Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Saturday, November 30, 2013

Teaser - Fiancee to Syazwan Shumali

Assalamualaikum & Hello.


Alhamdulillah , sudah aku selamat menjadi Fiancee kepada Wan. Will update later , tab tak boleh nak hidup. So , teaser jela dulu ye semua. Hahahaa. :D
Thanks for your time , love ya people.


p.s : lega rasa bila semuanya selesai. Hiksss.


xoxo


Thursday, November 28, 2013

Sabah Borneo Fridge Magnet In Da Houseeee , ^_^

Assalamualaikum & Hello.

Semalam lepas settle angkut barang untuk mini pelamin , aku terus straight pergi rumah atok. Selalunya aku akan bagi alamat rumah atok in case ada orang nak pos kad kawen/surat dan sebagainya. So , semalam aku tanya nenek tiri aku.

N : Nek , ada surat ?
NT : Tu ha , ada surat kau. Poslaju. Atok kau sign.
N : Oh yeke. Okay.

Aku memang tunggu parcel FM aku tu nak sampai. Hahahaha. Nak tau apa FM tu ?? FM tu Fridge Magnet. Kahkahkah. Habes semua perkataan nak dishortformkan. Aku ni dahla buta shortform. TTYL pun aku google tau sebab nak tau ape kejadah TTYL tu. Lol ! :P



Buka buka parcel , nampak note ni. Hahahahaa. Sweet sangat kannn ? Aku suka aku suka. Mekasih yunk ! Oh by the way , yang tulisan merah tu macam tak nampak sangat kan ? Pemberi fridge magnet ni cakap : "Tolong jangan jual signature aku dekat E-Bay". WHATTTT !! Kekekekeke. Mungkin aku jual dekat along bukit beluntung. Muahahaha.


Tadaaaa !! Aku dapat fridge magnet bunga rafllesia. Nak pergi Sabah macam tak tahu abad bila kan. Dapat fridge magnet pun boleh ja bah kalau kauuu. Hahaha. Last but not least , thanks Anna Hashim for this cutest fridge magnet. Kalau jalan jalan lagi jangan lupa aku. Anna ni sebenarnya aku tak pernah jumpa pun. Kenal dekat blog juga. Alhamdulillah , new friend and new fridge magnet. Love ya kakak Anna. :P 

Thanks for your time , love ya people.


p.s : harini nak hunting halfmoon shawl dekat Ampang Park/Jalan TAR. Malam ? Mini pelamin. ^^


xoxo


Wednesday, November 27, 2013

Nuffnang Premiere Screening - ENOUGH SAID (Invitation)

Assalamualaikum & Hello.

Ini namanya tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yang tahu kaaaann ?? Haritu aku masuk contest Nuffnang Premiere Screening - Enough Said. Seperti biasa , aku masuk saja saja. Tanpa ada nawaitu nak menang pun. Just suka suka bagi jawapan untuk soalan yang dorang bagi. Lepas tu send. Hahahaha. And guess what , tadi masuk email daripada pihak Nuffnang. Ehem ehem.


Alhamdulillah ! Second chance merasa tengok Premiere Screening. Hiksss. Tapi kali ni Wan tak dapat nak teman. Sobsobsob. But whatever it is , hidup mesti diteruskan. Aku akan tetap pergi. Dengan kawan akulah semestinyaaa. Dan semestinyalah perempuan. Masa tu ai dah jadi tunang orang uollss. Lol !! :P

By the way , apa soalan dan jawapan yang aku bagi untuk contest kali ni ? Sila rujuk bawah. Hikhikhik.



Muahahahahahaha ! And again , jawapan takde lagi sengal nak bagi. Kekekeke! Apa pun aku enjoy. Boleh dapat button Nuffnang & Churp Churp banyak banyak lagi tak ? Hiksss. Semalam je aku dapat 2 button Nuffnang & 2 button Churp Churp. Seronok. :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : tadi masuk contest Nuffnang Premiere Screening - The Hobbit. Kalau ada rezeki menang. Adalah. :)


xoxo


Follower ke 200 , Hiphiphoorayyyy !! ^^

Assalamualaikum & Hello.

At first aku tulis blog ni , aku memang tak letak harapan pun yang akan ada orang follow. Yelah , entry semua bodo tidak bertepi. Nak kata selalu share info ? Memang paling jaranglah kan. Hikhikhik. Tapi alhamdulillah , after a few years akhirnya bilangan followers semakin bertambah. Thanks korang. Jasamu akan dikenang. Amboiii.

And today , elok sebelum aku cuti panjang yang bermula esok. Ada sorang lagi follower baru yang buat angka followers aku jadi 200 orang. Yeayyy !! Sangat terharu , sangat gembira , sangatttt hargai korang korang yang gigih follow dan selalu tinggalkan jejak dekat ruang comments bawah tu. Even tak pernah jumpa , tapi macam dah kenal lama. Thanks korang for your support.


Siapakah orang yang ke 200 tu ? Orangnya ialah Fatin Wawa. Thank you Fatin for your support. Jangan malu malu datang sini dan tinggalkan comments anda. Tuan empunya blog ni tak makan orang. Dia makan nasi/spaghetti/burger je. Mihmihmih. Hope that you will enjoy reading my nonsense entries. Wakakakakaka.


Kepada follower yang ke 200 tu , sila email aku dekat nad301189@gmail.com. Nak have a talk sikit. Amboiii. Consultation hour sangat. Kekekeke. Email tau email tauuu. :D

Thanks for your time , love ya people.


p.s :  mood nak balik dah memuncak.


xoxo


GIVE AWAY by MILA KAMIL

Assalamualaikum & Hello.

Sejak tahu diri ni bakal jadi B2B 2014 , maka dengan itu aku merajinkan diri follow blog blog B2B ni. Sampailah ternampak entry GIVE AWAY by MILA KAMIL. Ehem ehem. Tengok hadiah je dah cukup teruja. Terus kerajinan nak join pun berlipat kali ganda. Hihihihi.

Apa hadiah dia yang aku cakap menarik tu ?

1st prize : RM 300 voucher for HANTARAN deco
2nd prize : RM 150 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)
3rd prize : RM 80 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)

Tak ke menarik perhatian tu ? Syarat dia pun takdelah susah mana. Korang refer jela dekat link atas nu haaaa. Malas nak taip panjang panjang. Yang penting memang senang. Dan hadiah dia best. Tu je yang aku tau. Nak jadi B2B ni kan kalau boleh nak jimat duit kan ? Joinlah give away ni. Mana tahu rezeki korang ke ? Kan dah dapat jimat kat situ.

By the way , bawah ni aku nak tunjuk antara pelamin/handbouquet yang aku minat. Korang tak minat korang punya pasal. Tapi yang ni aku dah chop. Amboii. Hahahaha. Macam budak budak je main chop chop. :P




Semua pun nampak sangat sweet , simple but exclusive. Sangat my taste. I loikeee it very muchieee. Hikssss. Mood berangan TURN ON. Hahahaa. And yes untuk completekan syarat give away ni , aku akan tag 3 orang blogger juga. Siapa diaaaa ??

Tag :  Rina , Ika , Fieda

Thanks for your time , love ya people.


p.s : mood nak buat kerja langsung takde , mood nak cuti sudah mari. :P


xoxo


3 hari lagi and its not funnyyyy , huarghh. Y_________Y.

Assalamualaikum & Hello.


3 hari lagi , pejam celik pejam celik dah nak sampai masanya. Pewwittt ! Sudah hampir masanya cincin emas pula tersarung di jari. Amboiii. Sasterawan negara sangat ayat aku. Kekekeke. So , few days onwards aku takkan update entry apa apa. Tak sempat nak hadap lappy hoi. So , sekodeng dekat Instagram jela ye korang korang. Muahahaha.

Aku hanya boleh cakap 3 hari ni aku akan busy teramat sangat. LOL. Harini balik kerja , nak rush pergi amek barang barang DIY mini pelamin aku dekat Your DIY Project Supplies , Sg Besi. Pergi campak barang barang tu dekat rumah atok aku pula (lokasi majlis) then rush pergi amek baju dekat tailor pula. Muahahahaha. Tak sabar nak tengok baju okay. Lalalalalala. Naseb baik tailor pun mak kawan aku , senang cerita. Takpayah pusing kepala cari tailor. Kekekeke. :P

Khamis pula , nak pergi cari tudung & back up veil. Uppsss. Jangan marah jangan marah. Ni memang kerja last minute. Tak Nadia la kalau tak last minute ohoi. Dengan nak kemas rumah sebab aku akan makeup dekat rumah dulu baru proceed pergi rumah atok aku (ini cerita hari Sabtu). Dengan nak buat agar agar (kalau rajin) , saja nak jamu tetamu on the day.

Jumaat pula , nak teman Wan cari baju. Nak cari cincin risik. Kauuuu mampu cari cincin risik sehari sebelum majlis ? Selambaaaaa! Hahahahaa. Jumaat juga nak buat pedicure manicure. Bila dah last minute ni , kita cincai jela pergi spa mana mana yang ada service tu. Tak payah nak lorat. Aku tengok dekat Times Square ada. Nail Queen namanya. Jumaat malam pula nak buat pelamin. Eeehhh macam ponek je bunyinyaaaa. Y_____Y.

Nak buat itu buat ini , tetiba terlupa doorgift aku pun aku tak sempat buat lagi. Kekekeke! Okay balik ni nekad tido lambat buat doorgift. Kata kauuuu nekad. Kang kau tengok City Hunter apa pun tak jadi Nadia weh. Kikikikiki. 


Korang boleh ke nak avoid tengok Lee Min Ho tu ? Tak kannnn !! Mihmihmih. Kalau korang boleh , aku tabiklah. Daebak. Aku tak boleh. Kalau dah start nak marathon , makannya memang tak siap kerja yang lain. Lalalalalalala. :P

Tadi boleh pula colleague aku (cina) ni tanya :

L : Nadia you mau tunang ka Sabtu ni ?
N : Hahahaha , mana u tau ?
L : I tahulah , so sure ha mau tunang ? With the same guy ka ? *angkat angkat kening*
N : Hahahahahaa. *tak jawab soalan sebab dah malas nak layan , hahaha*

Entah mana pula mambang tu dengar cerita pasal aku nak tunang bagai. Haizzz. Kpochi tau. Penat aku sorok sorok daripada colleague aku. Hanya yang rapat je yang tahu. Ni mesti kes curi dengar ni. Haiiippp. Biasaaaaa diaaaa. :D

Thanks for your time , love ya people.


p.s : 2 3 hari ni dah start susah nak tido , adoiii. eyebaglaaaaa !!!!!


xoxo


Wordless Wednesday : Nuffnang Premiere Screening - Homefront

Assalamualaikum & Hello.


Thank You Nuffnangggg !!! I love you laaahhh. ^_^v


p.s : harini last day kerja , yabedabeduuuuuu.


xoxo


Tuesday, November 26, 2013

Sorotan keywords Gambar Awek Stim , muncul lagi satu keywords HOT !

Assalamualaikum & Hello.

Sorotan daripada entry Gambar Awek Stim , muncul lagi satu keywords yang hot. YaAllah. Sabar jelah. Dah takde benda lain agaknya abang abang kat luar tu nak cari kat sini agaknya. Muahahahaha.


Kat sini aku takde letak free wallpaper awek stim la. Aku tak provide link pergi page porn pun. Hahahahaha. Apa kejadahkah ini semua ?? Untuk cik abang cik abang yang dah sangap tu , dekat sini aku boleh kasi resipi Siakap STIM Limau je. Kekekeke! Adakah cik abang cik abang sekalian ni daripada spesies ikan ? Wakakakakaka. Geli hati aku. ^_^

Tolonglah cik abang cik abang kat luar tu jangan buat lawak pergi cari benda yang tak ada. Haritu aku jumpa orang cari 'Pantun mengata'. Puaka sangat tauuuu cari pantun mengata dekat sini. Aku baru cadang cadang nak jadi writer terus orang cari idea pantun mengata dekat sini. Sadis korang ni sadis. Y____Y. Uhukhukhuk.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : lepas stim apa pula yang nak dicarinya abang abang gatal ni.


xoxo


1st Give Away by WE

Assalamualaikum & Hello

Haritu aku dah terbaca dah pasal WE buat Giveaway , tapi tak sempat nak join. Busy kerja katanyaaaaa. Hikhikhik. Harini baru dapat join , ni pun sebab dah kena tag dengan Rina dan alang alang kerja tak banyak apa kata kita cuba nasib. Tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yang tahu keeennnn. :D

Kalau menang dapat apa ?? Dapat hadiahlah. Muahahaha. Hadiah dia lumayan okeh. Lumayaaaannn baq hang. Apa diaaa ?? Tu diaaaaaa hadiahnyaa : Candy Buffet/Candy Bar bernilai RM250 + Rainbow Cake. Haaa amacam ? Menarik tertarik kau memang manis kannnn , apalagiii joinlaaahhh ! ^_^v

1st Give Away by WE

Syarat-Syarat:

1) Follow Blog Tentang WE & Dia 
2) Sila like Fan Page : WElicious Candy Buffet & Desserts
3) Buat entry "1st Give Away by WE" & link ke entry ni.
4) Bagi cadangan tagline yang korang rasa sesuai dengan WElicious Candy Buffet & Desserts dan cadangan candy buffet/candy bar idaman korang. Tak kisah lah untuk wedding, birthday, aqiqah,housewarming  or pape event.
5) Kalau rajin tag la kawan2 ye. Lagi ramai lagi meriah kan,
6) Tinggalkan link di bahagian komen entry ini.
7) GA bermula 16.11.2013 - 30.11.13 tepat jam 12 tengah malam. =)


CHECKLIST

Follow Blog Tentang WE & Dia
Like Fan Page WElicious Candy Buffet & Desserts
Entry "1st Give Away by WE"
Cadangan tagline 
Tag kawan kawan 
Tinggalkan link di bahagian komen

Cadangan Tagline : Share & Spread your sweetest ceremony with US.
Tag Ika , Anna & Fiza


Candy Buffet Idaman


Sailor Themed Candy Buffet. Since impian aku nak jadi anak kapal/kelasi dan sailormoon tak berjaya dicapai. Maka dengan itu , aku hanya mengidamkan candy buffet ala ala Sailor gituuuu. Aku sebenarnya sangat suka dengan anchor. Tak dapat rantai anchor , aku nak candy buffet ada anchor je boleh ? Kalau nak panggil popeye the sailorman jadi maskot jaga candy buffet puuuuunnnn boleh. Wakakakaka.


Glitter Paparazi Themed Candy Buffet. Nak jadi artis tak dapat , mampu jadi writer blog picisan je kan ? So candy buffet glitter glitter jadi idaman hati. Barulah nampak kurlasss diva vavavom. Kalah Azwan Ali okay citarasa. Mihmihmih. 


Tiffany Blue + Baby Pink Themed Candy Buffet. Memandangkan baju tunang aku kaler macam ni. Aku nak candy buffet macam ni. Boleh ? Kata orang kaler ni tengah in dan sejuk mata memandang dan semanis tuan yang tengah berangan. Kekekeke! 

Thanks for your time , love ya people.


p.s : macam style pula sailor themed candy buffet. :P


xoxo

Gambar awek stim ye bangggg , kahkahkah !!! :D

Assalamualaikum & Hello.

Harini rasa nak sorok muka , rasa nak taip entry sambil menyorok. Boleh ? Ada ke patut harini hari Selasa tapi aku buat entry Wordless Wednesday. Kau dah kenapa Nadia ? Sawan ?? Hahahahaha. Abes kena nganjing dengan si Aefa tu. Sabar ajalah. Naseb nun jauh kat Sarawak , kalau idak. Aku dah sekeh sekeh dah kepala dia. Mihmihmihmih.

By the way , setiap hari aku buka Nuffnang untuk tengok Keywords aku , tengok Referrals dan semestinya Earnings. Hihihihi. Orang mata duitan , mestilah nak tengok jumlah duit makin naik kannn ? Muahahahaha. Tapi yang buat aku tertarik , harini ada terselit satu keywords yang aku rasa kalau korang search dalam blog ni pun takkan terjumpa. Nak tau apa dia ???


Nak gelak ke nak nanges ke nak jerit sekuat kuat hati ni ? Hahahahahaha. Siapa pula yang gatal anu sangat pergi cari gambar awek stim dekat sini. Ya Allah. Malu gegirl okay. Kalau ye pun nak cari gambar awek stim pergilah beli magazine Playboy nu haaa. Ampun. Kekekekeke. Kalau abang cari dekat blog ni , sampai ke sudah abang tak stim. Muahahahahahaha. Lawak untuk harini sungguh. Wakakakakaka.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : baik ngaku sape yang cari gambar awek stim tu , cepatttt cakap. hahahahahaha.


xoxo


Teaser : E-Day Couture ! ^^

Assalamualaikum & Hello.


Belanjaaaa sikit ! Hahahaahaa. :P

Updated : Hahahahaa Aefa I love you much !!! Ahkak tak perasan dik non. :P


Thanks for your time , love ya people.


p.s : 4 hari lagi , fuh fuh fuh.


xoxo


CPUV ke 6 , Thank You Nuffnanggggg ! ^^

Assalamualaikum & Hello.

CPUV yang ke 5 untuk tahun ni , tapi yang ke 6 sepanjang blog aku ni hidup. Orang lain dah berpuluh puluh. Aku baru ada 6. Hahahaha. Syukur Alhamdulillah. At least adakan. Thousand thanks Nuffnang sebab masih sudi lagi bagi CPUV walaupun viewer blog picisan ni takdelah ramai mana. ^^


CPUV yang ke 6 ni ialah campaign Mah Sing Southville. Kalau korang ternampak iklan dia , you know what you should do kan ? Kekekeke! Mekasih. Kalau tak nampak , nah bawah ni aku bagi banner dia. Ada gambar Yuna ok Yuna !! Mihmihmih. Pandai tau Nuffnang kasi aku iklan ada muka Yuna. Memenuhi citarasa ai sangat. Tenkiu Nuffnang.


Nampak tu Yuna !! Nak CD Nocturnal pleaseeeeee. Y____Y.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : dapat ke tak pergi OU malam ni ? Sobssss.


xoxo


Monday, November 25, 2013

Segmen : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum & Hello


Again , aku dijemput untuk join GA oleh tuan empunya blog. Thanks Ayu sebab jemput join GA. Dan seperti biasa , hanya GA yang senang je aku masuk. Yang susah susah yang nak kena tekan itu ini semua aku malas. Hahahahaha. So , korang kalau nak join tekan je banner tu it will direct you to the owner blog. Sekian mekasih.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : mood tak baik.


xoxo



Welcome to the world little nephew , baby MUU. ^^

Assalamualaikum & Hello.

Last week kan aku ada cakap yang aku akan ke Perlis untuk hantar bini kezen aku yang menunggu hari nak bersalin tu. Tapi guess what ? Kita hanya merancang , Allah yang tentukan. Hukhukhuk. Bini kezen aku tu tak sempat nak balik kampung dan bersalin dekat sana. Sebab dah bersalin dekat Hospital Ampang. Kekekekekeke!

Kononnya nak anak dia yang first ni nombor kad pengenalannya Perlis , aleh aleh ? Selangor baby yawww. Mihmihmih. Apa pun yang penting semuanya selamat. Dan welcome to the world lil nephew !! Nama masih lagi dirahsiakan. Kononnnya nanti hari yang ketujuh baru nak bagitahu. So , sama samalah kita tunggu ye apa nama baby MUU ni. Hikssss.


Baby MUU dilahirkan pada 22 November 2013 which is lagi 2 hari sebelum anniversary ibu & abah dia yang pertama dengan berat 3.1kg. Gggrrrr. But now , baby MUU dekat dalam NICU lagi sebab masa bini kezen aku nak bersalin tu baby MUU sedikit lemas. Tapi semuanya okay. Tak sabar nak tunggu baby MUU balik rumah. Nak picit picit pipi dia. Muahahaha. Last but not least , tahniah Kak Zu & Abg Cit !!! :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : harini masuk kerja , harini juga cari gadoh. hikhikhik.


xoxo


Segmen Follow sampai muntah + Free barangan Blog

Assalamualaikum & Hello.


Memandangkan susah payah tuan empunya blog datang singgah sini dan invite aku join segmen yang dia buat. Maka dengan itu , aku dengan rasa berbesar hati join segmen ni. Jangan risau. Syarat tak susah pun. As always , akukan memilih segmen kalau aku nak join sekalipun. :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : stress.


xoxo


Book Review : Wayang Jadi Saksi karya Kaz Ishak

Assalamualaikum & Hello.

Tips nak beli buku daripada publisher Buku Fixi , Lejen Press , Terfaktab dan others indie writer : Buat research dulu pasal buku yang korang nak beli (google help much nowadays). Sebab publisher macam Buku Fixi , Lejen Press , Terfaktab ni dorang takkan simply buat sinopsis the whole chapter of the book dekat belakang buku macam publisher lain. Semuanya dalam maksud yang tersirat , korang kena faham betul betul sebelum beli which is aku always tak faham. Sebab tu aku akan buat sikit research sebelum beli. Hihihi. Mudahkan ???

Dalam busy busy aku nak buat preparation untuk majlis aku. Aku sempat juga luangkan masa aku sikit untuk menghadap novel Wayang Jadi Saksi karya Kaz Ishak. Nak buat review punya pasal , cepat cepat aku baca tau. Muahahaha. By the way , this is my first review buku daripada Roman Buku Publisher. Tapi takde beza sangat pun dengan publisher sebelum sebelum ni. ^^



The whole book aku boleh sinopsiskan pasal kehidupan Mika , seorang projectionist dekat TGV KLCC. Selama ni kita tengok wayang , setakat bayar tiket and duduk diam dalam hall dan layan movie kan ? Tapi bila baca novel ni kita akan tahu sedikit sebanyak pasal panggung wayang. Apa di balik tabir pothole , macam mana gulungan filem diputarkan dekat projector. Apa yang staff staff panggung wayang buat masa kita semua ralit dengan tayangan. Macam macam. Penggunaan bahasa kebanyakkannya hiperbola. Kadang kadang rasa susah nak faham padahal benda tu simple je. Rasa macam nak marah pun ye. Cut it short la weh. Hahahaha. Mula mula aku baca aku rasa macam tak best , yelah pasal ayat hiperbola dia tu. Aku malas nak faham habes habes. But , makin lama aku baca makin aku jadi sewel macam Mika. Novel ni berjaya tipu aku dan perasaan aku. Sedih. Buat aku sama sama rasa suspen , berdebar debar dan kecewa. Nice job Kaz Ishak !

Thanks for your time , love ya people.


p.s :  5 days to go , semakin ketara peluh dingin di tangan. sobsss.


xoxo


Friday, November 22, 2013

Siapa Kaz Ishak ?

Assalamualaikum & Hello.

Tadi aku bebel pasal Broframestone yang spam notifications aku kan ? Kali ni aku nak cerita pasal Kaz Ishak yang follow aku dekat IG. Siapakah dia ? Orang terkenal ke ? Suam suam kuku ke ? Hurmmm. Memandangkan dia dah follow aku dan kebetulan IG dia tak private IG dia. Sempatlah juga aku usha siapa mamat ni. Rupa rupanyaaaaa , dia seorang writer dekat Roman Buku dan antara karyanya ialah Wayang Jadi Saksi.


Haaa nampak tu ?? Dua dua ada. Broframestone ade , Kaz Ishak pun ada. Hahahaha. Actually I don't have any idea kenapa Kaz Ishak nak follow aku. Aku bukan writer ataupun siapa siapa. Ke dia nak tengok skill aku mencarut lagi mengarut dekat IG yang kadang kadang berpuisi ikut suka hati ? Mihmihmih. Nak amek aku jadi writer dekat Roman Buku ke ?? Kekekeke.

And yes semalam lepas balik kerja , aku singgah MPH Aeon Maluri. Saja nak tengok buku. Biasalah aku , masuk kedai buku konon taknak beli apa apa. Tapi bila keluar tu mesti beg plastik putih tu pun ikut sama. Kononnnn je lebihhhh. ::p


Ye Wayang Jadi Saksi karya Kaz Ishak jadi pilihan aku semalam. Memandangkan dia dah penat penat tekan follow button IG aku , maka dengan itu inilah cara aku membalas penat lelah dia. Currently aku belum start baca lagi. Seru belum sampai. Maybe weekend ni aku try habeskan and buat review next week. InshaAllah. ^_^


Hikhikhik. Siap repost lagi tau bila aku upload gambar novel Wayang Jadi Saksi dekat IG. Taulah buku dia , laju saja likenyaaa. Muahahaha.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : harini kerja aku memang tak berusik sangat , apa nak jadi dengan budak ni tah. :P


xoxo


Broframestone buat lawatan , kekeke! :D

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini yang tak kenal Broframestone kan ? Blogger otai tu babe. Kalau tak kenal , memang nak kenal ni. Hahahaha. Rutin harian aku setiap hari ialah scroll timeline IG. Tengok tudung tu , tengok shawl ni , tengok baju tu , tengok artis ni. Tetibaaaaaa..............................................................................


Ini yang terjadi ! Broframestone spam notifications aku. Mihmihmih. Kemain gambar berhari hari sudah pun dia 'tertekan'. Boleh ? Dah 'tertekan' baru dia follow. Apa pun tak bolehla Bro ni. 


By the way Bro , sangat menghargai jasa baik bro yang rajin 'tertekan' like dekat IG kitew itu. Hahahaha. Tahniah untuk kelahiran Fisha , semoga sentiasa sukses dalam berblogging. Durh. Dah memang sukses , cakap banyak pun tak guna. Hahahaha. Bye.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : harini aku nak spam dashboard korang , naseb. :P


xoxo



Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah