Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, September 30, 2013

Sunday at Hospital Ampang , Y_____Y

Assalamualaikum & Hello.

Last week lagi ayah ada cakap pasal dia nak kena admit dekat Hospital Ampang sebab nak buat CT Scan. So , yesterday is the day. Hari Ahad pukul 8 pagi ayah dah drive sendiri pergi hospital , sendiri serah diri. Muahahaha! Aku pukul 8 pagi tu pun belum jumpa matahari lagi , zzzzzzzzzzz. Ape pon tak bolehla kau ni Nadia oiii. :P


Sampai sampai je hospital , boleh salah wad okay. Mama boleh dengar ayah cakap Wad 6B. Padahal Wad 6D. Duduklah pusing keliling , mundar mandir dekat Wad 6B tapi tak nampak nampak ayah. Cari nama dekat board pon takde , last last dah fed up. Mama call ayah , ayah kata Wad 6D. Aku dah cakap dah salah , nak juga mundar mandir. Pffftttt. Habes kejelitaan ai orang tengok tengok , malu okeh. Harharhar.

Masa aku sampai , ayah kena interview dengan doktor pelatih sorang ni. Aku dengar jela kannn. Takkan nak suruh aku pula yang jawab. Hohohoho.

D : Pakcik ada alami bengkak bengkak ?
A : Kalau salah makan adalah , kalau tak salah makan takdelah bengkak.
D : Pakcik ada alami apa apa pendarahan ?
A : Tak ada.
D : Okaylah pakcik , nanti saya datang balik ambil sample darah.


Mula mula doktor datang nak ambil sample darah , lepas tu nurse pula datang masuk air. Aku dah jem da tengok doktor tu ambil darah. Tapi ayah duk heboh suruh aku ambil gambar dia kena ambil darah. Arghhh.

A : Kak ambillah gambar , hantar dekat dorang (dorang tu referring to Family Group dekat Whatsapp).
N : Alaaaa akak nak pitamlaaa tengok darah ni.
A : Ni masuk air pun hantar juga.
N : Yelah yelah , dah hantar dah.
A : Dorang ada cakap apa apa ??
N : Takde , line takde. Huhuhu (padahal dah malas nak bawa keluar masuk tab daripada handbag).

Apa pon , hopefully result CT Scan ayah okaylah. Aku tak suka pergi hospital. Aku tak suka bau ubat. Aku tak suka nampak ambulans bawa orang kepala berdarah darah. Aku stress nanti. Hahahaha. Sebab tu aku simpan niat nak jadi doktor tu dalam hati je. Muahahahaha! Ni CT Scan ayah yang kedua , before ni dah pernah buat dah dekat HTAA Kuantan. Minta minta semuanya dipermudahkan. Boring juga bila ayah takde kat rumah , takde orang nak memekak bila aku mandi lambat. Takde orang nak memekak bila masuk bilik aku yang bersepah macam reban tu. Takde orang rebut duduk dekat sofa depan tv tu. Bosan ok bosan. Huwaaaaa. Y_____Y

Thanks for your time , love ya people. 


p.s : dalam pada duduk hospital tu , tekak nak kaya je. minta ayam goreng mekdi okeh semalam. pffttt.


xoxo


Dosti.....Friendship.....Persahabatan, ^^

Assalamualaikum & Hello.

Mujhse Dosti Karoge , hamboiii speaking hindi satuuuu. Hikhikhik. Maksudnya will you be my friend ? , will you will youuu ??? Hurm. Kalau nak cerita pasal friendship ni , memang sampai besok lusa tulat takkan habis. Sedih ! Y_____Y


Macam aku , aku ada ramai kawan. Mahunya tak ramai , aku sekolah rendah sekolah lain. Sekolah menengah sempat merasa 1 tahun dekat sekolah lain , form 2 sekolah lain sampailah habes sekolah. Masuk UiTM buat kawan baru lagi. Semester break aku kerja temporary lagi , ada lagi kawan. Sekarang ni dah kerja pun ada kawan baru lagi. Banyakkan kawan kawan aku ? Tapiiiiii........semua tu mostly kawan hai bye je , uhukhukhuk. 

Kalau kawan yang betul betul rapat and boleh diiktiraf kawan susah senang , adalah beberapa kerat. Boleh kira dengan jari weh , tak sampai 10 orang pon. Kalau aku kawen nanti aku ajak 10 orang ni jelah , save cost. Muahahaha! Nak kata aku tak suka berkawan ? TAK ! Tapiiiii.....aku pilih orang untuk aku rapat. Tak semua orang boleh tau cerita aku luar dalam kecuali aku betul betul percaya dekat orang tu. So , siapa yang dapat kepercayaan aku tu. Sangat sangatlah bertuah. Bertuahhhhh ke nak dengar masalah negara kauuuu tu Nadia oiiii. Ihikhikhik. :P


Siapa cakap dalam memilih kawan untuk rapat tu aku tak pernah kena backstab ? Who said who saiddd ??? Nangesss. Y____Y. Berkali jugalah aku pernah kena backstab , sampai at one stage dah rasa lali tahu. Sampai nak percaya dekat orang pon malas , tapi as usual aku ni kan lalang. Kejap je dah jadi peramah and bagi kepercayaan kat orang. Tak serik serik. Hissshh. Wan pun kadang kadang sampai pening kepala tengok perangai aku yang satu ni (geleng geleng kepala). Aku ni orang yang aku tak pernah jumpa pon aku boleh ramah , yang baru jumpa sekali pon sama. Wakakakaka! Kalau yang dah kenal lama tu tahulah perangai aku macam mana. BECOK ! Kekekeke!


Kalau aku dengan orang yang aku rapat , maksudnya dengan geng aku. Yang aku selesa to be with. Memang orang sekeliling pun aku dah tak peduli weh. Lantak koranglah nak jeling jeling sampai terkeluar mata daripada soket. Yade yaku yessah ! Janji aku boleh gelak gelak besar , tapayah nak cover cover cun eh. Sebab aku tau aku memang cun , gelaklah macam hantu raya sekalipunnn. Tetap cun. Muntah.


Situation ni selalu sangat jadi , memandangkan aku manusia yang sangat busy. Muahahaha! Tak bergossip lama , takpe. Tapi once dah start , haaa then cannot stop already. Menceceh ceceh. Daripada cerita pasal boyfriend , tetiba masuk cerita a person who used to be friend sampailah pasal kahwin segala. Memang takkan ada fullstop. Kadang kadang sampai dah lepas mandi , tak sempat pakai baju da sibuk bergossip. Kau hadooo kawan cenggitu ?? Hahahaha.


Kalau aku dengan kawan rapat aku , kalau setakat carut carut tu macam perkara biasa je. Mesti ada je kannn yang keji , pakai tudung tapi carut carut. Alaaaa alaaaa. Susah nak explainlah , carut carutlah baru nampak keakraban. Kata kauuuu. Muahahaha! Ni kalau borak borak biasa takde carut carut , macam hambar sangat. Macam tak sampai waktu puncak pula dah. Kekeke! Ni bagi akulah , bagi korang aku tak taulah. Plus kalau ada benda yang aku tak puas hati pasal kawan rapat aku tu , hurmm. Ready jelah nak kene tabur keeennnn! Same goes to me , ada yang dorang tak puas hati. Tabur jelah. Tapi perkara ini jarang berlaku , sebabnya KAMI SEHATI SEJIWA. Miahahaha! Ultras Malaya sangattt. :P



Eleh elehhh korang jangan tak ngaku la ehhh. Girls , aku pun perempuan juga. Aku tahulahhh kalau korang pandang pandang kawan korang tapi tak cakap pape tapi lepas tu gelak tak ingat doniaaaa. Mesti korang interact guna mukaaaa kannn. Jangan nak membongak. Muahahaha! Benda ni selalu jadi time aku lepak lepak dengan kawan rapat aku. Ada je benda yang sama ktorg pandang , lepas tuuuuuuu HAHAHAHAHA macam bodoh ! Perempuan perempuan psycho. Gila. Hahaha.

Wan kalau ikut aku jumpa or lepak dengan kawan kawan rapat aku , mesti diam. Hahahaha. Dia lost track langsung weh ktorg borak pasal sape pasal ape. Kekekeke! Tapi sama jelah pun kalau lepak dengan kawan kawan dia , terus jadi tunggul kayu sikit haribulan keluar busut je. Kahkahkah! Aku dengan kawan kawan rapat aku pula jenis cerita A pastu tetiba lompat cerita B , kau rasa sempat dia nak faham jalan cerita ?? Hahahahaaa.

sumber : google

Aca aca sahabat sejati sangattt kannn , kononnya masalah kawan kau tu masalah kau juga. Muahahaha! Tapi aku memang macam tu , almaklumlah makcik kepochi. Lololololo. Aku kalau kawan aku tak suka orang tu , dengar cerita dia je aku pun boleh jadi tak suka. Tah pape je. Padahal jumpa orang tu pon tak pernah. Lempang lelaju taulah. Kekeke! Dah jadi lumrah weh , kau tak suka aku tak suka. Kau suka , walaupun aku tak suka tetap buat buat suka. Haktuihhh !

Korang dengan kawan kawan korang macam ni tak ? Ke aku sorang je yang lain ? Muahahaha! Tapi kenyataannya aku rindu kawan kawan aku. Nak jumpa dorang entah abad ke berapa tah. Masing masing ada life sendiri. Y_____Y. Rindu nak pillow talk , rindu nak gelak gelak macam kena sampuk. Friends are forever walaupun korang tercampak dekat ceruk mana mana. Muahahaha! Aku rindu korang. Okay baaaaiiiii....

Thanks for your time , love ya people.


p.s : 9 hari tak jumpa Wan , gigih ! hahahaha.


xoxo


Saturday, September 28, 2013

Bila yang BIASA tidak lagi BIASA...................

Assalamualaikum & Hello.


Aku rasa lately ni aku banyak buat benda yang aku tak biasa buat , erkk. Apa yang kau tak biasa Nadia hoiiii. Macam gini , kalau dulu aku selalu balik kerja je mesti melepak dengan budak budak office. Menghilangkan stress katanya , padahal...............menghabiskan duit itu tujuan dia. Kalau dulu aku setiap bulan mesti nak pergi beli baju , beli skirt , beli handbag , beli itu beli ini..........oh menghabiskan lagi duit yang tak berapa nak ada tu. Hikhikhik.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..............sejak planning untuk engaged ni , aku rasa habes semua aku sacrify. Daripada keinginan untuk shopping sampailah masa dating , sedih okeh sedih !!! Y_____Y. Selalulah keep motivatekan diri sendiri yang aku boleh bertahan , tapiiii...........nanges weh dalam hati. Kekeke! Kau tak nanges ke bila tengok orang makan Mekdi , kau makan Maggi. Nanges kannn. Uhukhukhuk. Lagi nanges bila dapat soalan macam bawah ni :

Individu A : Cik abang tak amek balik kerja ke ? Selalunya pergi ukur jalan.
Individu B : Awak tak dating ke harini ? Macam dah lama tak nampak awak kua.
Individu C : Bf tak ajak keluar ke harini ?

Arghhh ! Stress okay , kalau aku ada gayung. Aku dah gayungkan dah kepala individu individu ni semua. Semua mengundang sangat tauuuu. Soalan semua minta aku muhasabah diri. Sedih aku tahuuuu. Hati ini hanya diri ini yang tahu. Acecehhhh. :P 


Kalau tanya aku bila last aku masuk shopping complex , erhhh tak ingat. Kalau tanya aku movie apa yang last aku tengok. Errmmm. Tanda Putera. Simpatikanlah nasib aku ini. Sampai Vikingdom dah keluar pun aku tak tahu , bila konon tengok website GSC/TGV baru tersedar Vikingdom pun dah nak habes tayangan dekat semua panggung wayang. Wakakakaka! Boo Nadia Boo , loser sangat kauuuu ni. Kekekee!

Kalau tanya aku lagi bila last aku spend quality time dengan Wan. Aku boleh buat mata ke atas juling juling nampak mata putih je. Wakakakaka! Itu pun aku tak ingat okeh , sedih betul. Rasa macam nak buat ratapan anak tiri dah ni. Kikikiki. Dan aku ni pula spesies mendengar kata , hamboiii dengar ke masalahnyaaa. Eh mestilahhh dengar , aku ni kan baik. Calon menantu kesayangan mak mertua kat Malaysia ni okay. Korang yang nak kutuk tu , baik sikit eeehhh. Aku libas guna penyapu lidi tahulah. Muahahaha.

Aku bila Wan kata tak boleh , aku sentiasalah akur. Wakakaka! Kalau Wan kata tak boleh tapi kalau aku nak juga buat , sedaya upaya aku akan suruh dia tukar statement tak boleh tu kepada boleh. Walaupunnn ! Lepas tu aku akan buat dengan seribulapanbelas perasaan bersalah , tapiiii.........yade yaku yessah! Hahahahaha. Tapi takdelah aku buat setiap masa , kau gila. Kang Wan merajuk sapa nak pujuk ? Tak kuasa aku okey. Aku ni dahla bangsa hati batu , so aku lebih banyak buat tak tahu. Kekeke! (bersiul siul siap) Bayangkanlah nak jumpa seminggu sekali pun susah macam nak kena pergi Abu Dhabi , lepas tu kau nak keluar sorang sorang pula dia tak bagi. Kau rasa aku nak kena buat apa ?? Nak suruh aku memasak , ehhh memang terbalik donia ni nanti. Maka aku bawaklah diri mainlah game dekat Tab sambil menanges pilu mengenang naseb bercinta jarak jauh. Kataaaa kauuu jauh. :P


Kadang kadang bila aku nak jumpa Wan tapi tak dapat , mulalah aku buat perangai yang memualkan. Kahkahkah! Kau boleh tahan dapat msg 'Okay' , 'Haah' , 'Xde ape'. Boleh ? Boleh ? Padanlah muka , aku nak jumpa kau , kau taknak jumpa aku. Haaaa merajuk gegirl camni. Pffttt. Lepas tu aku akan try calm downkan diri aku , aku pergilah tido ke layan Running Man sampai terkencing dalam seluar ke , apa apa jelah. Janji lepas tu mood aku baik. Tapi lebih effective kalau bagi aku makan. Muahahahaha.

So kepada korang kat luar sana , even mula mula korang akan rasa susah untuk tak buat benda yang dah jadi routine korang. Tapi lama lama mesti boleh juga , cuma perlukan mental yang kuat. Padahal...............sekarang ni aku tengah mood sentap sebab tak dapat jumpa Wan. Hahahahaha! Hindu sangat nasihat kau Nadia. Tapi takpe Running Man kan hadoooo. Nak taknak demi masa depan yang lebih cerah , terpaksalah kuharungi lautan api. Over. Okaylah babaiiiiii !!!

Thanks for your time , love ya people.


p.s : apa yang aku carutkan panjang panjang ni pun aku tak tau , malas nak re-read. Boleh ????


xoxo


Food Review : Restoran Lala Seafood , Kg Baru KL

Assalamualaikum & Hello.

Siapa yang selalu datang Kg Baru untuk makan makan , definitely dah tak tahu kedai makan mana lagi korang nak try kan ? Maka dengan itu aku nak share satu restaurant ni , kedai Thailand yawwww. Aku pun baru tahu semalam sebab ayah cerita , kalau tak selama ni aku lalu je depan tu. Nampak tak menarik sebab tu tak singgah. But again don't judge a book by its cover. Maluuuuu titewww , titewwww ingat kedai tu tak cantik. Rupenyaaaa...............................


Style rumah kampung weh , kurlassss !! Selama ni aku tengok dari tepi jalan macam takde apa apa. Rupanyaaaa , nah kauuu ! Menarik juga tempat ni. Ada 2 bahagian : 1 bahagian yang ada aircond , 1 bahagian lagi yang ada kipas. So ktorg choose duduk dekat belah ada kipas jela.

Actually first time datang ni aku takdela eksaited nak snap gambar , sebab aku lebih kepada perasaan gelojoh nak order dan nak makan. Tapi aku ada perasan 1 corner dekat depan kaunter pembayaran. Ada pulut weh , ada mangga dan segala lagi manisan. Ubi kayu pun hado hokeh. Tanjat tauuu gegirl bila tau kat sini ada pulut durian (baca dalam menu). Bahahahahaha! Tapi tak order pun , aku baca je. Aku lapaaaa nasi , nasiiiiii dan nasiiiiiiii. :P



Family dinner at Lala Seafood Kg Baru , sementara tunggu makanan sampai. Sempat jugalah ayah bahan aku. Hurmmm. Yelah yelahhhh nanti kitttewww belajar masaklah. Takdenya kitteww kahwin nanti makan kat luar. Shentap gegirl shentappppp. Y_____Y.

A : Kakak ko ni nanti kalau dia dah tau kat sini sedap dia ajaklah Wan makan kat sini.
N : Ehhhh mesti , makanan sedap kena kongsi ramai ramai. Bayar je sorang sorang. Kekeke!
A : Nanti ko dah kahwin ko tak belajar masak , tak taulah ayah. Haha.
N : Lala Seafood kan adaaaaa. (mata jeling orang sebelah). Muahahaha.


M : Kak ko tangkaplah gambar air ni , warna warni. Ko kan suka tangkap gambar.
N : Alaaaa malasla ma , air buah je pun. (sambil keluarkan tab dan tangkap gambar). Pffttt.

Muahahahaha! Paling nampaklah air warna warni kannn. Sebab aku guna camera360. So , terus teredit sekali warna air tu. Cecuba korang teka air apa tu. Kalau betul , korang hebat. Tu je. Kahkahkah. Yang air kosong ada ais tu tak payah teka , aku lempanggg kang. Kang ada kata air sprite la , 100 plusla. Cepuk kang.



Saja nak upload gambar Ikan Siakap Stim Limau ni dua kali , saja nak bagi korang stress. Padahal ! Sendiri upload sendiri yang stress. Terngiang ngiang rasa kuah dia yang pedas tu. Arghhh !! Kecur air liur sendiri weh. Sedap ! Should try , inshaAllah tak mengecewakan unless tukang masak tu dah berhenti and tukar tukang masak lain. Kikikiki!



Kerabu Kaki Ayam. Pun sedap juga tapi kalau compared dengan Kerabu Kaki Ayam Permai Seafood. Aku rasa lagi berbaloi makan dekat Permai Seafood sebab quantity kaki ayam dia yang banyak sampai penat mulut nak keluarkan tulang kan. Hewhewhew. Dekat Lala Seafood ni yang best kaki ayam dia dah dibuang tulangnya , so korang boleh terus ngap tanpa risau akan tercekik di kemudian suapan. Muahaha. Dap dap dap. Ada juga order benda lain , tapi malas dah nak snap. Kahkahkah. Aku kan kalau bab makan memang gelojoh , so tak kuasalah nak snap snap. Baik aku makan terus. Perut pun konyang , hati pun sonang. :P



Business card Lala Seafood. Untuk korang yang nak pergi makan tu bolehlah refer dekat gambar business card tu. Hopefully membantulah ye. Apa lagi bawalah family tercinta ke orang tersayang ke Lala Seafood. Amboiii kauuuu dah macam duta Lala Seafood dah kenapeeeee. Kekeke!


Happy tummy and me. Ngeee! Kau gila tak happy happy lagi tummy aku ?? Nasi siap bertambah. Pastu nanti kita mengadu dekat Wan eh perut kita buncit. Kikiki! Total harga Nasi putih 5 , Nasi Goreng Ayam 1 , Tomyam Campur 1 , Ikan Siakap Stim 1 , Kerabu Kaki Ayam 1 , Kangkung Belacan 1 dan air air adalah RM 90. Worth it. Satu kepala jatuh dalam RM 18. Hekhekhek. Bolehlah repeat lagi ni (sambil pandang Wan yang tengah baca blog). Hai bie !! Hahaha. Babaiiii korang , aku tengah kerja ni (jeling kiri nampak HOD , arghh rimas).

Thanks for your time , love ya people.


p.s : banyak sangat kedai makan nak review ikutkan hati , tapi nampak makanan je lupa diri. Sedih. :P


xoxo


Friday, September 27, 2013

Siapa je yang baca blog picisan ni.........??

Assalamualaikum & Hello.


Malu gegirl maluuuuuuu ! Hahaha. Mana ai nak sorok muka yang jelita ni hoiiii. Gggrrrr. Muntah. Semalam member aku Whatsapp gambar yang kawan dia tengah baca blog picisan ni. Seriously maluuuu. Kekeke! Kau tulis blog kau tak malu , orang baca kau malu. Lempangggg juga kanggg !!! Hikhikhik.

Tak sangka ada juga yang nak baca blog aku ni weh , dahla merepek je banyak. Info langsung takde , review ? Lagi haram. Nak kata selalu update ? Takdelah sangat. Kalau update pon pasal aku , aku , akuuuuu dan akuuuuuu lagi. Muahahahahaha. Nak suruh aku up entry pasal orang lain memang idoklah. Motipppp tau up entry cerita pasal orang lain. Mestilah aku nak cerita pasal aku yang jelita je. Jeling kiri kanan tengok ada orang muntah tak. :P

By the way , to those silent readers. Terima kasih banyak banyak sebab sudi baca blog picisan aku ni yang penuh dengan entry mengarut lagi mencarut. Amboiii speech kau macam menang award. Booo Nadia Booooo !!! Yade yaku yessahhhh. Minta minta takdelah readers aku yang muntah darah ataupun sakit buah pinggang bila baca blog aku. Arigato gozaimasu everyone. Aceceh. Bajet lagi. Kepada yang meninggalkan jejak dekat blog ni pon , terima kasih banyak banyak dan teruskanlah membaca tanpa jemu. Walaupunnnn aku sendiri jemu baca blog aku. Okaylahhhh babaiiiiiii uolllssss. ^_^v

Thanks for your time , love ya people.


p.s : nak tengok Vikingdom , sekali..........................HABES dah ??? Shentapppp kittewwww.


xoxo


Wednesday, September 25, 2013

Siapa lagi kuat jealous ? Aku ke dia ?? +_____+"

Assalamualaikum & Hello.


Jealous itu perlu , tapi kalau lebih lebih pun menyampah juga ye dok ? Hihihi. Bak kata orang 'cemburu itu tandanya sayang'. Ewahh ! Dah tu kalau tak cemburu kiranya tak sayanglah eh. Tsskkk. Korang kat luar tu , siap lagi kuat cemburu ? Korang ke partner korang ? 

Antara aku dengan Wan siapa yang lagi kuat jealous. Hmmm. Mestilah aku cakap Wan. Kekeke! Mana mungkin aku nak mengaku yang aku punya tahap jealous tu tinggi. Ish ish ish. Memalukan. Muahahahaha. Wan dia memang kuat jealous tapi dia suka tunjuk yang macam dia cool. Booo bie booo. Hahahaha. Benci aku tauuu. Jealous tu cakap jela jealous. Kikikiki! Semalam je baru dia buat aksi aksi cool comel dia tu. Tersengih sengih aku malam semalam sebelum tido. Suke tauuu buat kite camni. :P

B : Siapa ***** yang comment dekat IG tu ?
S : Oh dia tu , kawan sekolah lama merangkap besfren merangkap ex bf 2 minggu. Kenape ?
B : Oh okay syg.

Dalam hati aku time tu , 'alolololo omey angat ni jeles jeles kat kiteeeee'. Padahal dalam hati dia hanya dia yang tahu. Muahahaha. Walaupun dia cakap dia tak jealous , tapi aku boleh baulah bahang bahang cemburu tu. Ewaaaahh. Wan tu pula bukanlah jenis reti sorok dia punya jealous. Memang trang tang tang dia tunjuk. Nak tahu dia jealous ke tak , tunggu je dia tanya soalan '________ tu siapa?'. Kalau aku dah jawab and lepas tu reaction dia cam seposen doposen. Aha , confirm jealous. Senang je aku detect. Kekeke! 


Aku ni jealous ke tak ? Ehhh mestilah jealous. Kau gila apa tak reti jealous. Kalau aku jealous lagi teruk sebenarnya. Wakakaka. Aku memang akan masukkan si polan tu ke dalam wad pemerhatian. Dan aku juga akan tanya Wan sampai aku rasa puas hati dengan jawapan dia baru aku stop. Mihmihmih. Berapa lama si polan akan berada dalam wad pemerhatian ?? Ohhh selama lamanyaaaaa. Kekeke! Bukan dengan manusia je eh aku boleh jealous. Dengan futsal pun boleh , kahkahkah! Siapa suruh kau lebihkan futsal daripada aku , memang nak kenalah kannn.

B : Syg , dak dak ni ajak futsal malam kang kul 12 sampai 2.
S : Erm. Okay.
B : Bie pegi kejap je.
S : Ok. Nak tido. Bye.

Muahahahahaha! Teruk kannn ?? Aku memang tak suka betul dengar perkataan futsal tu. Kalau boleh aku terajang aku dah terajang dah perkataan futsal tu keluar daripada kamus hidup Wan. Menyampah. Meluat. Arghhhh ! Stress. Kahkahkah. Agak agak korang , Wan ada tak perasaan nak lempang aku laju laju sebab jealous tengok aku bergelak ketawa beriang ria tengok Running Man ? Kekeke! Sebab kalau aku dah tengok Running Man je memang confirm confirm reply SMS lambat , muahahahaha. Busy gelaklah katakannnn. Boleh tak sedar okay SMS masuk. Lalalalala. :P

'As Maya Angelou says, jealousy in a relationship is like salt in the food. A little can enhance the savor and too much can spoil the pleasure.'


Kahkahkahkah , omey angat ni telur pun reti jealous. Muahahaha. Kalau in reality ada telur yang jealous macam ni , aku pecahkan je semua buat caramel pudding. Makan pon sodap. Kikiki!


Walaupun budak lelaki pakai songkok ni suka buat kite jealous , tapi kita boleh maintain relax lagilah. Hahaha. Yade yaku yesssahhh ? Muahahaha. Another 66 days to go , nervous mak nok. Berpeluh peluh tangan. Emosi pun kadang kadang kurang stabil. Phewww. Ada ada jela shaitan shaitan yang nak rosakkan pemikiran iollss dengan budak pakai songkok ni. Haizzz. Tumbuk kang taulah. Semoga apa yang kami rancangkan ni akan berjalan dengan lancar. Aminnnn. ^_^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : bila Wan kerja shift malam , habes semua jadual tunggang terbalik. sabar. Y____Y


xoxo

Tuesday, September 24, 2013

Cathy Doll , Wink2 !

Assalamualaikum & Hello.


Cathy Doll , dengar nama je pun dah macam comel comel kaannn. Seperti yang korang sedia maklum. Aku amat sangatlah suka benda yang comel comel. Walaupun aku ganas tahap YaAllah YaRabbi , tapi aku tetap suka benda yang comel. Fact. And lately ni aku tengok ramai orang jual product Cathy Doll. Tengah sibuk scroll IG boleh nampak banyak orang update pasal Cathy Doll. Mula mula scroll je , lepas tu ehek ehek ehek terstop dekat instashop yang jual Cathy Doll. Hasudah. Y_____Y

Daripada kajian aku , Cathy Doll ni product yang diformulakan dekat Korea tapi banyak dah dijual dekat Thailand/Brunei dan Singapore. Hanya kebelakangan ni je aku baru nampak ada dijual dekat Malaysia. Kalau korang nak baca review dekat blog blog pun masih tak banyak lagi. Masih freshla katakannn. Tapi kalau nak tengok dekat IG , korang taip je #cathydollmalaysia. InshaAllah banyak gambar keluar. :D



Ni antara set mandian yang Cathy Doll ada. Dua dua dah masuk dalam wishlist aku. Tengah nak bodek Wan belikan 1 set je , lagi 1 set aku beli sendiri. Hamboiiii. Berlagak. Kekekeke! Nak suruh Wan letak atas hantaran , omey kann ?? Geram je aku tengok. Hurh. Aku tengok blogger Irine tu pun ada beli juga Cathy Doll punya product ni. Tu yang terjebak ni hoiiii.


Yang ni pula shower gel je , takde set set macam yang dekat atas tu. Pon nampak menarik. Aku malas pula copy paste apa function pakai shower gel ni , korang google jela eh sendiri. Hewhewhew. Aku tahu korang lagi super rajin daripada aku. Kan kan kannnnn ?? :P



Ada juga set pencuci muka , arghh stress ! Semua pun nak comel , rabaklah duit gaji macam ni. Hihihi. Kau tengok jela packaging dia , semua mengundang perasaan untuk merembat waima satu set. Pula tu bila baca perkataan Whitening tu , haizzzz. Aku ni pula memang sangat obses dengan skin care. Hurm. Nak try ke tak try ni. Nak ke tak nak ke tak. Ermmm.........




Barang make up pun ada , alahaiii. Dahla comel comel semuanya. Rasa nak borong semua je. Tapi kangggg ada yang tak pakai or tak sempat nak pakai pula. Membazir sajo. So , kita tetapkan nawaitu untuk cuba satu satu jela dulu eh eh eh.

sumber : Google

Set untuk pelansingan badan pon hadoooo , kot kotlah korang ada lemak lemak yang dah menggelebeh kan. Nak kasi hilang , bolehla pakai set chilli bomb ni. Ada juga product Cathy Doll yang boleh hilangkan strecth marks , nak buat muka jadi bentu V. Eh macam macam sangat yang kau ada ni Cathy Doll. Ada aku lempang laju laju kanggg. Gggrrrr.

Sobsobsob , interested sangat weh dengan semua produk Cathy Doll ni. Huwaaa. Tapi ai is berpijak di bumi yang nyata. Kita survey dan pilih barang yang kita nak try the most dulu. Yang lain tu kita try lepas kahwin jela. Hikhikhik. Bajet weh bajet. Kepada korang yang mencari instahop yang jual produk Cahty Doll , bolehlah search yanasgallery/zamalianashoppe/reebeautyshop dan lain lain. ^_^v

Thanks for your time , love ya people.


p.s : nak bodek Wan habes habesan ni. kekeke!


xoxo


Monday, September 23, 2013

Amy & Shah Wedding

Assalamualaikum & Hello.

Selamat pengantin baru.....semoga kekal abadi bahgia......ke anak cucu sentosa murah rezeki. Hamboii. Kurlas start start entry nak kena nyanyi. Muahahahaha ! Sabtu lepas , untuk kesekian kalinya aku dengan Wan diminta untuk jadi pengapit , ohoooiiihoiiiii. Sudah cukup cukup sudahhh....cukup sampai disini saja. Hiksss. Dah 4 kali weh jadi pengapit , adoiiidoiii. Officially aku da retire , kang ada yang kawen lambat juga aku dengan Wan. Sedih. 

Bertempat di Dewan Besar UTM Jalan Semarak , majlis berlangsung dengan lancar. Alhamdulillah. Tapi nervous aku mengipas pengantin atas pelamin tu tetap tak berubah , sama juga lagi level nervousnya. Kekeke! Kalau aku kawen nanti tak tahulah aku apa perasaan , nervous + nak terberak semua ada agaknya.



Memandangkan aku pengapit , dah tentu tentulah aku ada gambar exclusive daripada bilik persalinan keeennnn. Inilah dia pengantin yang diraikan. Kak Amy & Abang Shah. Aku kenal dorang ni zaman aku hingusan lagi weh. Daripada zaman aku UiTM dulu lagi. Aku kenal pun sebab dulu pernah kerja satu ofis dengan Kak Amy masa semester break. And now memang ktorg colleague pun. Harharhar. Tak boleh blah. Nak juga kerja sama sama. Padahal Kak Amy ni kawan gossip mama masa dorang kerja seofis dulu but now dah jadi kawan gossip aku pula. Ermm. Pun bolehhhh !! :P



Bersama pengantin , ambil berkat katanya. Berkat kali ke berapa puluh juta dah ni. Kikikiki! Memandangkan dorang siap awal so bolehla nak bergambor gambor. Cuba kalau siap lambat. Pitam. Aku pun siap terus dari rumah je. Malas nak tambahkan semak dalam bilik persalinan yang amat kecik tu.


Antara colleagues aku yang dapat attend wedding Kak Amy. Supposedly ada ramai lagi tapi ramai yang tak datang sebab a week before dorang dah attend wedding side Kak Amy dekat Kedah. So , minggu ni turn dorang kena kerja dan ada juga yang ada hal lain. Maka dengan itu , ini jelah yang tinggal.


Mama bawa kawan office dia teman , kalau tak ? WAJIB sesat. Kahkahkah. Jangan tanyalah kenapa aku duduk macam mermaid sesat di daratan tu. Penat hoiii ! Aku dengan wedges aku yang hazab punya tinggi lepas tu dukla mencangkung betulkan ekor dress Kak Amy tu berjuta kali. Memang krem peha aku. Sampai ke harini ye nikmatnya masih terasa. Y______Y.



Budak 2 orang ni anak colleague aku , Kak Atina. Dan memang daripada azali anak dia selalu jadi mangsa kidnap ktorg semua untuk tangkap gambar. Kau tengok jelah anak lelaki dia si Darren tu. Hoiiiii mengundang betul. Kebetulan hari sanding Kak Amy ni sama dengan birthday dia. Tu yang kekwat je muka. Padan muka kena cium banyak kali. Muahahahahaha!!

Yang paling aku tak boleh lupa masa wedding Kak Amy ni ialah bila abang abang DJ sengal tu boleh pergi bantai buat annoucement dalam hall tu yang ada orang request pengapit kena karaoke. Kawwww dah gila ! Memang menggelupurlah aku dengan Wan lari. Harharhahar! Dah tentu tentu aku dengan Wan dua dua bukan kaki karaoke. Kalau menyanyi gak time tu , memang menangis Yuna. Tak boleh dah dia cari makan. Kikikikiki! Mesti abang DJ tu saja konon nak kenenkan aku dengan Wan , kahkahkah. Padahal ! Wan tu dah sahih sahih boifren iollss dan bakal tunang iollss. Shentap gegirl shentappp. Kekeke!

Actually ada banyak lagi gambar dalam camera colleague aku , tak sempat nak cilok lagi. So , apa yang ada jela aku letak. Kalau ada gambar lain aku add on jela. Huhuhu. Malas nak wish dalam blog sebab haritu da buat wishes on video dah. So , cukuplah eh. Huahuahua. Wish dia tetap sama. Semoga cepat dapat baby. Cliche sangattttt. Okay dah , nak sambung buat kerja. Babaiiiiii.


p.s : dulang hantaran dah siap 4 , kihkihkih. eksaited mak nok. :P


xoxo


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah