Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, January 7, 2014

Belajar sampai menara gading TAPI.................................................

Assalamualaikum & Hello.

Aku tak tahulah apa nak jadi dengan graduan universiti nowadays. Bukan nak kata aku ni dah cukup hebat , aku ni dah cukup bagus. No. Tapi dah terlampau banyak sangat yang aku perhatikan. Graduan universiti sekarang ni dah tak lagi berkualiti to be exact. Kenapa aku cakap macam ni ?

Aku dah bekerja dekat tempat kerja aku ni for 3 years (this coming 10.01.14). Dah banyak sangat aku tengok candidate untuk department aku yang datang interview , and bila dah lepas interview tu terus masuk kerja for few months. Then ? Left. Ada juga yang kerja beberapa hari je. Lepas tu left without notice. Selamba derk ! Hahahahaha. Bila aku tanya background dorang dekat boss aku , bukannya budak tak habis sekolah. Malah belajar sampai degree nu ha. 


TAPI


Menyedihkan , memalukan. Masa belajar dulu lecturer tak ajar ke buat surat berhenti kerja yang formal macam mana ? Ni berhenti semua pakat hantar SMS takpun langsung senyap sunyi. Masa nak kerja , beriya kata boleh buat kerja. Bersungguh ni kata nak kerja. Tapi bila dah dapat kerja ?? Katanya kerja tu tak sesuai dengan apa yang mereka belajar dekat universiti. Hahahaha. Memanglah tak sama , dunia belajar dengan dunia bekerja ni dua entiti yang berbeza ye adik adik oi. Mana mungkin sama macam dalam text book korang dekat universiti tu. ^_^

Itu satu hal , hal yang kedua. Aku perhatikan lagi. Observation dekat tempat kerja sendiri je , tempat kerja orang lain aku harap takdelah macam ni. Wakakaka. Kalau ada juga jenis jenis graduan universiti yang macam ni , mampos aku rasa person in charge graduan graduan tu. Meroyan weh tetiap hari. Kekekeke. Sebab yang kedua kenapa aku cakap graduan universiti sekarang ni no longer berkualiti ? Sebab , dorang ni aku rasa belajar bukan untuk bekerja. Dorang belajar untuk lulus periksa je. Dorang hafal intipati dalam buku tu. Bukan dorang cari solution based on logic sense and relatekan dengan situation. Sebab tu bila situation tu lari sikit daripada syllabus buku , dorang menggelupur. Used your logic and common sensela dear.

Kerja aku ni bukannya susah pun. Kerja as data entry weh. Keyin data dalam system je. Menghadap system yang sama setiap hari. Dan system ni tak pernah berubah pun dalam masa satu hari. Tapi aku tak tahulah samada aku ni yang fast learner ke mereka ni yang slow bercampur blur. Huhuhu. Penat nak cakap and ajar benda yang sama ulang ulang. Huhuhu. Dapat pula jenis yang bila kita bercakap tu bukan nak buat note. YaAllah sakitnya hati. Aku tahu level pelajaran korang lagi tinggi daripada aku , tapi you should take note dengan apa aku cakap. Ini tak , esok lusa tulat. Tanya lagi. Tanya lagi. Y___Y.


BUKAN TU JE YE


Third issue yang aku tengok , hurm. English. Bukan nak cakap aku ni kalau speaking London memang AAA ke apa ke. Aku cakap dan menulis pun broken english weh. Nasiblah faham ke tak faham. Wakakaka. Tapi kau dah tahu yang kau kerja dengan company cina. Yang memang orang kata , pakai bahasa inggeris 70%. Email replied in english , talk to the superior in english. Supposed , adalah inisiatif untuk belajar bahasa inggeris. Ni tak , reply juga email. Tapi ? Sorang cakap itik sorang jawab kucing. Akhirnya apa pun tak boleh. Hahahahaa. Sedih. Basic english should be okay , ini tidak. Boss cakap bahasa inggeris , kau jawab bahasa melayu. Kau cakap dengan aku berapa peratus je cina yang faham dan fasih bahasa melayu ??? Y____Y.

Dan disebabkan benda benda macam nilah ramai graduan universiti yang still tak dapat kerja walaupun belajar dah tinggi sesangat dah. Sebab dorang tak adapt environment bekerja. Dorang masih lagi dalam environment yang minta suap je. Yelah dulu semuanya lecturer suap. Bila kena fikir sendiri ? Bodoh. Please open up your mind and think. Takkan setiap hari colleagues & boss kau nak suap kau. Letih. Faham tak apa yang cuba sampaikan ni ? Tolonglah faham. Hahahaha.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : kan ahkak dah meroyan , Y___Y.


xoxo


12 comments:

  1. masalah komunikasi tu.. cakap dgn member pandai, bila suruh bercakap dalam meeting atau dikalangan rakan sekerja..hancurrr.. hurmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly ! Kalau bab bergossip , macam macam intipati tahu. Tapi kalau bekerja ?

      Delete
  2. Ha'a, betul lah.
    Diorang kerja tak serious n ikut dek je sukahati je haih.
    Proper manner lah sikit kan kak nadia kan/ Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Qila kan ! Qila pun boleh think out of the box.
      Itulah masalah sekarang ni. Hish.

      Delete
  3. this is a good article...hehehe..sy pun perasan benda yang sama..now day sy tengok banyak budak muda yang tau nak buat kerja tapi tatau cara kerja yang betul end up kerja dia sendiri yang berserabut...cara bekerja itu takes time sebab benda2 macam tu tak belajar time kat u..tapi ada laa sesetengah graduan yang jenis kuat sentap lalu resign bila rasa tak tahan pressure...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly !! Sangat kuat sentap lepas tu berhenti dengan harapan ada tempat keje lain nak amek. Padahal zaman sekarang ni kalau memilih kerja , makan pasirlah jawab dia. :)

      Delete
  4. Fiza rasa tak semua kot.. Fiza pun bekas graduan jugak.. Fiza setuju jugak dengan artikel nie.. tp tak semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bukan semua , tapi bilamgan yang macam ni sangat besar. Buat kita yang bekas graduan ni pun terpalit sama sebenarnya. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. :D

      Delete
  5. salam kenal sis.sory baru sempat singgah :)

    wah suka entry ni.kak lea pun banyak terima resume fresh graduates.ada yang betul2 bagus cara kerjanya.sebab mereka sendiri sentiasa perbaiki diri dengan bertanya senior,tak rugi tambahkan ilmu melalui pengalaman staf2 lama.masuk kerja cara baik,berhenti pun kenalah cara baik,buat surat bukan blah je atau sms alahai.

    point kat atas tu ada yang sama macam kak lea alami kat office ni hah alahai.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal jugak Kak Lea. :)

      Itulah dia. Kita ni walaupun bukan HR department. Tapi tengok boss kita duk complaint pasal candidates and pasal staff yang tak confirm lagi ni buat kita pun naik tension. Tambah tambah kita pula tu yang diamanahkan untuk supervise dorang. Tapi dah kalau jenis tak suka tanya , ikut suka hati buat sendiri. Lepas tu kalau salah kita juga kene. Y___Y.

      Sedih sedih sedih.

      Delete
  6. typical graduan nowadays tu nad :)

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah