Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, August 30, 2013

Food Review : Birthday dinner , Padi House Putrajaya.

Assalamualaikum & Hello.

Semalam lepas balik kerja terus gerak pergi ERL Bandar Tasik Selatan sebab nak pergi Putrajaya. Nak jumpa birthday boy. Dia tak tau yang aku nak celebrate birthday dia. Dia ingat aku just nak jumpa dia sebab kononnya aku stress gila babas dengan HOD aku. And dia ingat aku nak pergi makan makan biasa je. Hello !! Tak birthdayla kan kalau takde cake. Even 1 slice pon , kenalah ada juga keeennn. ^_^

Ada ke patut dia cakap dengan aku dia nak makan spaghetti dekat Ramal Junction. Oh no no no no. Mana nak datang kek pula kalau makan dekat situ. Aigooo. Aku pun , lelaju cakap Padi House la. Sebab aku tau kat situ ada kek , dah usha awal awal dah. Kihkihkih. Sampai sampai je masa waiter tu bagi menu aku da tengok menu kek dulu. Tulis senyap senyap dekat order form tu. Lepas tu baru konon konon tengok nak makan apa.

The best part is bila aku lupa nak tulis dekat remarks untuk hantar kek lepas makan. Wakakaka. Wan pula masa tu duk musykil apa yang aku order. Sebok nak tengok dekat kertas order tu. Haizzzz. Mana mungkin aku nak bagi kan. Kantoilah nanti yang aku order a slice of cake. Pheeww ! Dalam nak buat dia lupa pasal kertas order tu , aku ajaklah snap snap gambar. Aleh alehhhhh !! KEK SAMPAIIII !!! WHATTTT ! Hahaha. Tak surprise dahhh. :P


Original Cheese Cake : RM 6.50.

Sebenarnya kannn , dah sedap main suap suap baru teringat nak snap gambar. Sebab tulah kek tu ada sedikit roboh di hujung. Mihmihmih.




Seafood Pasta with Marinara Sauce - RM 16.90.
Honeydew Juice - RM 5.50.
Grilled Chicken with Cafe De Paris - RM 15.90.
Green Apple Juice - RM 5.50. 

About the taste , dalam previous entry aku dah cakap yang aku akan datang lagi. So ?? Janganlah tanya. Mestilah sedap. Affordable. So siapa siapa yang ada dalam Putrajaya tu , bolehlah bawa orang tersayang cuba foods dekat sini. 


Bie , happy birthday. Sorry tak dapat nak bawa makan dekat tempat best best. Takde sebijik kek , yang ada 1 slice je. Muahaha. Sorry takde hadiah yang power power. Ada DIY birthday kad je yang boleh diberi. Huhuhu. Nantilah ada rezeki lebih , kite pergi tempat best sikit eh. Ai is tengah berbudget ni. Sila faham. Terima kasih. Hihihihi.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : mama aku kata nak masakkan Wan spaghetti ? Erkk ! Kenapa aku tak tau pape ???


xoxo


Thursday, August 29, 2013

Happy Birthday Soulmate , ^_^

Assalamualaikum & Hello.

Peringatan : Untuk buah hati kita je , kalau ada yang baca. Please jangan muntah. ^^

Its 29th August 2013 today and today is your birthday. Happy 24th birthday love !! May Allah bless you with joy and happiness. Semoga dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki dan dipercepatkan kahwin. Ehhh !! Hihihihi. Semoga jadi anak yang baik untuk Mama and Abah and a good future husben to me. Amboii. Jiwang. :P

Sayang takde hadiah nak bagi dekat bie , yang ada hanya DIY birthday card yang sayang dah bagi malam tadi. Nak pergi makan makan semua macam tak dapat je. Almaklumlah kegawatan ekonomi keeennnn. Kalau tak ? Cakap je nak pergi makan kat mana. Bie bawak , sayang bayar. Kihkihkih. Kalau sayang bawak , memang dekat parking lot tu jelah ceritanyaaaa. Takpela , kita potong kek same samelah eh bulan 11 nanti. Muahaha. Jimat hokeh.

InshaAllah this is your last birthday as my boifren , tahun depan dah jadi my fiance. Amin. Next next next year jadi my husben pulak. Acececeh !! Sayang takde apa sangat pon nak cakap. Just hope everything yang kita plan akan berjalan dengan lancar. Now bie dah 24 tahun , perhaps bie lebih matang dalam setiap tindakan yang bie nak buat. And do remember , sayang akan tetap ada dengan bie. In every ups and downs , turns and twists. I love you much.


Happy Birthday to You ,
Happy Birthday to You ,
Happy Birthday to Bie ,
Happy Birthday to You.


Thanks for your time , love ya people.

p.s : kau main kasar , aku pon boleh main kasar. don't expect me to sit and just watch. :)

xoxo


Monday, August 26, 2013

Future Family Day's Out

Assalamualaikum & Hello.

Sabtu malam haritu family belah mama buat makan makan dekat rumah kezen aku dekat Kajang. Ajaklah Wan sekali dah alang alang dekat je nak datang daripada Putrajaya. Malam tu Wan cakap esoknya Abah dia nak datang KL from JB. Sounds great , sebab dah lama tak jumpa Abah Wan. Alang alang boleh pow duit raya sekali kan. Muahahaha.

Tengahari semalam , ambil Abah Wan dekat Serdang sebab bas yang dia naik tu ada turunkan passenger dekat situ , alang alang tu Abah Wan turun dekat situ jela. Senang untuk Wan pickup. Ambil ambil je terus pergi Domino's beli pizza. Takkan pula beli orang kennn !! Bawa balik rumah Mama Wan dekat Precint 9. Lepak lepak makan makan borak borak sikit , tetiba Abah Wan hulur sampul duit raya kaler hijau. YEAYYY !! Dapat duit raya. Tapayah pow , Abah Wan sendiri yang bagi. Yang penting Wan tak dapat. Itu yang paling penting okeh. Lepas tu aku dengan Wan proceed pergi open house kejap. Kihkihkih. Memandangkan Abah Wan punya bas balik JB , malam tu juga. So , petang around 6 tu ktorg dah gerak daripada Putrajaya pergi TBS. 


My future family , inshaAllah. Konon konon macam dekat departure hall kat airport kannn. Padahal ??? TBS je kotttt !! Wakakaka. Kemain selamba berdiri tengah tengah alam lepas tu minta tolong sorang abang ni tangkapkan gambar. Lepas tu ktorg semua jadi perhatian orang ramai. Miahaha. Dah macam Bangla datang Malaysia dah masing masing. :P


Lepas hantar Abah Wan dekat TBS , ktorg proceed pergi I-City pula. Kakak Wan kata nak pergi Trick Art Museum. So , berkonvoilah ktorg 2 kereta pergi Shah Alam.


Datang Trick Art ni bukan sebab ktorg semua gian nak tangkap gambar pon. Tapi saja nak jadikan budak kecik nama Chacha ni sebagai mangsa buli. Muahahaha. Habes macam macam aksi budak cinonet ni buat. Kesian pon ada. Tapi sape suruh comel sangat. Kihkihkih.



Muka aku dah habes baik punya tahan gelak. Pose pun dah tak tentu hala dah aku tengok. Asal tengok muka Wan je aku nak bantai gelak , asal tengok je nak gelak. Ish ish ish. Camnelah nanti esok lusa nak tangkap gambar kawen. Fitammm !!







Nampak tak betapa Chacha enjoy those moments dalam Trick Art Museum. Walaupun muka cam cuak cuak takut takut. Naseb tak melalak okay. Steadylah Chacha !! ^_^v





Bukan Chacha je enjoy , semua orang pon enjoy. Kemain ! Hahaha. Tapi haritu aku masuk Trick Art ni dengan Wan , entrance fee RM 5 je. Sekarang ni dah jadi RM 10 per person. Nak kata ada update dengan trick yang baru , hurmmm. Takde pun. Hamboiii I-City , pantang laku sikit pun mau kasi up harga ke hoiii. Pfffttt.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : hari ni ada open office , kemain semangat pakai baju raya. :D


xoxo


Saturday, August 24, 2013

B2B : DIY Pelamin E-Day

Assalamualaikum & Hello.

Semalam saja saja taip cara potong mounting board , tetiba keluarlah beberapa link blog ni. Maybe sebab keywords aku tu menghala ke arah DIY. So , Google pun bagilah aku link link blog DIY. Tapi apa yang aku cari tu tak jumpa pon. Wakakaka. Sabar jela. Redho jela potong mounting board guna cutter. Y_____Y. Aku tak suka cutter !! Takut. Hiksss.

Memandangkan encik Google dah susah payah bagi aku link blog DIY tu , aku pon blogwalk satu blog ni. Yang paling atas. Tanpa ada niat tertentu. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii. Tiba tiba nak dijadikan cerita , aku nampak tajuk entry 'Pakej mini pelamin DIY basic MURAH, harga cuma RM 160 sahaja. Terus baca laju laju apa yang dia provide dalam pakej tu. Hurmm. Terus Whatsapp mama suruh baca blog tu and mama pon terus laju laju bagi persetujuan untuk book. Jyeah !! :P

Alhamdulillah slot untuk 30 November ada lagi. Cepat cepat book. Takkan nak lepaskan peluang keemasan kan ? Ni namanya rezeki orang nak bertunang. Aceceh !!!
Antara barang yang ada dalam pakej RM 160 adalah seperti berikut :

1. Platform 4" x 4" [harga asal RM 40/1 unit]
2. Kain bulu putih 4 meter 1 unit [harga asal RM 40/1 unit]
3. Bantal nikah [harga asal RM 50/1 unit]
4. Bunga pelamin kiri dan kanan 2 unit [harga asal RM 40/2 unit]
5. Spotlight 2 unit [harga asal RM 14/2 unit]
6. Kain backdrop [jersey] 4unit [harga asal RM 5/1 unit x 4unit : RM 20
7. Besi jet pelamin 1 unit [harga asal RM 80/1 unit]
8. Table lamp with crystal 2 unit [ harga asal RM 60/2 unit]

Harga sebenar RM 308 tapi memandangkan sekarang under promotion , jadilah RM 160 sahaja.

Nampak tak betapa jimat dekat situ ? Aku cuma perlu beli barang sikit sikit je lagi untuk siapkan pelamin. Yeay !! Kerja mudah. Seronok ! 50% deposit pon dah setel , tinggal nak bayar balance je masa pick up nanti.

Untuk maklumat lanjut boleh refer blog : Your DIY Project Supplies , FB : Your DIY Project Supplies.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : nak countdown pun tinggal 2 angka je , saspen. Hihihihi. ^_^


xoxo


Wednesday, August 21, 2013

Wordless Wednesday : WOW !

Assalamualaikum & Hello.



Photobooth props is in progress , WOW !


p.s : habeslah ink printer ofis ni , aku dah duk ulang alik print props. :P


xoxo


Monday, August 19, 2013

B2B : Photobooth Props

Assalamualaikum & Hello.

Sekarang ni bila pergi mana mana wedding ceremony or engagement celebration , mesti ada photo booth corner. Kemain bersepah sepah props yang dorang guna. Actually bukan untuk apa pon , just untuk bagi tetamu have fun. Aku pon suka sebenarnya main main dengan props tu. Ada misai , ada bibir , ada topi ada signs. Maka dengan itu , aku bercadang cadang nak buat untuk E-Day aku nanti. Hihihihi. Nak DIY je , nak beli props set tu macam malas. Ngeee !! :P






Nampak tak meriahnya props yang ada. Props untuk misai/topi/bibir dan segala tu aku pergi google je. Cari yang printable. Senang. Aku pon baru try buat sikit sikit props yang Speech Bubbles tu guna Adobe Photoshop. Gigih okay download Adobe Photoshop. Semua gara gara laptop kasi format lepas tu tak install Adobe Photoshop. Pfffttt !! Gigih juga aku cari Brushes untuk Adobe Photoshop aku yang ada speech bubbles. Huhu. Y_____Y. Dengan laptop lembab mengalahkan kura kura. Fuhh. Menduga. Tapi demi jimat duit , buatlah sendiri. Kihkihkih. Currently pon aku tengah draftkan invitation cards. Phewwww !!

Untuk bahagian printing tu , aku sanggup suruh sepupu aku dekat Kuantan yang print. Memandangkan dia keje kedai printing. Minta minta dia tak lupa print and pos dekat aku. Kalau tak aku hempuk dia dengan gayung. Wakakakaka. Invitation cards aku pula maybe aku minta mama print dekat office dia. JIMAT. ^_^

Updated. Kepada sesiapa yang nak photobooth props (props ni hanya untuk E-Day ye) ni boleh leave your comments down there. InshaAllah aku akan email dekat korang. Tapi please jangan berharap yang cantik cantik macam dalam gambar dekat atas , sebab aku buat sendiri. Huhu. And if ada antara korang yang minta copy photobooth props ni adalah blogger , bolehla tinggalkan link blog korang untuk aku BW. Nak juga tengok orang lain pakai photobooth props yang aku buat ni. Terima kasih atas kerjasama anda semuaaaa.

Updated 2. Korang since aku rasa macam banyak kali termiss out comment korang yang nak a copy of this photoprops. Mungkin boleh direct email aku ke nad301189@gmail.com dengan subject 'Nak Photoprops' , jangan pula letak subject 'Nak berkenalan boleh ?'. Hahaha. Pukul karang !. Sebab aku rasa macam dah selalu sangat je termiss out komen. Kesian korang. So , untuk memudahkan all of us. Email terus ya ! ^_^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : banyak benda tak setel lagi ni nadia hoii , ko boleh buat relax je kan. Y____Y.


xoxo


Friday, August 16, 2013

B2B : Engagement Invitation Card

Assalamualaikum & Hello.

Aku nak tanya pendapat korang korang semua ni. So feel free to leave comments ok. Aku nak tanye korang kalau aku buat engagement invitation card untuk e-day aku okay ke tak ? Actually aku takde pon planning nak buat kad , tapi semalam balik balik kerja tengok tengok kertas A4 kaler kaler aku ada banyak. Terus dapat ilham nak buat kad. Nak print black and white je. Okay tak ??


 







Source : Google

Ni antara design yang aku jumpa. Menarikkan ? Aku nak black and white je sebab later nak print guna kertas A4 kaler kaler. Amacam okay tak agak agak korang ?? ^_^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : 3 bulan 2 minggu je lagi , fuhh ! am i ready ??


xoxo


Thursday, August 15, 2013

4th & 6th Eid Mubarak with SBSian , 2013

Assalamualaikum & Hello.

Hari Raya Keempat

Kalau tak raya memang takkan berjumpalah aku dengan budak budak sekolah aku. Huhuhu. Nak buat macam mana , aku adalah manusia yang sentiasa penuh schedulenya. Huhuhu. Y______Y. Dan disebabkan rasa bersalah sebab tak jumpa jumpa dengan dorang. Akhirnya raya keempat haritu aku sempat singgah rumah member perempuan aku , Zera. Nak berayalah kononnya. Ingatkan dapatlah jumpa dengan budak budak lelaki sekali , aleh aleh dorang dah lenjan pergi karaoke. Pftttt !! Konon nak tunggu dorang balik karaoke , tapi jam masa tu pun dah nak masuk 11 malam. So , aku gerak balik. Dapat jumpa Zera sorang jela konklusinya.


Hari Raya Keenam

Nak dijadikan cerita ada sorang kawan lelaki aku ni baru je putus cinta. Maka dengan itu dia kata dia memerlukan bahu. I need a shoulder you. Kurlasss. Tu yang kecoh dia ajak tengok movie malam tu. Planning last minute dan mengejut macam ni biasanya memang takkan dapat sambutan sangat. So yang ada cuma Aku,Zera,Che Mie & Syahir. Konon nak tengok cerita The Conjuring , aleh aleh full. Aku dah cakap siang siang dah cerita tu full , masing masing taknak caye. Gigih nak pergi juga Times Square tu and tengok sendiri. Akhirnya ktorg tengok cerita Lemak Kampung Santan. Ala yang Neelofa dengan Hans Isaac tu. Huhu. Not bad. Ada juga since terkejut beruk. Siap mencarut dalam wayang. Muahahaha.


Tujuan asal bukanlah pasal nak tengok wayang semata mata tapi untuk hiburkan hati orang tengah frust tu. Yelah bercinta bagai nak rak , 4 tahun setia dengan perempuan tu. Aleh aleh. Alamak kena dump sudah. Aku yang dengar from A to Z ni pun naik angin. Orang yang kena tu ? Tak payah ceritalah kan. Aku tak salahkan yang perempuan tu je , aku salahkan dua dua. Sendiri mahu ingatlah ha. Tapi tulah bila dah namanya kawan , dah 10 tahun together. Bila dia sakit , aku pun jadi sakit sama. Nampak tak betapa sejatinya persahabatan ni. Acecehhhh. :P

Habes je wayang terus shoot pergi Cheras sebab nak makan Nasi Lemak. Doranglah terpengaruh dengan cerita Lemak Kampung Santan tu. Nak je aku tunjal kepala sorang sorang. Hohoho. Dah habes melantak , aku dengan Zera mulalah brainwash and try to calm down kawan aku yang frust tu. Ada ke patut tanya aku nak simpan ke nak delete gambar perempuan tu. YaAllah. Nak kata bodoh kang marah. Gggrrrr !!!  


Sambil makan sambil bercerita , bila nampak kawan aku tu macam bergenang genang air mata. Dengan aku aku pun nak jadi pelakon sinetron kat kedai makan tu. Bukan senang weh nak tengok lelaki frust sesangat camtu. Huhuhu. Takpela Syahir , lepas ni cari awek lain eh. Muahaha. Kawan aku tu siap cakap jari dia rasa kosong sebab takde cincin. Alolololo. Sedihhhh sangat kau niiii. Y____Y. Later kita semua buat friendship ring okayyyy. Kihkihkih. Apa pon hidup perlu diteruskan bro. Kejar cita cita kau tu dulu. Pergi beli sebijik superbike , lepas tu baru kau pikir nak cari awek ke tak ehhh. ^_^


Doktor love , itulah jawatan kami malam tu. Hihihi. Ktorg cakap pun based on experience. Sebab sebelum ni ktorg dua orang memang playgirl berjaya. Wakakaka. Teruk teruk , jangan tiru aksi ini jika anda di dalam relationship. :P

Apa pun aku nak korang semua tahu yang aku sayang korang semua. Walaupun nak jumpa aku tu teramat sangatlah susah padahal rumah masing masing dekat je pun. Bahahaha. Aku nak korang tau yang aku sentiasa ingat korang , perhaps korang pun ingat aku macam aku ingat korang. Hope kita semua akan kekal berhubungan baik macam ni. Last but not least , kepada Syahir - bunga bukan sekuntum. 

Thanks for your time , love ya people.


p.s : my bestfriend enemy is my enemy too , muahahaha.


Ikan Guppy/Gapi

Assalamualaikum & Hello.

Orang lain pergi beraya bila keluar rumah bawa sampul duit raya. Aku pula pergi beraya tapi bila keluar rumah bawa satu plastik ikan gapi. Muahaha. Nak buat macam mana. Faktor usia. Kihkihkih. Penat aku bodek kawan ayah bagi aku ikan gapi , ayah duk tak kasi aku ambil. Eleh , ayah takut dia buat ikan gapi aku mati lagilah tuuuuu. :P

Flashback !!

Dulu aku pergi beraya rumah kawan ayah yang ni la , dia bagi aku ikan gapi. Lepas tu balik rumah aku transferlah masuk akuarium plastik. Seronoklah ikan gapi tu berenang bebas. Tapi one day tu , ayah cakap nak letak filter air dekat dalam akuarium. Yang bestnya ayah bukan beli filter dekat kedai ikan tau. Dia kebas filter air untuk hiasan mama. Disebabkan hiasan tu dah jahanam , so takdelah nak pakai filter tu dah. Ayah pun mulalah jadi Mcgyver , godek sana godek sini. Tak sampai 15 minit filter tu dalam akuarium , habes semua ikan gapi aku kene sedut dengan water pump. Filter apokobondo namonyo. Habes mati semuanya. Hahahaha.

2013 !!


Inilah rupa ikan gapi yang aku dapat masa pergi beraya haritu. Balik rumah terus masukkan dalam balang kaca. Sebab akuarium takde. Campak jela dalam apa yang ada dulu. Dengan makanan ikan tak beli lagi masa ni. Kesian ikan ikan gapi aku kebuluran. Muahahaha.


Sebelum pergi Istana haritu , sempat singgah Pasar Pudu kejap. Misi utama nak beli makanan ikan je. Tapi bila tanya tokey tu harga akuarium. Alamak !!! Murah pula. Tu yang terbabas beli akuarium kecik ni untuk ikan ikan gapi aku. Seronoklah dorang berhari raya dalam rumah baru.

Akuarium : RM 25
Makanan : RM 4.50

Aku dapat diskaun RM 2 untuk akuarium. So total damaged ialah RM 27.50 untuk akuarium dan juga makanan ikan.


Ini pula rupa akuarium aku yang paling latest. Ngee !! Balik kerja semalam sempat singgah kedai ikan nearby rumah aku. Target nak beli batu warna warni tu je. Tapiiiii , again !! Terbeli dengan pokok kecik tu. Hihihihi. By the way , background tumbuhan hijau dekat belakang tu aku cabut. Sebab macam tak nampak pula ikan aku. Mihmihmih. Now akuarium aku dah clear , boleh nampak ikan daripada setiap sisi. Puas hati.

Batu warna warni : RM 4.50 sepeket
Pokok : RM 1.20

Tapi dapat diskaun , total damaged RM 5. Weee !!! Now akuarium dah cantik sikit. Hujung bulan ni target nak beli lampu akuarium dengan filter. Filter betul eh bukan water pump lagi dah. Muahahaha.

Actually ikan gapi ni cepat mati , jangka hayat dia tak lama sangat. So , minta mintalah ikan gapi aku sempat beranak pinak memenuhi akuarium. Kalau tak ? Aku sumbat kucing aku masuk dalam akuarium pula. Bahahaha. Aku letak akuarium ni dalam bilik sebab taknak bagi kucing aku kacau. Tapi lately ni rajin betul kucing kucing aku buat lawatan sambil belajar dalam bilik aku. Ehhhh ! Nak curi ikan kite lettuwww. Tak maluuuu !! :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : siapa dekat sini suka bela ikan ???


xoxo


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah