Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Saturday, June 29, 2013

Food Review : Nasi Ayam Chee Meng , Bukit Bintang

Assalamualaikum & Hello.

Semalam lepas shoot beli usb cable dekat Low Yat terus ajak budak budak tu makan. Makan dekat mana lagi kalau bukan Nasi Ayam Chee Meng Bukit Bintang. Masuk masuk kedai je dah jem sebab terlampau pack dengan manusia. Sampai table pon takde yang kosonglah , kenalah tunggu kejap. Kejap ke ? Hurmmm. Sampai orang lain habes makan and ktorg take over seat. Lama tak. Haaa.



Yang first time dengar pasal kedai ni mesti tanya 'HALAL ke ?' sebab nama kedai nama cina. Kau gila aku nak makan tempat haram ? Hahahaa. Of courselah HALAL.




You see you see , betapa padatnya manusia dalam kedai ni. Tapi nak buat macam mana , sedap punya pasal. Lambat pon takde hal. Ngeee.

Dekat Chee Meng ni dorang ada Roasted Chicken & Steamed Chicken. Yang paling specialnya dekat sini korang boleh pilih Normal/Drumstick or Boneless set. Harga untuk normal set : RM9 meanwhile drumstick/boneless : RM 9.50.


Sebelum makan kita posing dulu satu round. Kemainnn ! Gembira betul muka budak budak ni tengok makanan sampai , lapar yehhhh. :P


Yang sorang ni langsung 'biarlah gambar buruk , janji aku dapat garpu'. Harharhar. Lantak.


Kerabu Mangga dia highly recommended. Masam masam manis. Sangat sedap. Dengan ikan bilis dia yang garing tu , perghhh ! Memang layan sebab tu ktorg amek set besar. Kerabu mangga set besar : RM18 , set kecil : RM9.


Ini dia Nasi Ayam Chee Meng. Nasi ayam ni dihidangkan dengan sup kacang dan sambal. Kalau korang nak tambah sup kacang tu boleh juga , harga dikenakan hanya RM 1. Sambal dia tu pulak korang boleh telan ikut suka hati. Takde charges. Tapi kepada yang tak berapa boleh makan pedas sila jangan tuang banyak banyak terus. Sebabnya sambal dia sangat pedas , ktorg makan semalam sampai juih juih bibir. Hikssss.




Nasi Ayam Chee Meng Bukit Bintang 

50 Jalan Bukit Bintang  
55100 Kuala Lumpur (berhadapan Bank Islam).
03-7982 1348


Kalau korang dari Lowyat , korang keluar ikut entrance yang ada Big Apple tu. Korang jalan je terus , nampak traffic light orang nak lintas jalan. Terus nampak Chee Meng. Selamat mencuba !!

Thanks for your time , love ya people.


p.s : terasa nak ratah ayam tu dengan sambal cili tu jeeee , nyum nyummm !


xoxo

Friday, June 28, 2013

Food Review : Flaming Steamboat , Platinum Walk Danau Kota

Assalamualaikum & Hello.

Untuk iftar semalam , aku dengan Wan memilih Flaming Steamboat.
Mengidam lama dah weh. So , after work semalam terus shoot pergi Danau.
Naseb jalan tak jem. Heeee. Kalau jem alamatnye berbuka dalam kereta la haaaa.


Ktorg book sebenarnya pukul 8 malam tapi sebab dah sampai awal , duduk jelah terus.
While waiting masa untuk azan Maghrib sempatlah jugak aku usha apa yang ada.

Antaranya adalah seperti kat bawah ni , korang scrolllah ye. ^_^


Masa ktorg sampai ni baru nak masuk pukul 7 , tak ramai orang langsung.
Ingatkan memang tak ramai sampai sudah so that boleh melahap lebih.
Tapi around lepas maghrib tu dah makin ramai. Hari biasa pon ramai. Weekend apatah lagi.
Maka dengan itu sebelum pergi tu baik buat tempahan , takdelah nanti terpinga pinga.




Antara seafoods yang ada. Ada ketam/udang/lala/kupang/sotong dan sebagainya.
Tapi yang paling laris ialah ketam. Almaklumlah ketam kan mahal.
Barulah rasa berbaloi dengan bayaran yang dibuatkan ?



Ini pulak bahan bahan steamboat. Macam biasalah bebola ikan/isi ketam dan sebagainya.
Angry bird dengan finding nemo pon ada ok. Kurlasss tauuu.


Tak lupa juga kat sini pon ada sediakan sayur sayuran. Macam macam jenis ada.
Korang pilihla mana nak. Lepas tu campak je dalam periuk steamboat korang tu. Senang.


3 jenis air disediakan , air sirap/air oren/air kosong. Ais pon disediakan bersama.
Besides of air , ada jugak cendol. Tapi aku tak snap. Malas. Hahaha.


Varieties of sauce. Pilihlah mana yang sesuai dekat tekak korang.
Kalau aku selalunya mesti ambil sos manis and sos cili thai tu. Sedap !



Ada chocolate fondue/marshmallow dan tak lupa jugak aiskrim.
Sempat ambil gambar kon aiskrim je sebab ramai orang bersesak kat peti ais krim tu. Pffftt.


Segala mak bapak mee/mihun/maggi pon ada. Tapi aku tak ambil. Sebab takut kenyang. :P
Telur puyuh pon ada weh , comel je. Rasa macam nak ambil letak dalam handbag je. Hikss.


Buah buahan , ada longan/tembikai/nenas dan laici. Serbuk asam pon disediakan.


Dim Sum & Pau Mini. Dah sebok makan akhirnya aku lupa nak try dim sum dia. Sedih !
Rasa macam nak hentak hentak kaki pulak , macam mana boleh lupa tah. Y_____Y


Inilah dia rupa pinggan pertama kami , segala benda ada dalam 3 pinggan ni.
Bercampur campur. Seronokk ! Makan memanglah seronok kannn. ^_^
Harga untuk seorang dewasa ialah : RM 28.5++ , belum include tax.
Kepada yang nak datang ke Flaming Stemboat Setapak , bolehlah refer alamat di  bawah.

No. 66-0 & 68-0,
Platinum Walk,
No2, Jalan Langkawi,
Danau Kota,
53300 Setapak,
Kuala Lumpur. (Belakang EON Bank / Old Town White Coffee)

Waktu Operasi : 5 petang hingga 12 tengah malam setiap hari.

Untuk tempahan : 03-4142 3144/017-7077 300

GPS Location : 3.206815, 101.718995

Thanks for your time , love ya people.


p.s : padi house putrajaya is in my next wish list. ngeeee.


xoxo


Wednesday, June 26, 2013

Wordless Wednesday : Attitude.

Assalamualaikum & Hello.



source : google

Want me to be nice with you ? Please be nice to me and I will be more nicer to you.
My attitude will be based on how you treat me , choose it wisely.


p.s : cina laknat ni pagi pagi lagi dah buat mood aku spoil , pffftttt !!!


xoxo


Eka + Ezam Wedding - Salak Tinggi , Sepang.

Assalamualaikum & Hello.

Semalam telah berlangsungnya perkahwinan di antara Eka & Ezam. Congrats.
Eka ni adalah adik kepada kawan aku , makcik Rina Ellisa tu. Hikssss.
Adik yang kawen dulu daripada kakak , haaa camne tu. Langkah bendul.
Tapi takpe , turn makcik tu pon next year je. Heee. Eksaited.



Masa ni ktorg stop dekat Kota Warisan , nak tunggu kawan kawan Wan.
Nak tunggu dorang tu takyah citelah lama dia camne. Janji lelaki melayulah katekannn.
Tu yang duk camwhore 3 ketul dalam kereta , yang belakang tu adik Wan.
Sebok je nak ikut , katanya bosan duduk rumah. Wakakaka. Sian ! Y_____Y


Ktorg sampai pon ngam ngam dengan rombongan pengantin lelaki. Phewww.
Takdelah lambat sangat. Kupikirkan dah lambat sebab masa tu dah pukul 2 weh. Huhuhu.


Ni Adib , adik si Rina yang bawah Eka ni. Kepoh suruh aku tangkap gambar dia.
Dahlah peluh peluh , sabar jelah aku budak sorang ni. Naseb hensem. Errkk ! Hahaha.
By the way Adiblah yang jadi wali untuk nikahkan Eka masa akad nikah. Tabik ! ^^


Dan ini Eka , jyeah ! Orang yang diraikan. Nampak maturedkan daripada ktorg ? :P
Tapi Eka sangat cantik okay semalam , geram aku ! Dahla putih. Pffttt. Jeles.


Ni masa makan beradab , pengantin tak sempat makan lagi ktorg snap dulu.
Sebab nak balik , so kita kasi snap dulu 1 round. Ngeeee. Comel betul dua dua.


Dengan Mak , hiksss. Mak duk bizi pon aku sempat culik mak sat.
Nak amek restu dengan mak pengantin plak , wakakaka.



Last but not least , dengan makcik Rina. Fuhh ! Jenuh tunggu dia ni.
Duk ligat ke sana ke sini , nak pinjam tangkap gambar pon susah.
Btw kita rindu awak makcik ! Waaaaa. Tak puas jumpa kejap semalam. Hukhukhuk.

FYI , tak pernah pernah aku pakai selendang gaya camni weh.
Ni semua angkara adik Wan dengan mama dia. Ado jolah kojonyooo. Gggrrr.
Tu yang senget tah mana mana pergi dia , takpe nanti boleh try lagi. Ngeeee.

Untuk Eka & Ezam , selamat pengantin baru. Semoga kekal sampai Jannah.
Cepat cepat bagi ktorg anak buah , miahahahaha. :P


p.s : korang semua dah ganti puasa ?


xoxo


Tuesday, June 25, 2013

Lirik Lagu : Wali Band - Aku Sakit.

Assalamualaikum & Hello.

Aku sakit
Bila menatap matamu
Sadarku bahwa engkau bukan milikku

Aku sakit
Bila ku mengagumimu
Sadarku kau tak pernah mengagumi ku

Bangunkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salah ku paksa kau tuk mengagumi ku

Kau tak tau perasaan ku
Dan ku tak mau kau tau

Aku sakit
Jika kau tau hatiku
Karna diriku tak berarti bagimu

Aku sakit
Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin sungguh tidak mungkin



p.s : semua salah adik Wan sebab pasang lagu ni banyak kali , tengok dah jangkit !


xoxo


B2B : Idea untuk door gifts (Part 2).

Assalamualaikum & Hello.

Haritu aku pernah buat satu entry idea untuk door gifts part 1 , now sambung part 2. Hiksss.
Kenapa ada sambungan part 2 ? Sebab aku dah jadi rambang mata. Harharhar.
Aku dah jadi tak tau nak bagi apa pulak dekat guests. Y______Y

1. Marshmallow




At first bincang bincang dengan mama , nak bagi marshmallow.
Nampak macam cute je kan , sebab marshmallow ni kan gebu gebu. Hihihi.
Tapi bila dipikir balik , aku tak rasa semua orang suka marshmallow.
Sebab aku sendiri pon tak berapa suka , makan satu dua boleh. Lebih je terus rasa muak.

2. Biskut Pusat/Biskut Icing (aku panggil biskut cina sembahyang , miahaha).




Mesti semua orang pernah nampak and pernah makan biskut ni kan ?
Aku panggil biskut cina sembahyang sebab selalu nampak kat tokong cina dalam office ni.
Mama kata kalau bagi biskut ni okay , sebab semua orang makan and murah.
Murah bukan bermaksud aku kedekut , tapi jimat cermat itu perlu ok. Hiksss.

3. Kismis




Idea ni datang masa BW blog Saila pagi tadi , serious macam menarik. Ngeee.
Since aku suka makan kismis , so aku rasa seronok kalau bagi kismis dekat orang.
Sebab kismis dah tentu tentu berkhasiat , semua orang pon suka makan. Tak kira usia. Betul ?
Tapi tulah dia , aku google kejap tadi. Jumbo Golden Raisins tu paling paling pon RM30/KG.
Bape banyak KG yang aku nak kena pakai untuk 200 jar ? Ohmaigod ! Pitam. Y_____Y

Korang kat luar sana ada idea lain ? Kalau ada tinggalkanlah komen.
Manalah tahu aku boleh guna pakai idea korang tu. Korang jugak dapat nama. Hihihihi.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : 158 days to go , tolak raya tolak puasa ? ohhhh. masak ! phewwww.


xoxo


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah