Ha amekkk , macam macam kaler ada. Oren/Kuning/Biru/Hitam. Cukup ! Hikhikhik.
Tapi kerusi dia bessstttttt. Rasa macam nak carry bawak balik rumah satu. :P


Mama memang suka sebok , suka sangat nak enterframe gambar iollss.
Takpe takpe , kita kasi chance. Hamekkk masuk blog terus. Suka lettuwww.



Last shop of the day , Adidas. Nak buat macam mana adik bongsu aku tu kaki bola.
Sebok nak tengok kasut bola , kasut futsal. Segala kasutlah dia tengok.
Padahal sehari sebelum dah beli Sala. Gedik gilaaaa !!
Adakah ini juga bunga bunga nak kasi kasut futsal sebagai hantaran ?? Tssskkkk. Y_____Y
Thanks for your time , love ya people.


p.s : harini serba pink sampai air pon aku minum air pink guava , miahahahaha.
p.s.s : harini jugak mimpi Wan tigakan aku. APA !! Nak kena tumbuk ke ???


xoxo



Monday, March 25, 2013

Company Trip : Outfit.

Assalamualaikum & Hello.

Aku akan terbang ke Phuket untuk company trip by 20 April 2013.
And guess what , aku tak tahu nak pakai baju apa weh.
Tema Under The Sea telah dipilih daripada awal meeting haritu lagi. Huhu.
Aku sebagai committee takkanlah tak nak ikut tema kan. Tapiiii apa benda yang aku boleh pakai ??
Takkan tetiba nak pakai 2 piece tapi pakai tudung , kau nak kene petir !! HARHARHAR.

First idea yang come out daripada kepala aku , DRESS. 





Okay baru perasan semua dress aku pilih semua kaler baby blue , hikhikhik.
Since related dengan air laut kannn , so ameklah baby blue. Biru biru hijau sikit. Hamboii.

Second thought aku ialah PARIO/PAREO.





Sumber : Google

Amacam ? Okay jugak kan ? Tapi takdela pakai off shoulder cenggitu !!
Maybe pakai with shirt then pario tu ikat buat kain je , pheww.
Takde idea weh. Ni 2 je idea yang aku ada. How how howwww.
*kalau tak ikut theme nanti ada yang kene bogel pulak , fuhh serba salah niiii*

Apa pendapat korang ?? Ke nak beli dress yang biasa biasa yang ada printed bunga bunga tu ??
Balik ni nak jalan jalan Sg Wang nak tengok apa yang menarik hati. Hiksss. :P
Thanks for your time , love ya people.


p.s : ada yang suruh pakai costume spongebob , aku bunuh korang kang taulah !
p.s.s : ke nak jadi mermaid ? betterlah sikit daripada spongebob mahupun patrick kan ?? ^_^


xoxo


Azrul & Fatimah Wedding

Assalamualaikum & Hello.

Fuhh , fuhh , fuhhhh agak berhabuk sudah blog ni. Hiksss. Sorry busy weekend yaww. :P
Sabtu hari tu seawal pukul 11 lagi Wan dah pickup dekat rumah untuk attend wedding colleague dia.
Wedding dekat Dengkil je pon , sejengkal daripada Putrajaya tapi nak kena amek iolls dekat Cheras.
Maka jadinya kenalah keluar awal , 2 kali kerja kan ?? Mihmihmih naseblahhh. :D


Theme for the day : Grey & Black.
Masa ni aku tak tahu pon yang baju aku ni sama theme dengan pengantin. Sobsobsob.




Lawa kan pelamin dia , aku sukaaaaa. Sebab simple je. Not to heavy. Setuju ?
Bunga hiasan dia yang kaler pastel ni pon aku suka , hikhikhik. Sweet sweet je kaler.



Hantaran hantaran , 7 balas 9 kalau tak silap aku.
Aku snap je , kiranya tak. Miahahaha.


Wan's colleagues. Haaaa semua badan besor besor kannn ? Dia sorang je yang halusss kat situ.
Silap haribulan , makin lama kerja situ makin besor badan. Omaiiii. SERAM okay !! ^_^v



Jyeahhh , rombongan lelaki yang sepatutnya sampai pukul 2.
Tapi pukul 2 pon tak sampai sampai lagi , menitik nitik peluh turun ke bumi hoccay. :P



Kannn udah aku bilang , bajunya sama grey !! Hahahaha. Sabar jela.
Naseb tak konfius mana satu pengantin mana satu tetamu. HARHARHAR.




To Azrul & Fatimah , Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal sampai Jannah.
Cepat cepat buat anak , tak sabar nak ada anak buah. Muahahahahahaha.

As usual soalan lazim bila pergi kenduri kawen "Korang bila lagi ?".
Hakelah , korang tak boleh tukar soalan lain ke. Aku dah hafallah format soalan ni. Tumbuk kang !
Thanks for your time , love ya people.


p.s : e-day , perghhh ! banyaknya nak kena pikir weh.
p.s.s : dah ada 2 orang nak sponsor barang hantaran , waaaahhh. ^_^

xoxo
  

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah