Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, January 23, 2014

Nad's Kitchin : Singgang Ikan

Assalamualaikum & Hello.

Entry ni sepatutnya aku tulis semalam , tapi semalam busy gila pula. Dengan mood tak baik sebab , maka dengan itu aku postpone ke harini. Miahahahaha. Nak tulis entry pun kena amek mood ok. Apa kau ingat boleh tulis cenggitu cenggini jeeee. ^^

Kelmarin , aku balik balik kerja ayah request dekat mama nak makan Singgang Ikan. Yang mama pula , mood tak berapa nak cantik. Malaslah nak masak katanyaaaa. Kahkahkah. Oleh itu , aku menunjukkan skill aku yang tak seberapa ni. Wakakaka. Kite masak untuk ayah. Lol. Sedap. Puji diri sendiri. Lantak. :P

Bahan - Bahan
  • Ikan selar kuning (ayah request ikan ni)
  • Asam keping (nak masam letak banyak)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili Padi atau Cili Merah
  • Lengkuas (sikittttt je)
  • Serai
  • Gula dan Garam Laut (ayah tak boleh makan garam biasa , so aku guna garam laut)
  • Serbuk kunyit (kalau nak kuning , gunalah banyak)
Cara - Cara
  1. Hiris bawang merah & bawang putih halus halus.
  2. Potong cili macam biasa , ketuk serai.
  3. Campak semua bahan bahan kecuali ikan ke dalam periuk.
  4. Masukkan air. Ikut sukalah nak banyak mana.
  5. Biarkan mendidih , lepas tu masukkan ikan.
  6. Ikan dah masak , tutup api. SIAP !!

Makanlah kami anak beranak dengan penuh selera malam itu , satu lagi improvement untuk aku. Yaiy! Lepas ni nak belajar masak asam pedas pula. Amboiii. :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : 3 kali tukar tarikh semata nak book dewan , apalah nasib B2B KL macam aku ni. Y___Y.


xoxo



12 comments:

  1. kita x penah makan ikan singgang ni..
    Sedap ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sukaaa , tekak orang lain tak tahulah pula. Hahaha. :D

      Delete
  2. Assalamualaikum nad. amboii rajinnya bagi resepi. sheila tak reti masak singgang ni, tapi suka makan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Kita pun main campak campak je. Hahahaha. Dulu kita pun tak tau. Digugel gugel. Jadilah tahu. :P

      Delete
  3. sedap! aah ! men campak2 siap! huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi ! Marilah campak campak. Hahaha.

      Delete
  4. makanan yang paling best ketika tidak sihat ( demam ) .. :-)

    ReplyDelete
  5. singgang ni kalau masam2 lepastu pedas2.. haishhh bole menitik peluh pk nak tambah nasi ke x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha tahu takpe. Lumayan sangat kalau pedas dengan masam tu. Perghh !! Ada balik ni masak lagi sekali kangg. :D

      Delete
  6. kena nasik panas2 sedap ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perrghh ! Mantap wehhh. Meleleh ayaq idung baq ang. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah