Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Saturday, January 25, 2014

Pencinta kucing , Meeoowww. ^^

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini yang suka kucing ? Eeerrr , yang tak suka ? Kalau tak suka kucing , kita tak boleh geng. Sebab aku pencinta kucing. Daripada kecik weh dah hidup dengan kucing , bila takde kucing rasa macam serba tak kena. Hukhukhuk. Sebab tu , kalau kucing aku mati mesti ada kucing ganti. Hahaha.

Dulu masa aku duduk dekat Kuantan , family aku pernah bela sampai berbelas ekor serentak. Yelah , dulu duduk rumah ada tanah. Ayah siap buat rumah kucing tau , bukan sangkar dah. Rumah 2 tingkat okay. Over gila kucing kucing aku duduk double storey. Aku pun duduk rumah setingkat je. Tsssk. Hahahaha. 

Asalnya dulu masa mama dengan ayah baru kawen , dorang ada bela sekor je kucing. Kucing kampung. Dorang selalulah cerita yang kucing tu pandai , kejut dorang bangun pergi kerja semua. Dah serupa alarm clock , tapi kesudahan kucing tu tak tahu pula aku. Mati barangkali. 

Bila dah mati , mesti ada yang ganti. Bela lagi kucing , orang kasi. Bawa pergi vet , terjumpa dengan sorang brader ni. Katanya dia nak pindah jauh. Oversea ke Sabah Sarawak tah , so takleh bawa kucing kucing dia. Katanya lagi kalau nak kucing , datanglah rumah. Maka pergilah mama , ayah dan aku ke rumah brader tu. Masa tu aku pun kecik lagi weh , apa pun tak tahu. Tahu tahu banyak anak bulu je. Hahaha. Semua minta digomol. Gggggrrr.

Amek kucing brader tu sekor and then kawenkan dengan kucing lain. Maka , ada banyaklah anak bulu aku. Macam macam keturunan ada weh. Ada parsi , ada siam , ada yang tak dapat dikenalpasti. Hahahaha. Tu yang sampai berbelas ekor sekali bela. Hahahaha. Macam macam nama ada. Ada gegirl , ada Sera , ada Frosty. Eh macam macamlah weh. Tak ingat aku. 

Tapi sekarang , dekat rumah ada 3 ekor je kucing annoying. Hahaha. Serious kucing yang aku bela sekarang ni. Annoying ! Rasa macam nak tarik je telinga kucing kucing tu. Hahahaha. Aku suka pegang telinga kucing bila telinga dorang sejuk. Hahaha. Best weh !! Siapa ada kucing trylah pegang pegang telinga dia , kalau sejuk tu feeling weh pegang. Kekekeke.







Ni kucing aku paling bongsu , nama dia Cici. Kucing ni kezen aku bagi. Asalnya pun dia amek dekat tempat kerja dia. Sebab katanya takut anjing makan. Yelah anak kucing kecik kecik ni kalau tak anjing makan , keretalah yang langgar. Sedih. Masa Cici datang rumah aku pun , dia kecik lagi. Still menyusu dengan mak dia. So , untuk gantikan susu mak dia aku sampai gigih pergi cari dekat Pets Wonderland susu formula ibu kucing. Mihmihmih. Kau ingat baby manusia je ke ada susu formula formula. Kucing pun ada ok. Right after amek Cici datang rumah , kezen aku bagitahu yang mak si Cici ni kena kokak dengan anjing. Perghhh ! Sakit betul hati beta. Y___Y.

Dalam tiga ekor kucing aku kat rumah , Cici ni yang paling annoying. Suka masuk bilik aku , lepas tu menyorok bawah katil. Memang idokle aku nak cari kau kat bawah katil tu. Muahahaha. Last 3 days , aku pergi kerja. Aku tak perasan yang dia masuk bilik and duduk bawah katil tu. Aku pun dengan selamba , tutuplah pintu bilik. Naseb tak kunci. Balik balik kerja tu adik aku cakap 'Kak ko pergi kerja ko kurung Cici dalam bilik eh?'. Hahahaha. Itu makan diaaaaa. Menyoroklah lagi ! Malam tu juga , masa aku dah ralit nak tido tetiba dia keluar daripada bawah katil. Bila masa kau masuk daaaa Cici weh !. :D





Ni nama dia Wiwi. Yang ni asal dia , kawan mama kasi. Masa dia awal awal datang rumah dia buruk je weh. Hahahaha. Bulu tak lebat macam sekarang ni , dahla perangai macam monkey. Panjat sana sini. Sekarang dah gemok kekdahnya , dia lepaskan tahta dekat Cici. Mihmihmih.Wiwi ni perangai dia dua. Satu , kalau kau pergi dapur. Dia pun dan dan nak sibuk minta makan , duduk dekat mangkuk dia sambil pandang muka kau. Selagi kau tak letak makanan dalam mangkuk dia , selagi tu dia dekat situ. Walaupun sebenarnya dia baru makan. Tsssk. Patut gemok. Dua , once kau sudah mandi. Kau jalan dari bilik air nak masuk bilik , dia dah kelam kabut lari ikut kau kat belakang. Hahahaha. Kadang kadang sampai tergelincir , licin punya pasal. Perangai perangai. Bila dah kasi masuk bilik , itulah lagak dia. Berbaring santai dekat atas katil , lagak macam ada share sekali beli katil tu. Puiiii. Tapi Wiwi nila yang selalu teman aku bila aku tengah layan korea , tengah baca novel. Mesti dia ada menempel atas katil tu. 






Yang ni yang ketiga , yang paling aku tak sayang. Kekeke. Sebab dia suka benor cakar aku , apalah dosa aku dengan dia ni. Nama dia Kiki. Kiki ni ayah jumpa dekat bawah blok , ayah kata ayah jumpa dia duduk dekat motor ayah. Tu yang ayah bawak dia naik atas. Kucing jalanan jadi kucing rumah , tu yang keje nak baham kaki aku je. Menyampah ! Hahahahaha. Aku suka Kiki ni bila dia datang mood nak mengawan je , sebab dia suka gesel gesel and dia tak cakar aku. Kalau tak , konfem berdarah darah kaki tangan aku dibuat dia ni. Kalau lambat bagi makan sikit , cakar. Itu jelah modal insan dia Haktuih. Hahahaha. Aku sampai takutlah nak jalan depan muka dia. Kang kena sambar. Miahahahaha. Selalu kalau aku jalan , dia jalan. Aku tetap bagi dia jalan dulu. Hahahahaha. Ni bukan respek kekdahnya adik adik. Ahkak takut dik non. :P


Inilah lagak mereka dalam rumah , tergolek ikut mana dan. Blocking jalan pun , ada aku kesah ?? Mihmihmih. Even kucing kucing ni annoying much , tapi kalau mati kalau hilang. Meroyan okay !! Buat buat kerja pun boleh nanges. Psiko !! Dulu pernah dah hilang sekor tapi bukan 3 ekor ni. Yang batch lain. Aku dengan adik aku sampai print posterlah weh tampal kat block. Hahahahahaha. Siapa tak sayang kucing woi ! Selagi tak jumpa , selagi tulah melalak lalak macam bodoh. Pergi sekolah bengkak biji mata , bila member tanya :

M : Kau asal , bengkak mata bagai ? 
N : Kucing aku hilang weh.
M : Larh , kucing je pun.
N : Kucing je pun , kau takde kucing kau tak tau. *emo*

Tapi serious , siapa yang tak bela kucing yang tak suka kucing takkan rasa apa apa. But once kau tu pencinta kucing. Apa jelah jadi kat kucing kau , kau takut. Aku , kucing muntah ke mata sakit ke mata sepet sebelah ke nafas turun naik lain macam ke. Aku dah gabra tahap 7 petala langit dah. Bagi aku , kucing ni pun dah macam ahli keluarga aku. Tak boleh apa apa pun jadi dekat kucing aku.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : Kata orang , siapa yang suka kucing ni hati dia lembut. Ye ke ???


xoxo


10 comments:

  1. Assalamualaikum nad. sheila geli dengan haiwan berbulu. muahahha. pastu dengan kucing tak ngam tapi takda sampai terajang kucing sebab nak suh dia p jauh2 ke. suami sheila suka gila kucing. Siap ada bela dulu. Sejak kawin ni pernah gak terdengar dia rindu kucing lama dia. sedih pula kita dengar. nak bela, takut nak pegang. huwaaaa acaner mak nak buat ni adoiii? Berbelah bahagi rasanya.. kucing2 dia dlu comel2 belaka, jenis katek pastu berbulu lebat. alahaiii comelnya. tapi tetap geli. muahahhahaha. teringin nak belajar pegang kucing. malu kot pergi kodai makan, pastu kucing lalu belakang. terperanjat tiba2. melatah sampai orang sebelah meja pun terkejut. malunya daku T___________________________________T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Sheila sama macam akak ofis kita. Penggeli dengan kucing , kalau sekilas dia nampak kat kedai makan. Mulalah lepas tu tak aman dia nak makan. And kitalah selalunya tukang halau kucing. Hahaha. Macam mana nak buat eh ? Cuba psiko diri sendiri. Hahahaha. YaAllah comel gila kucing kaki katik bulu lebattt ! Mahallll tuuuu kalau jual !! Hahahaha.

      Delete
    2. haha, sebab tu kita jarang sekali pergi makan luar. sebab risau kucing datang kacau. hahaha. mahal kan, tapi banyak hilang. katanya ada yang kena makan dek anjing. Ada seekor kena lenyek dengan keta waktu suami reverse. huwaaaaaaaaa sedihnya. Depan mata tengok kucing mata, memang sedih babe.. Dah cuba psiko diri sendiri, tak jalan gak. Degil nau otak ni. hmm >_______<

      Delete
    3. Sedihnyaaaaa kene lenyeeekkk !! Arghh cannot imagineeee. Y___Y. Takpela , one fine day mana tahu boleh berani beranikan diri. Lagipun sekarang Sheila pregnant , tayahla kucing kucing ni. Lepas lepas tu nntla. Tunggu baby besar ke. :D

      Delete
    4. in shaa Allah, doakan ya. Nak ajar baby sayang kucing macam baba dia. hihi.

      Delete
    5. InshaAllah , baba dia pun boleh ajar ibu dia sekali. Hahaha. :P

      Delete
  2. i enjoy reading your entry walaupun panjang hehe the way you cerita tentang your cats memang menarik minat fae to keep on reading. kat rumah fae pun ada kucing tapi fae takut nak sentuh the cats. i am not a passionate cat lover but i like watching keletah kucing2 bermain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha thanks Fae. Keletah kucing memang best. Kadang kadang boleh release tension tengok dia main main. Tapi kalau kenaaaa cakar , rasa nak baling je dekat dinding. :P

      Delete
  3. Aaaaaaaa panjang nya entry ni dah ah pasal kucing omg i love it kak nadia heehehehehe <33333
    qila pencinta tegar gegila kucing ah huhuhu
    Tadi petang kucing qila mungkin gaduh/jatuh longkang sbb kaki dia mcm tempang :(
    habis busuk hm entah lah.
    Betul, siapa yg tak bela tu diam ah kau kau takpaham *emo jugak*
    hahahaha. Qila pun takpernah takde kucing dlm rumah :D
    Abah yg minat tp dia tak jaga pun. Kuwajo. ahah.
    Umi taksuka tapi dia lah yg tolong jaganya T_T
    Nasibaik kucing qila tu jaga umi jugak hiks xD
    Teman umi basuh n sidai kain,
    teman umi tidor sebab umi tak tidor dlm aircond kahkah so dia pilih umi instead of qila lol.
    Eh pahal aku over bebel sini hahaahha.
    Thanks kak nadia. Sep!!!!
    Hihihi. Qila sayang kucing sangat2!!!
    Btw kak nadia, kucing kak nadia semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa cantik and perfect and alhamdulillah di tangan org mcm kak nadia ;)
    Hihi .
    Kucing qila yg betul2 jaga dr kecik sekor je. yg lain tak survive. mati, sakit, kena langgor etc.
    So yeah. Kalau yg tu mati.........
    wallahu'alam :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen yang panjang untuk entry yang dabel panjang eh Qila. Hahahaha. Alahai kesiannya kucing qila tu. Mandikanlah dia. Ke takut ? Hahaha. Kucing akak kalau kurung dalam bilik air. Dia meroyan ok ! Hahahaha. Okaylah tu kawan dengan umi. Macam akak , akak suka gomol gomol. Bila tang dia berak , suruh ayah or adik2 yang buang. Hahahahahahahaha. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah