Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, January 30, 2014

Nad's Kitchin : Bihun Sup

Assalamualaikum & Hello.

Hari Selasa haritu ayah request nak makan Bihun Sup , mama malas nak masak. Ayah kata taknak beli dekat luar , membazir katanya. Lagipun barang barang nak masak tu semua dah ada. Tinggal nak masak je. Lepas tu ayah pandang pandang aku. Alamak nak suruh masaklah tu. Fail ! Hahahaha. Aku tahu masak Bihun Sup Pama yang instant tu je. Kekekeke.

Maka malam itu , berkelentang kelentunglah aku dengan adik aku. Hahaha. Aku paksa dia beli fishball fishcake semua sebab ayam masa tu beku lak dah. Tak kuasa aku nak rendam , nak tunggu ais tu cair je dah boleh pergi tido dah satu rumah. Hahahaha.

Bahan - Bahan (Sup)
  • Fishball/fishcake (boleh tukar guna ayam/daging dan lain lain)
  • Sawi
  • Tomato
  • Bawang Merah (tumbuk/blend)
  • Bawang Putih (tumbuk/blend)
  • Telur Ayam (ikutlah nak berapa biji)
  • Halia
  • Sup Bunjut ADABI
  • Bunga Lawang
  • Bunga Cengkih
  • Kayu Manis
  • Buah Pelaga
  • Garam
  • Serbuk Perasa
  • Minyak
Cara - Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih , bawang merah , halia , segala bunga dan juga kayu manis. 
  2. Masukkan fishball/fishcake dan air. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  4. Pecahkan telur ayam.
  5. Masukkan tomato & sawi. Biarkan mendidih.
  6. Kalau nak masuk daun bawang , korang masuklah. Aku tak suka. SIAP !!
Bahan - Bahan (Sambal Kicap)
  • Cili Padi
  • Bawang Putih
  • Limau Nipis/Limau Kasturi
  • Kicap Manis
Cara - Cara
  1. Tumbuk cili padi & bawang putih halus halus. Nak kasar pun boleh.
  2. Letakkan dalam mangkuk , tuang kicap & perahkan limau. SIAP

Maka makanlah kami anak beranak dengan penuh berselera. Padahal takdelah sedap mana. Tapi bolehla untuk tekak darurat ayah malam tu. Lol. Hahahaha. At least , aku tahulah juga masak Bihun Sup. Ye dok ? Ni ayah kata nanti dia nak beli ayam pencen , nak suruh aku masak macam ni lagi. Ayoyoyo. Bagi betis mau peha ka Encik Radzif ? Kekekekeke.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : bie , jangan risau eh. nanti kite kawen bie tak kebulur punya. Kahkahkahkahkahkahkah. :P



xoxo


10 comments:

  1. yeeha, bakal pengantin dah pandai masak. nanti boleh lah bagi cik tunang rasa. kikiki :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Itulah , tapi takut dia bantai gelak je. Hahaha. :P

      Delete
  2. omg kak nadiaaaaaaaa this is ma favvvvvvvv foreverrrrrrrrr
    heee~~~ <33333333333

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni masaklah Qila eh ? Senang jeee. :P

      Delete
  3. sedapnya.....bagus share resipi leh share dgn kwn2 lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Terima kasih. :)
      Biasa biasa je.

      Delete
  4. Assalamualaikum nad, my fav ni. thanks share resepi. hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Hiksss. Faveret kita jugaaa. Pula tu dapat sambal kicap tuuuu. Tip top. My pleasure. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah