Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, January 28, 2014

Monthly therapy aku bukan handbag , bukan kasut , bukan baju. Tapiiiii................

Assalamualaikum & Hello.

Setiap perempuan yang dah bekerja , yang dah merasa pegang duit sendiri , yang dah nampak duit asyik tergolek masuk akaun bank setiap hujung bulan. Mesti akan ada monthly therapy session. Setiap bulan nak therapy kau kan. Bajet bajet macam kerja stress sangatlah pun nak therapy bagai. Nak shopping tu cakap jelah nak shopping keeenn. Takyah nak guna perkataan therapy tu kekdahnya. Hahahahaha.

Dan monthly therapy aku bukanlah handbag , bukanlah kasut , bukanlah baju mahupun tudung. Yang tu semua bila aku ada mood nak beli dan tukar je aku beli dan tukar. Kalau tak ? Pakai jelah yang sama tu je. Mihmihmih. Bukan kedekut , bukan bajet. Tapiiii......................................



Aku lagi suka.............



Beli BUKU........



Seriously , walaupun aku ada banyak lagi buku yang tak habis baca. Yang tak start start baca pun ada. Tapi aku suka beli buku. Taktaulah apa yang best sangat tah bila beli buku ni. Hahahahaha. But , aku sangat satisfy bila dapat beli buku. Lagi satisfy bila dapat beli banyak banyak sekaligus. Miahahahaha. Beli buku boleh diclasifykan sebagai membazir dan boros tak ? Tak kan ? ^^

Macam semalam. Colleagues aku ajak dinner dekat JJ Maluri , aku ulang suara ajak dinner ye. Tapi dalam kepalotak aku dah nampak MPH Book Store melambai lambai. Hahahaha. Horror gila. Dalam kepala , aku dah pikir pikir dah nak beli buku apa. Bukan pikir nak makan apa ye. Tapi pikir nak beli buku apa. YaAllah.

Masuk masuk je MPH , aku pandang dulu dekat hotseller untuk minggu ni. Nak juga tengok buku apa yang hot untuk dibeli. Padahal dalam kepalotak dah ada dah list buku panjang berjela. Hahahaha. Tapi biasalah , cuci mata kata orang. Apa salahnya ye dok. 

Aku siap sempat doa lagi ok 'Minta mintalah buku Gantung Nadia Khan tu ada stok'. Over kaaaannn. Kekekeke. Sekali pandang ! In Stock. Kelam kabut okay lari pergi tengok dekat rak buku. Hahahaa. Bila nampak tu , terus sambar! Dah macam helang sambar makanan. Padahal bukan ada orang lain pun kat rak buku tu. Takut sangat orang amek buku yang aku nak tu. Mihmihmih.


Alhamdulillah !!! Dapat pun aku buku ni. Kau gilaaaaa. Banyak kali okay aku jejak MPH tu , duklah out of stock. Bila tanya staff MPH tu bila buku ni nak in stock , duklah dia cakap 'Tak tahulah kak'. Hahahahaha.

Apa korang ingat aku nak cari satu buku tu , satu buku je ke aku beli ? No way ! Wajiblah aku usung lagi satu dua biji lagi. Miahahahahaha. Aku dah cakap , aku tamak. Nak buat macam mana. Wan siap warning aku lagi 'Beli 2 3 jelah eh , bajet 50 je k syg'. Hahahaha. Ye bie , sayang beli 3 je ni tapi bajet lebih sikit. Hahahaha. Amek yang paling maksimum punya. Kalau dia cakap beli 3 4 , aku belilah 4. Wakakakaka.



Kenapa aku pilih Jangan Baca Novel Ini ? Sebab aku ada baca review , cakap buku ni best. Tapi from the cover , aku dah seram. Haaa acane ?? Kenapa aku pilih Ulu Yam di Liverpool ? Sebab aku ternampak dekat Instagram Fynn Jamal. Kau tau jelah kalau Fynn Jamal punya review. Daripada taknak beli , daripada taknak tengok , daripada nak beli taknak beli terus terbeli. Hahahaha.

So , nanti ada masa lebih sikit aku buat review ye. Aku ada 2 buku nak buat review , tapi tak buat buat. Maaflah !! Lately ni rasa malas nak tulis entry bermanfaat , yang mencarut lagi mengarut aku rajinlah. Ha sudah. :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : disebabkan 3 novel ni , aku tutup novel english yang currently aku baca. hahahahaha.


xoxo


12 comments:

  1. Assalamualaikum nad. huwaaaaaaaaaa lama sheila tak buat monthly therapy! dulu suka beli novel. sekarang rasa nak jual je novel yang ada. hehhe. bukan taksayang buku2 tu, tapi nak simpan space untuk benda lain. hmm Y__Y

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Itulah masalahnya , Nad pun ada masalah sama. Rak buku siap roboh roboh angkara anai anai. Nak beli kotak besi je nanti. Hahahaha.

      Delete
  2. baguslah beli buku, banyak membaca ni otak fresh jer.. hihiihih.. mama takde dah kot nak beli buku, beli pampers anak je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kita belum ikut jejak mama lagi nak beli pampers , so beli buku banyak banyak dululah. Hahaha

      Delete
  3. Replies
    1. Kan !!! Sangat ohsem sampai kadang kadang lupa nak mandi. :P

      Delete
  4. Replies
    1. Biasalah , bila dah makin banyak komitmen. Makin tak cukup masa. :)

      Delete
  5. Sama la kita. Tp since ada baby, beralih arah pula asik shopping barang baby... Sori, bru ada ms BW... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Nelly ! Hihihi. Lagi seronok shopping barang baby. Semua rasa nak belikan. Dahla sekarang macam macam fashion. Comel comel je. ;)

      Delete
  6. Hahahahahha :D
    Betul lah tu kak nadia!!
    xD Qila rasa nnt qila mcm akak kot wek :P
    Hihihihhi.
    Bagus lah buku ;)
    Drpd benda yg takde pekdahnya hahahaha.

    Thanks sharing kak nadia :D
    Qila kalau ada duit mmg borong semua PIXI ah heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Akak pun sampai duduk bangun duduk bangun dekat shelves tu. Padahal ada 2 shelves je yang jual alternative author punya buku. Miahahahaa. Sampai member akak sound ok "Kau tak sudah lagi ke ?". Dia daripada jamban sampai tawaf book store tu. Akak tak sudah lagi. Parah. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah