Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, January 28, 2014

Food Review : TGI Friday , Wangsa Walk

Assalamualaikum & Hello.

Rabu lepas aku bawa family pergi makan makan. Aku kasi Mama pilih sendiri dekat mana dia nak makan. Macam mana aku tak bagi dia pilih sendiri , dah bila aku bagi suggestion semua dia pangkah. Sabar jelah. Y__Y.

Akhirnya , ke TGI Friday Wangsa Walk. Dulu ktorg pernah makan dekat sini. But quite lama dah weh. Hahaha. Masa tu boss mama yang sponsor , kali ni anak dara yang nak kawen ni pula sponsor. Lalalalala.



Gambar cliche tiap kali pergi makan kedai makan yang mahal , yang ada tissue sendiri. Kau hado ?? Puas setting nak nampakkan juga perkataan TGI Friday tu.

Masa pergi makan makan ni pun Ayah taknak ikut. Satu , sebab dia tak sihat sangat. Dua , sebab dia tak boleh makan apa apa yang grill. Tiga , sebab dia pun memang kurang sikit western western ni. Selalunya pun dia cuit cuit ktorg punya je sikit sikit. TGI Friday ni pula memang nan hado benda yang boleh dia makan. Takkan nak bagi dia tengok je kan. Maka dengan itu , sebelum ktorg keluar tu aku belikan makanan untuk dia. Jangan pula yang ingat aku tak ingat apak aku. Tampor karang. ^^






1. Grilled Lamb - RM 36.90
2. New York Strip with Wild Mushroom Butter Sauce - RM 54.90
3. Sizzling Chicken & Cheese - RM 31.90
4. Garlic Marinated Grilled Lamb Chops - RM 51.90
5. Championship BBQ Chicken - RM 29.90 


Yang mahal mahal belaka tu semua adik aku yang order. Hahaha. Biasalah setahun belum tentu sekali kau  dapat ketuk kakak kau kaaannn. So , kita kasi chancelah. Mihmihmih. Aku punya yang terpaling murah tu , tapi terpaling banyak. Sampai muak , lalu tak habis. Setengah ayam ok !! Hahahaha. Seram pula membayangkan setengah ayam. Lol. :P


Dan minuman wajib aku , semestinya Lemonade. Harga dalam RM 9.90 seingat akulah. Hahahaha. Dorang yang lain punya order air semua pun nak yang termahal. Watermelon Spa la bagai. Dan dan nak spa sangat kaaannnn. Padahal tembikai tu campur madu je. Tsssk. Sentap.

Total damage ? Usahlah ditanya , kau kira kira jela sendiri. Barang yang lepas usah dikenang. Kekekeke. Oh ya by the way , siapa yang ada Membership Card Pinch of Salt. Bolehla dapatkan rebate 10%. Aku haritu dapat berapa tah. Tak hengat. Mihmihmih. Asyik lupa pun tak boleh juga Nadia weh.


Untuk maklumat lanjut , bolehla refer : Pinch of Salt. Aku tahu pasal Pinch of Salt ni pun masa makan dekat Bulgogi Brothers itu hari. Hiksss. Orang dah berpuluh ratus rebate collected , aku pula baru register. Apa pun tak boleh.

TGI Friday Wangsa Walk
Lot G02, Ground Floor, Wangsa Walk Mall
Wangsa Avenue, Jalan Wangsa Perdana 1,
Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03 – 4142 7366 / 016 – 2018594
email: usersupport@fridays.com.my

Thanks for your time , love ya people.


p.s : Gantung by Nadia Khan , superb ! Padahal baru baca sampai chapter 5. :P


xoxo


8 comments:

  1. Assalamualaikum nad, ahhaha bestnya ketuk kakak! lama tak buat sesi mengetuk siblings ni. hiewhiewww. Best woah, sheila tak dapatlah nak masuk sini. Suami tak suka g restoran dan berjalan jauh. hahaha. Pasrah isteri dia. hihi (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Hahaha. Janganlah ketuk ketuk. Kemek nanti. Haha. Alahaiii. Tapi okay lagi makan dekat rumah kalau dah si isteri yang masak. Actually bukanlah sedap mana pun. Masak sendiri better. :D

      Delete
  2. Replies
    1. Once in a while sedaplah , kalau selalu ? Muak jugak. Hahaha. :D

      Delete
  3. sedap.. tapi kalau bawak family mama ni, bajet tak cukup ni... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha silap silap mama yang kena buat partime job amek order dekat situ. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah