Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, January 13, 2014

3 Tahun

Assalamualaikum & Hello.

10 Januari 2014 , genap 3 tahun aku berkhidmat dekat Discovery Overland Holidays sebagai Assistant Database Management. Kejap je weh , pejam celik pejam celik dah 3 tahun. Rasanya macam baru semalam aku datang interview pakai baju kurung polkadot tu. Tau tau dah 3 tahun. Perghhh !! Tua dah rupanya. Lol.

Kalau ditanya , seronok ke kerja ? Sama je sebenarnya. Dah takde hati pun ye. Hahahaha. Tu yang duk apply kerja tempat lain , tapi masih belum ada rezeki kot nak dapat dekat mana mana. So , sementara tu berjasalah dekat company ni dulu. Dalam 3 tahun ni , dah banyak pun colleagues department aku yang ca alip but. Hahahaha. Ada yang cabut bagi notice , ada yang cabut tak bagi notice. Ada yang cabut sebab tak boleh blah dengan manager aku , naseb belum ada yang cabut sebab aku. Eh yeke takde ? Lalalalalalalala. :P

Sepanjang 3 tahun kerja sini , aku dapat nampak satu perangai aku. Bila kerja , aku garang. Aku tak suka orang kacau kacau aku or tegur tegur ajak borak. Boleh ? Tapi kalau Skype , aku layan. Sebab aku tak suka keluarkan suara aku bila aku buat kerja , nanti aku hilang fokus. Sebab tu budak budak baru masuk mostly tengok aku macam nampak pontianak. Miahahahahaha. Dan sebab tu juga ada colleague aku panggil aku cikgu , garang je memanjang. Tssskk. Aku pun spesies manusia yang tak suka ulang apa yang aku pernah cakap. Lagi pedih bila budak baru masuk , boss aku suruh aku handle. Nanges. Dapat pula bangsa yang orang suruh jot down dalam buku tapi ajet ajet boleh ingat semua. Makan kismis minda eh boleh ingat semua. Y___Y.

FYI , daripada awal penubuhan company ni akulah manusia pertama yang paling lama kerja dekat department ni. Sebab apa ? Sebab manager aku tu lorat. Wakakaka. Selamba kutuk. Tapi betul , kerja dengan manager aku leceh nak mampos. Sebab dia tu jenis perfectionist , serba serbi tak boleh. Bayangkan masa aku baru masuk kerja awal awal dulu. Dia pesan 'No interneting , No skyping , No chatting'. Nak pakai earfon dengan lagu pun tak boleh. Kau tak seram ? Dahla kerja menghadap system 8 jam. Nanges weh takde hiburan. Maka dengan itu , aku break the rule. Wakakakaka ! Aku Skype , aku chat , aku update blog , aku dengar lagu but kerja masih tak diabaikan (dibaca puji diri sendiri). ^_^v

Dah dapat manager kekwat macam tu , tapi kenapa aku tak blah ? Gaji tinggi ke ? Hahahaha. Hell No ! Bertuahlah aku kalau gaji aku tinggi kerja dekat company ca ya nun alip ni. Ngeee. Siapa yang kerja dengan dorang ni fahamlah apa yang aku maksudkan tu. Tapi kenapa aku tak berhenti ? Hurm. Sebab kawan kawan aku. Colleague aku dekat sini best. Ktorg semua rapat , baik melayu baik cina. Boleh lepak breakfast sama sama. Boleh bergurau gurau macam adik beradik. Yelah most of my time , spend dekat office kan. Kalau dapat colleagues yang macam strangers. Pedih. Harini masuk kerja , esok berhenti. Wakakakaka.

But whatever it is , sekarang ni susah nak cari kerja. So , bila dah dapat kerja tu. Bersungguh sungguhlah ye. Walaupun nak update blog , kerja please yang diketepikan. Tu tempat cari makan weh. Bukan tempat luahan perasaan. Miahahaha. Cakap untuk diri sendiri , walaupun kadang kadang aku tengok drama Korea dulu sebelum mula kerja. Kasi panas enjin. Katanyaaaa. Miahahaha.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : 304 hari lagi tolak 4 hari tinggal 300 hari tolak sehari tinggal 299. Weh !! Hahahahaha


xoxo


14 comments:

  1. ada buat kenduri tak nie sambut kesyukuran..hihihi.. (saje gurau-gurau petang je, jgn mara aaa..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha. Kenduri eh. Doa doalah gaji pun ganda 36 bulan. Hamboi. :D

      Delete
  2. Assalamualaikum. awak sama cam saya. tak suka cakap benda ulang 2-3 kali. lagi satu sy garang sebab saya tak pandai mengajar org. hahahhaa. paling lama pernah kerja kat satu tempat tu 2 tahun 2 bulan. berhenti pasal terkejut berita pregnant. hihi. berhenti 2 bulan. skrg kerja kat tempat baru. dekat sikit dengan rumah. nanti dah bersalin, berhenti lagi. kihkih. rasanya tu lah kenangan bekerja paling lama. pasni dah ada baby, berkhidmat untuk baby dan suami sekeluarga.

    Apapepun, mari kita bekerja dan cari duit halal. hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss !! Kita pun fail betul nak ajar orang. Tu yang sekali ajar tu kena dengar betul betul. Kali kedua ajar tu belum tentu sama dengan apa yang first cakap tu. Lol. Wah bestlah berkhidmat untuk baby & husband je. Takyah makan hati kerja dengan orang. Hihihihihi. :)

      Delete
    2. hehe harap2 lepas ni jadi surirumah sepenuh masa yang tak garang. hihi.

      Delete
    3. Dengan harapanlah Sheila. Hahaha. :D

      Delete
  3. fadh pown da masuk 3 tahun kerja kt UTeM..makin hari makin bosan sbb skop kerja sama je..mcm xmencabar langsung..skrg ni mmg nk mntak reshuffle mane2 bahagian lain plak..tp sape dpt duk tmpt fadh untung la, rehat lg bnyak dr keje..tp pelik asal fadh xsuke..sbb bosan sgt kot..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nad pun sama. Nak minta transfer department lain tapi tula. Takde yang pakar pula nanti. Kang meroyan lak manager Nad tu. Dah satu hal nak kena hantar wad gila. Wakakaka.

      Delete
  4. paling lama keje kat tempat sekarang.. hampir 6 thun.. suasanan santai jek keje.. tokey cha alip nun jugak.. gaji adalah naik setiap tahun walaupon ciput.yang paling best now bonus dapat banyak.. bukan bodek ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa. Wah ! Bestlah bonus banyak. Gaji pun samalah naik ciput je. Wkakaka. Takpela , janji ada daripada takde. :D

      Delete
  5. ika pula nanti kerja kat hospital, menghadap semua doktor2 yang memang di-train menjadi heartless, emotionless, memang takde life laa dibuatnya, tak nak keje laa boleh tak? nak buat business je, insyaAlla hidup suami boleh tanggung lagi miahahahahha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha better kerja sekejap kot. Tak rasa macam membazir ke belajar tinggi tinggi. Tapi macam tak gunakan sebaik mungkin. Gain experience sikit. Cari modal buat bisnes , then stop kerja sambung bisnes. :D

      Delete
    2. betul3, itu laa yang difikir2kan, tapi ika ni takde confident bab business sendiri, tengok abah business, family asyraf business, asyraf tu sendiri otak business, jadi macam nak join venture je ahahaha..tp realitinya ika bukan minat sangat pun, selok belok business pun tak tahu, ada hati nak business lagi tu haha

      Delete
    3. Samalah dengan Nad , tapi macam nak try juga. Tapi itulah dia bisnes apa tah nak buat. Miahahahaha.

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah