Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Saturday, December 28, 2013

Food Review : Bulgogi Brothers Pavilion

Assalamualaikum & Hello.

Tengok drama Korea , nampak scene dorang makan makan ?? Mesti korang teringin nak cuba kannn ?? Naaahh , pergi try dekat Bulgogi Brothers. Ada 4 cawangan dekat KL - Pavilion/Mid Valley/eCurve & Paradigm Mall. 

Halal ke tak ? PORK FREE. Sebab tu Bulgogi Brothers ada jual Soju (arak Korea) dan alkohol. Mana ada Korea makan makan takde arak ye dok ?? Hahahaha. Korang jela jangan gatal tangan kaki bibir nak try Soju tuuuuu. :D



Ni branch yang dekat Pavilion , nanti dekat hujung entry aku bagi korang address. Siap dengan nombor phone semua eh. Manalah tahu ada yang nak buat suprise dekat girlfren/boifren korang yang gila Korea kaaaannn , bolehla korang buat reservation terlebih dahulu. Gitttuuuu. ^_^



Muka eksaited masing masing menunggu makanan yang diorder. Kekekeke. Barulah aku faham kenapa dalam drama Korea bila makan je mesti nak buat main dengan sudu tu. Sebab sudu dorangggg besssttttt !!




Yang dekat atas ni Banchan (side orders). Kalau korang tengok dalam drama kan banyak side orders dia. Inilah antara antaranya dan yang wajib ialah Kimchi. Banchan yang Bulgogi Brothers bagi ialah - Jagung , Kacang Peas , Ubi Keledek , Kimchi , Kangkung , Kentang Jeruk , Lotus , Keledek Penyek & Bayam. By the way Banchan ni boleh refill. Semalam , Kimchi tu je aku refill sampai 3 kali. Muahahahaha.


Beef Bibimbap. Cara nak makan , korang gaul je semua bahan dalam mangkuk tu. Campur dengan sos yang dia bagi (rujuk gambar sudut atas kanan). Campur , gaul gaul bagi rata. Cedok guna sudu , masuk mulut ! Kunyah , telan , hadam. Faham ?? Hahahahaha.




Beef Short Rib Bulgogi. Haaaa inilah dia makanan yang akan korang nampak dalam drama Korea tu. Yang diwrap dengan sayur kobis tu. Alaaaa yang kalau makan tu kena tonyoh dalam mulut tu. Hahahaha. To be exact , kalau makan bulgogi ni memang akan nampak macam buruk lantak. So , please jangan makan masa first date ye. Kahkahkah.



Kimchi Jjigae. Dalam ni ada beef juga. Pedas and masam masam. Sesuai dengan tekak aku , lepas tu Kimchi dia pula bersepah sepah dalam mangkuk tu. Kenyang weh !!! Dalam Kimchi Jjigae ni ada rice cake juga. Sedap. Kalau aku repeat pergi Bulgogi Brothers , memang aku akan order yang ni jelah jawabnyaaa. :D

Untuk memudahkan korang nak tengok apa lagi yang Bulgogi Brothers jual , boleh klik Menu Bulgogi Brothers. Siap ada explaination lagi okay , baca betul betul supaya tak salah order nanti. Tapi jangan risau takde pork ! Hahahahaha. Semuanya daging lombu den kobar eh. Last but not least , siapa siapa yang ada kad Pichofsalt boleh guna dekat Bulgogi Brothers ya. Boleh dapat discount. :D

Bulgogi Brothers Pavilion
Address : Lot 6.01.03 Level 6 No 168 Jalan Bukit Bintang , 55100 KL
No Telephone : 03-21419620

Thanks for your time , love ya people.


p.s : macam jadi port wajib setiap bulan je Bulgogi Brothers ni. Ehhhmmm.


xoxo


Friday, December 27, 2013

Last day kerja untuk tahun 2013 , Jyeaahhh !!

Assalamualaikum & Hello.

Harini last day aku kerja untuk tahun 2013 ni. Pheew ! Ceritanya macamlah lama lagi nak tahun baru pun , pffttt. Apa pun tak boleh. 2 haribulan nanti aku masuk kerja baliklah puuuunn. Y___Y. Apa aktiviti yang aku nak buat masa cuti beberapa hari tu ?? Hurrmmm.

1. Cari vendor vendor untuk wedding nanti.
2. Layan drama Korea (sambil tayah mandi pagi , hahahaha)
3. Tidur , makan , tidur , makaaaannnn. :D

Rasa macam heaven je nak cuti. Padahal kalau ikutkan Khamis depan dah masuk kerja balik. Haktuih !! 5 hari je. Tak function betul. Hahahaha. Apa pun , selamat bercuti kepada yang bercuti. Kepada yang bekerja , jangan curi tulang. Aku takpe curi tulang , boss aku takde. Kahkahkah.


Balik kerja ni nak pergi Bulgogi Brothers , nanti kalau aku rajin aku buat review eh. Kalau aku tak rajin , aku simpan je sorang sorang dalam hati. Muahahahaha. :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : mimpi pagi tadi menganggu emosi aku betullah , gggrrrrr. Y___Y.


xoxo


Thursday, December 26, 2013

Ayam Panggang Berempah Berlemak Nyum Nyuuuummm…..

| Sponsored Post |

Assalamualaikum & Hello.

To be exact aku bukanlah orang dapur. Nak turn on the stove pun boleh kira berapa kali je sebenarnya. Dah dasar pemalas. Kau nak cakap apa kan. Muahahaha. Tapi aku suka makan , bila aku suka makan maka dengan itu aku suka seek for recipes. Tapi bukan nak try pun , tengok je senang nak masak ke susah. Hahahaha. Kalau susah tak payah cuba langsung , kalau senang nanti dah kawen kita cuba. Errkk ! :P

Dan disebabkan aku tahu sifat pemalas dan tak suka nak masak macam aku ni korang pun ada , maka aku nak share dengan korang resipi senang ibarat makan kuaci dah siap buka kulit dengan korang semua. Over gila perumpamaan aku. Lantak.

Ayam Panggang Berempah Berlemak Nyum Nyuuuummm…..

Bahan - Bahan

·                     1 ekor ayam (dipotong 4-12 , dibersihkan dan ditoskan)
·                     1 cawan Nestle Natural Set Yogurt
·                     3 sudu makan minyak zaitun/minyak sayuran
·                     2 1/2 sudu makan jus lemon (kalau suka masam , korang lebihkan jela)
·                     1 sudu makan garam
·                     2 – 3 sudu makan gula (kalau takut diabetes , kurangkan. Nak guna madu pun boleh.)
·                     Sedikit serbuk perasa (guna Maggi Cukup Rasa sudah)  
·                     1 sudu makan serbuk cili (nak pedas , letak lebih)
·                     3/4 sudu makan mix jintan kasar dan halus (ditumbuk atau blend , aku ? Blend sudah)
·                     3/4 sudu makan biji ketumbar (ditumbuk/blend)
·                     3/4 sudu makan lada hitam (ditumbuk /blend)
·                     1/2 serbuk kayu manis (kalau suka letak lebih , aku tak suka)
·                     4 ulas bawang putih (goreng sampai kuning , then tumbuk )
·                     1 sudu makan halia (ditumbuk/blend. Ikut koranglah)

Cara – Cara
  1. Campurkan kesemua bahan bahan di atas.
  2. Perapkan ayam dengan semua bahan bahan tu. Lagi lama masa perapan , lagi uuummpphh !
  3. Susun ayam yang sudah diperap atas tray. Masukkan dalam oven. Biarkan selama 45 minit sehingga 1 jam. Ikut saiz ayam. Kalau guna ayam belanda , lagi lama. :P
  4. Balik balikkan ayam , takut nanti separuh masak pula.
  5. SIAP !! Ready to eat. Makan dengan sos Peri Peri. TERBAIKKKK !! Hahahaha 

Bahan WAJIB  - Nestle Natural Set Yogurt !! Kalau salah beli brand yogurt , aku tak tanggung. Hahaha.


Sumber : Google

Macam inilah hasilnya Ayam Panggang Berempah Berlemak Nyum Nyuuuummm korang tu bila dah siap masak. Makan dengan nasi putih panas panas pun dah layan kan ? Tetiba aku yang telan air liur tengok ayam panggang ni dah kenapaaaaa. Arghhh !

Kenapa aku guna Nestle Natural Set Yogurt ?? Sebab aku taknak guna santan. Plus , kalau guna Nestle Natural Set Yogurt barulah nampak modern sikit. Sekarang kan dah zaman millennium Cik Kiah ooii. Sambil tu boleh juga aku nak jaga badan , sihat ok sihat ! Hihihihi. Sebab dalam 100g Nestle Natural Set Yogurt ada 57kcal & 1.6g of fat compared dengan santan , yang ada 28.3g of fat. Huhuhu. Kalau korang tak percaya , nah pergi baca sendiri dekat Nestle Natural Set Yogurt.

Thanks for your time , love ya people.


ADVERTORIAL INI DIBAYAR OLEH NESTLE


p.s : actually aku pun blur blur lagi pasal Sponsored Post ni , tapi kasi redah jela. Belum cuba belum tahu kaaaannnn. ^_^v


xoxo

 

Tahun 2013 : Semua rasa ada , semua rasa cukup.

Assalamualaikum & Hello.

2013 dah nak melabuhkan tirai dah. Kejap je. Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2014. Ye. Tahun baru menjelang tiba. Azam tahun ni apa cerita ? Aku pun dah lupa weh apa azam aku untuk tahun ni. Kahkahkah. Teruk ! Azam sendiri pun boleh lupa. Apa nak jadi dengan kau ni Nadia weh. Hahahaha.


Kalau ditanya 2013 ni tahun yang baik ke untuk aku. Mestilah baik baik sahaja. Ujian dan dugaan tu orang kata adatlah ye. Nama pun manusia dan kehidupan. Ada kala gembira , ada kala sedih , ada kala di atas , ada kala di bawah. Tak bermaksud bila kita dekat bawah tu , selamanya dekat bawah. Tak bermaksud bila kita dekat atas kita takkan pernah merasa duduk dekat bawah. Kannn ?? :D

Apa yang pahit dan manis untuk tahun 2013 ni bagi aku ? Ermmm. Kalau nak cerita semua alamatnya memang sampai besok subuh pun aku tak boleh nak publish entry ni. Kahkahkah. Cukuplah aku cakap ada satu pahit dan satu manis yang cukup terkesan dekat hati aku ni. Kalau salah bual yang manis tu mahu senyum tak putus , kalau salah bual yang pahit tu mahu ada yang teriak kat office ni. Kekekeke.

MANIS

Yang manis tu tak payah sebut pun sebenarnya orang dah boleh agak. Hahahaha. Ye yang termanis untuk tahun 2013 ni semestinya bila aku rasmi jadi tunangan orang. Dah bukan berangan rangan dekat depan cermin duk main sarung sarung cincin. Kekekeke. 

Siapa cakap kalau dah bertunang ni manis je sentiasa. Tak juga. Ada dugaan dia , tapi antara pilihlah antara nak sambung layan perasaan dengan dugaan tu or aku just nak pandang dan move forward. For the meantime , aku pandang dan aku buat tak tahu je. Sebab bagi aku , time time berdarah manis macam ni syaiton tu memang berlumba lumba siap main pass pass baton ok nak kacau , nak campur adukkan perasaan aku. Tapi bak kata Wan , watlek watpis. Muahahaha.


Haaa amek !! Muka watlek watpis aku. Hahahaha. Aku percaya kalau aku remains kuat macam ni , aku akan berjaya tepis semua dugaan dan anasir anasir yang tak elok dekat luar sana tu. Jyeahh !! Aja aja fighting !! Jangan hangat hangat taik ayam Nadia , aku lempang sat gi. :P

PAHIT

Pahit ?? Memang yang terpahit aku pernah hadap selama 24 tahun aku hidup atas muka bumi ni oiii. Ye. Yang terpahit ialah masa aku tahu pasal ayah. Ye , pasal lung cancer dia. Siapa yang tak terduduk kalau tahu ayah dia ada sakit macam tu. Siapa yang tak menangis , tak teriak kalau tahu berita sehebat macam tu. 


Aku dah terduduk , dah rasa tak mampu nak bangun balik pun masa aku tahu berita tu. Dah tak tahu nak rasa apa. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi. Berkat doa keluarga , sedara mara , tunang tercinta dan kawan kawan semua. Alhamdulillah , ayah dah boleh bangun , dah boleh berjalan dan yang menggembirakan aku ayah dah boleh bawa teksi balik. Aku tahu ayah aku kuat , lebih kuat daripada aku. Aku tahu ayah akan sihat balik macam sebelum sebelum ni. Aku tahu ayah boleh punya. Aja Aja Fighting !! Harharhar.

Aku harap tahun 2014 yang akan datang ni semuanya akan baik baik sahaja. Kalau boleh aku taknak dah ada cerita pahit pahit macam tahun ni. Tapi siapalah aku untuk sangkal apa yang Allah dah janjikan untuk jadi dalam hidup aku ye tak. So , Nadia !! Stay strong and stay gorgeous okeh. Amboiii. Gorgeous engkauuuu. :D

Thanks for your time , love ya people.


p.s : agak agak kawen aku nak pakai warna apa ?? hurrrmmmm........


xoxo


CPUV 8 : INTI Cycle 1 Degree Extension

Assalamualaikum & Hello.

CPUV ke 8 daripada INTI College , thanks Nuffnang ! Aku perasan 3 hari lepas ramai duk update pasal dorang dapat CPUV INTI ni , aku pula bebai lambat nak update. Hikhokhikhok. Ketinggalan zaman sikit takpela kot kannnn. :P


2 campaign yang masih on going. Perhaps lamalah sikit bertahan ye. Hihihihi. Apa pun thousand thanks dekat Nuffnang sebab sudi bagi iklan lagi. Lain kali bagi banyak banyak terus. Wakakakaka. 

Thanks for your time , love ya people.


p.s : riki riki vendor untuk future event , pheeew ! banyak gila choicessss. Y___Y.


xoxo


Tuesday, December 24, 2013

Free Labels From NURSAILA NORMAN #1

Assalamualaikum & Hello.

Scroll scroll reading list tadi , ternampak entry Free Labels From NURSAILA NORMAN #1. Terus laju laju nak join. Boleh korang korang kat luar tu join kalau nak dapatkan Free Labels Template. Hihihihi. Aku join dengan harapan lepas ni tak payahlah aku susah payah nak godek google lagi. Yelah , selama ni aku godek mencari template , nak jumpa yang free tu kemainlah susah. Asyik asyik berjodoh dengan yang kena bayar. Menyampah. Y____Y.

Syarat - Syarat :
  1. Follow blog puterigaban.blogspot.com (semestinya dah follow).
  2. Buat 1 entry bertajuk Free Labels From NURSAILA NORMAN #1.
  3. Letak gambar ni dekat bawah tu dalam entry korang and backlink kan ke blog beliau.
  4. Tinggalkan link blog & email address untuk mendapat free labels !! SIAPPPPP.

Itu je syarat dia , tak payah nak kena LIKE page Facebook. Tak payah nak kena tekan Nuffnang Ads. Tak payah nak kena tekan link Churp Churp. Semudah ABC dah Kak Saila ni buat giveaway macam ni. Kalau korang tak join , tak tahulah aku nak kata apa. Kekekeke.

Tarikh Tutup : 14 Januari 2014.

Bila tarikh dah tutup nanti janganlah menggelupur nak minta dah. Kalau aku ada softcopy tu pun aku taknak bagi. Sebab aku kedekut. Kahkahkahkah. Teruk betul perangai.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : belek belek package pengantin untuk tahun 2014 , PITAM ! 


xoxo



Food Review : RSMY - Nan Cheese. Cheese leleh leleeeehhhh. ^^

Assalamualaikum & Hello.

Daripada minggu lepas aku duk teringin nak makan Nan Cheese dekat RSMY House Of Real Beriani Medan Tuanku tu tapi Wan tak nak bawa. Katanya malas masuk KL , gila kejam. Kesian kita , teringin sampai pergi google gambar gambar Nan Cheese dekat RSMY tu. Konon macam boleh hilang teringin tu , padahal !! Lagi teringin adalah wooii !!


Tapiiiii semalam , aku dah berjaya pujuk Wan pergi RSMY. Hip hip hoooraaayyyy !! Kalau korang rasa disebabkan RSMY ni dah famous serata KL mahupun luar KL dan korang mengharapkan RSMY ni sebuah kedai makan yang cantik indah nan sentosa. Korang silap. Bagi aku , RSMY ni sama je macam mapley mapley biasa. Cuma dorang punya specialty is Nan Cheeseeeeeee.







See !! Sama je macam mapley mapley lain kan ?? Cuma beza dia , kalau dekat mapley lain mungkin banyak tempat duduk kosong. Tapi dekat RSMY kalau korang datang lambat sikit , memang korang kena tunggu orang lain habes makanlah baru dapat tempat duduk. Sebab seriously ramai orang , especially lepas office hour. Aku semalam pun kebetulan ada satu couple ni bagi tumpang meja dorang sebab dorang pun dah nak habes makan. Kalau tak ? Aku duklah drooling tengok orang tarik tarik nan cheese dorang tu.



Alaaaa ! Ternampak pula Ayam Tandoori aku dalam gambar atas. Tak surprise dah. Hahahahahaha. So , ni menu dia. Takdelah varieties sangat macam mapley lain , kau cakap je kau nak makan apa gerenti ada kan. Hahaha. RSMY ni memang focus on Nan Cheese Best In Town & Beriani Bukhari Longest Basmathi Rice je.





Choooiiiii !!! Cheese meleleh leleh macam makan pizza. Wakakakaka. Sampai Wan pun marah aku , sebab aku duk buat main cheese tu. Tarik tarik tarik tarikkkkk. Hahahahaha. Tension je orang yang menunggu table bila tengok aku duk seduce dorang guna cheese leleh tu. Kekekekeke.

Kalau ditanya aku sedap ke tak , mantop ke tak. Kau rasa ?? Mestilah A++ weh !! Dah tentu tentu aku ni hantu cheese , dapat lak yang melting macam ni. Perghhhh gila tak suka. Habes licin aku bantai. Sorang sekeping okay , taknak kongsi. Aku macam biasalah , tamak. Kahkahkah. Naseb habes , kalau tak mau aku kena sekeh dengan Wan. Tak percaya ke aku habeskan sekeping nan cheese tuuu ??? Nahhh !!


PERCAYALAHHHHHH !! Mana mungkin aku makan tak habes. Kahkahkah. Tinggal biji biji hijau tu je. Sebab aku tak suka. Hahahaha. Yang lain ? Licinnn !!! Cheese yang melekat kat pinggan tu , ikut hati aku nak kopek kopek je. Biar senang aney tu basuh pinggan. Wkakakaka. Tapi nanti orang kata pelahap pula. Biar muka tak cantik tapi jangan pelahap. Ni muka dah cantik buat perangai pelahap , oh tidak. Jatuh kredibiliti ahkak dik non. :P

RSMY House Of Real Beriani
  • 11 & 13, Jalan Medan Tuanku 50300 Kuala Lumpur
  • Tel : 03-26970700, 019-3258282
  • RSMY house of real beriani
  • @officialrsmy

  • Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat - Nan mulai 12 Tengahari , Sabtu dan Ahad - Nan mulai 5 Petang , 

  • Thanks for your time , love ya people.


  • p.s : RSMY - setentang Maju Junction , sederet Lotus Restaurant.


xoxo


Monday, December 23, 2013

Cari tarikh kahwin ? Nak tahu bila cuti sekolah ? Nah KALENDAR !

Assalamualaikum & Hello.

Aku tahu , bukan aku sorang je yang tengah menghadap kalendar untuk tahun depan. Mesti ramai lagi B2B 2014 yang duk belek kalendar kan ? Nah ni untuk korang yang still takde lagi kalendar tahun 2014.


Kalendar ni pun aku dapat daripada Facebook Kad-kadkahwin.com. Just untuk panduan korang korang yang nak pilih tarikh. Hihihihihi. Marilah kita sama sama pilih tarikh yeeee. :D


p.s : macam tak caya je aku dah tunang and now nak cari tarikh nikah. kekekeke.


xoxo


Give Away by Orchid Stores

Assalamualaikum & Hello.

Siapa siapa dekat sini Bride To Be macam aku ? Jom join Give Away by Orchid Stores. Syarat yang mudah dan hadiah yang menarik , serious boleh jimat cost kalau menang. Tak tipuuuuu. :D

Syarat - Syarat : 
Hadiah : 

500 pcs printed paper bag secara PERCUMAAAAA !!!!!

Kan aku dah cakap , syarat give away ni senang gila. Hadiah pun lumayan gilaaaaaa ! Aku sukaaaa. Boleh jimatkan kos belanja. Apa lagi , jomlah kita sama sama cuba nasib. Tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yang tahu. Hihihihihihi.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : alhamdulillah , dah publish entry sponsored post. ^^


xoxo


Kak Miep + Peyjal Wedding

Assalamualaikum & Hello.

Bila umur dah semakin meningkat ni , makin banyak wedding and engagement day to attend. Huhuhu. Not to forget , Jumaat haritu aku dijemput menghadirkan diri ke wedding Kak Miep & Peyjal dekat International Youth Centre Cheras. 



Masa aku sampai tu , pengantin baru je masuk dalam dewan. Kiranya ngam ngamlah aku sampai. Sempat tengok dorang makan beradap and bersanding. Gambar makan beradap memang takde , sebab masa tu aku dah kebuluran. Kalau dibiarkan , boleh jadi perang. Hahahaha.



Ni masa pengantin berarak masuk dewan , masa ni aku belum sampai pun lagi. Kahkahkah. Tapi biasalah , aku minta ihsan akak roommate aku lagi sorang untuk Whatsapp aku semua gambar. Muahahaa. Bijak bijak. :D


Gambar makan beradab pun aku minta ihsan sebab masa dorang makan , aku pun makan. Lapar weh. Balik balik kerja terus kelam kabut bersiap nak pergi wedding. Y___Y.


Aku suka gila babeng dengan pelamin dia. Kalau aku nak pelamin macam ni juga boleh tak ? Ala paling paling kopak koyak rabak je poket and wallet aku. Kekekeke.


Kau tengok baju pengantin pompuannn ! Taknak liplapliplap pula. Jealous. Peplum punya design. Simple , kain je sarat. Veil dia pun takde panjang benor. Mungkin bukan 13 juta. Ehhh ! :P



Belangkas aku masa dekat UiTM. Mana ada aku , disitu ada minah ni. Di mana ada minah ni , mesti ada aku. Tapi tulah , sekarang ni dah susah gila nak jumpa. Padahal dekat je , sorang Shah Alam sorang KL. Tapi lagak dia macam sorang duduk Barcelona , sorang lagi duduk Phuket. Akulah tu yang duduk Barcelona. Kekekekeke. Tapi even jarang jumpa pun , gossip masih jalan macam biasa. Biasalah perempuan. ^_^v



Roommates !! Rindu gila dengan dorang. Dua yang hujung tu senior , dua yang tengah tu junior. Padahal beza 1 tahun je. Wakakakaka. Inilah dia , geng lepak geng overnight masa dekat Perak dulu. Sekarang sorang dah kawen , 3 more to go. Pheeww ! Who's next ?? Jeng jeng jeng. :D


Amek berkat session. Asyik amek berkat orang kawen je , ktorg ni bila nak kawen ni ? Hahahaha. InshaAllah akan follow jejak Kak Miep & Peyjal soon. Amin. Korang doakanlah yang baik baik ye.



Last but not least , sebelum balik ! Hahahahaa. Lepas ni tak tahu kurun ke berapa baru nak jumpa , so kita kasi tangkap gambar puas puaslah ye. Kekekeke. :D

To both , Kak Miep & Peyjal. Selamat pengantin baru. May Allah bless both of you until Jannah. Akhirnya kawen pun korang , walaupun dulu masing masing kata korang takkan kawen each other kan ? Naaahh !!! Amek !!! Sekarang , makan balik apa korang cakap. I'm happy and am glad to see both of you on the dais. So sweet , so lovely. Tapi still gado gado manja macam kucing nak mengawan korang tu juga yang aku rindu. Kekekeke. Have a blast sista ! Hugs & Kisses.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : 2 hari beturut makan nasi minyak , gemok. Y___Y.


xoxo


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah