Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, January 9, 2014

Wan nak pergi jalan jalan dengan kawan kawan dia , KITA ?

Assalamualaikum & Hello.

Panas hati. Panas hati. Meluat. Menyampah. Benci. Erhh !!!! Haritu Wan ada cakap dekat aku yang dia tak dapat nak attend wedding best buddy aku on 8th February. Perghhh. Masa tu dah panas dah. Bila ditanya kenapa. Dia boleh jawab dengan selamba yang dia nak join kawan kawan dia pergi jalan jalan pusing Utara.


FINE !! FINE !! FINE !!!


Tak payah attend wedding tu , pergi kau sana jalan jalan makan angin tinggal tunang. Pergi. Pergi. Hurh. Siap bagitahu aku lagi itinerary dia apa. Rasa macam nak carut je hoiiii. Bersabarlah hati. Bersabarlah ye kita berdua wahai Rina Ellisa. Hahahaha. Kemain ni nak menjelajah Utara dalam 3 hari 3 malam. Dahla terkena 1 hari yang dia should kerja. Selamba je dia cakap 'Amek jela cuti 1 hari.'


FINE !! FINE !! GO AHEAD !!!


Katanya nak pergi Padang Besar - Pekan Rabu - Penang (lepak Feringgi , naik Bukit Bendera) - Cameron & Teluk Batik kot. Tang tempat tempat lain tu aku tak port sangat. Tapi part Bukit Bendera tu aku highlight. Itu aku panas. Panas. Panas. Aku direct je sound jangan berani berani nak naik atas tu tanpa aku. Kekekekeke. Sebab aku pun tak sampai lagi atas tu. Wakakakaka. Keras okay aku ugut. Miahahaha. Kalau aku ternampak gambar dekat Bukit Bendera tu. Get ready jelah ye bila sampai KL.


TSSSSKKK ! Y___Y


Yang aku tahu , nanti kalau nak settlekan hal kawen kau takde cuti dah (padahal nak cuti 1 hari je , wakakakaka). Memang nak kenalah jawab dia. Kusss semangat. Now , aku dengan Rina pun nak plan on short escape juga. Hurm. Mana boleh dorang je yang pergi cuti cuti jalan jalan , aku dengan Rina ni ?? Nak terperuk je ke ? No way lah. Kenalah adil dan saksama. Barulah bahagia rumah tangga. Wadehek. :P


IDEA !! IDEA please come to mommyyyy. ^^


Korang ada tak idea tempat vacation yang best best , tak terlampau cekik darah. Yang boleh bagi tunang masing masing jeles. Ahaksss. Motip nak bagi samdol samdol tu jeles. Lol. :P

  • Port Dickson
  • Melaka
  • Johor
  • Singapore

Amboiii tempat kau listkan Nadia. Semua tempat nak kena bebel dengan Wan. Kang risaulah apalah. Eleh. Taknak kasi pergi tu cakap jela kaaaannn. Tapi kami akan tetap berdegil. Naseb koranglahhhh. Y_____Y.





Kurlasss kau jah ! Hahahahaha. Berangan je keje. Gigih okay google map. Lol. Kang tahu tahu pergi holiday dekat Sepang ke Morib je. Apa pun tak boleh. Wakakakakakaka.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : kalau nak pergi jalan jalan dengan aman bie , belikan sayang Seven Lejen !!!! :P


xoxo


20 comments:

  1. Ku menangis membayang kannnnnnnnnnnnnnnnnn Y__Y

    ReplyDelete
  2. ko nak tempat yg mcmana? happening ke x? stakat melaka,PD tu da bosan weiiii...hahhhaaaaa aku cadangkan ko pegi sini https://www.facebook.com/photo.php?fbid=382980801838568&set=a.163222607147723.38874.141837635952887&type=1&theater

    klu ko pegi, aku nak ikottttttt...boleh rilex2 kt sini weiiiiiii..tmpat mahal, so kena share ramai2..kita berpartyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha ! Bapak nice tempat dia seyh. Hahahaha. Macam menarik gile bab* jeeeee. :D

      Delete
    2. mmg pun weiii...aku hari2 dok berangan bila la aku boleh pegi ni..sebab agak mahal tp syok weiii...mlm2 berbbq..dont worry pasal makanan halal, sebab aku tgk tukang masak bertudung org melayu..jom la weyhhhhhhhhhhhhhh....

      Delete
    3. Wakakakaka ! Mahal meletop ok harga. Haru biru juling juling mata aku.

      Delete
  3. Pergi je sementara masih bujang... Akak sebelum kawin sempat merayap ke Johor 2kali...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii ! Pergi jauh jauh bajet besar , pergi dekat dekat jela. Hahaha

      Delete
    2. akak pergi berempat so save budget...hahahahaha... penginapan pun tak payah bayar...tido rumah family kawan...save gile...duit minyak n makan je

      Delete
    3. Wahhh ! Itu sudah bagus. Alangkah indahnya kalau ktorg ada kawan kawan luar KL. Hahahaha.

      Delete
  4. hahha comel la awak ni nadd..bia je dia nak gi mane..tunang sy aritu siap g krabi smpai 5hari..lpas kawen mmg jgn harapla nk wat camtu lg..bia je dorg jln2 skrg..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar tu memang nak biar je asalnya Faezah , tapi jeles. Wakakaka! Maka dengan itu , kita pun nak jalan jalan juga. Tapi maybe dalam KL je. Hahahahaha. Nak holiday tapi kedekut , apa kesss. :P

      Delete
  5. bestnye.. g langkawi pun ok jugak...>_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa best memang best Fiza , tapi yang nak g holiday ni masing masing kedekut. Wakakaka. Maka dengan itu maybe stay hotel kat KL je , lepak lepak sampai lebam. :D

      Delete
  6. Replies
    1. Woooo banyak modal tu Singapore. Kang ada yang tak kawen kejap lagi. :P

      Delete
  7. Assalamualaikum awak. ahha bestnya berjalan ni.. nanti dah kawin lagi best, g honeymoon memanjang. skrg babymoon pula. hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Itulah dia , kerja berjalan je. Hahaha. Lupa diri nak kawen. Tu yang tak sabar nak kawen tu , nak berjalan je. Amboiiii. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah